28

412 43 2
                                    

" Haah...koot?" Jawab Dylan.

" Jap....macam mana kontrak kau dengan Cermin Hanyang tu boleh terikat??" Soal Rinnah pelik.

" Cuba kau cakap semua kata kata yang kau dengar tadi..." Ujar Syaf pula.

" Emmm?? Dia cakap...pengesahan tapak tangan telah dilakukan. Kontrak telah terikat. Tuu jer...."

" Jadi, kontrak terikat sebab pengesahan tapak tangan kau lah? Macam tuu?" Rudy mula menjongkitkan keningnya. Kedua dua belah tangannya memeluk erat tubuhnya. Muka nya memaparkan riak pelik...

" Wey...dah habis waktu." Ujar Syaf sambil menunjukkan jam yang berada di pergelangan tangan kiri nya kepada semua orang.

" Hah!?? Da-......"

Zrrrrraaaaassssss

Belum sempat mereka menghabiskan perbualan....portal penghubung tempat telah muncul semula membawa mereka semua ke tempat lain.
Mereka semua kini, telah berada di dalam sebuah lingkaran buih besar yang dilitupi dengan seluruh kawasan air. Ikan serta binatang binatang laut yang lain turut kelihatan di sekitar buih itu.

" Errrgghh...kepala aku sakit." Ujar Dylan bersama muka yang mengerut kesakitan. Kedua dua belah tangannya mula memicit micit kepala.

"Dylan..kau kenapa?" Soal Rudy risau. Siapa je yang tak risau kalau kawan dia sakit ann?? Pelbagai pertanyaan serta soalan yang ingin ditanya tentang kontrak Cermin Hanyang itu, serta merta telah menghilang.

" Ke-kepala ak-aku....sa-sakit" adu Dylan perlahan.

" Arghhhh!!!" Jerit Dylan kuat. Dia mula terduduk di atas tanah sambil mengetuk ngetuk kepalanya sendiri menggunakan tangan. Kesakitan yang dirasainya kini makin lama makin menguat dan mencengkam kepalanya.

" Rinnah!!! Syaf!!! Kenapa Dylan ni!!??" Rudy menjerit memanggil Rinnah dan Syaf yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

Jeritan dari Syaf itu menyentakkan perbualan antara Rinnah dan Syaf.
Mereka berdua terus memalingkan wajahnya kearah jeritan itu.

" Dy-Dylan!!??" Laung Rinnah terkejut. Dia bersama dengan Syaf terus berlari laju menghampiri Rudy.

" Woi, Wey, Hoi!! Kenapa dengan Dylan ni!!!?" Soal Rinnah kasar prihatin.

" En-Entah...dia kata kepala dia sa-sakit..."

" Kepala dia sakit??"

Rudy menganggukkan kepalanya. Kedua dua belah tangannya pula  menahan tangan Dylan dari terus mengetuk kepala sendiri.

[Dylan]

'Gelap...sakit... panas.. Mata aku...berat...Kepala aku sakit....sesorang tolong aku...
Udara kat sini....hitam....kotor...
Aura yang ada dalam badan aku mula......menghilang....ak-aku...ta-tak..bo-boleh... bernafas....'

Dylan mula tercungap cungap untuk mengambil sedikit udara. Tetapi hasilnya tidak berkesan. Di kawasan tengah dadanya dibahagian jantungnya mula berasa sakit. Seperti tercucuk sebuah pedang yang amat tajam. Rudy yang memerhati mula berasa cuak.

" Dylan!! Dylan!! Kau kenapa!!??" Pipi Dylan ditampar beberapa kali olehnya.

Sebuah cahaya yang berwarna ungu mula keluar dari rantai yang berada di leher Dylan.

" Dylan!!"

Bersama dengan sebuah suara yang paling dikenalinya susuk tubuh seseorang itu telah memeluk tubuhnya dengan erat.

" Dylan!! Bangun!! Bangun!!" Ujar seseorang itu.

Dia mula mengeluarkan beberapa buah botol  yang mempunyai air suci yang pelbagai warna. Kemudian, kesemua cecair di dalam botol itu dituangkan ke dalam mulut Dylan.

Perasaan yang gelap....kotor...sesak...
dan sakit yang mengenai diri Dylan mula mereda. Dengan sekali nafas...Dylan mula menghirup udara segar. Kelopak matanya yang menjadi sedikit ringan itu dibuka sedikit.
Dan terpapar lah seorang perempuan yang dikenali sedang memandang ke arahnya.

" Hy-Hynae??" Soalnya sebelum kedua dua matanya kembali tertutup rapat.

"Proses pengembalian aura akan menjadi kan dia tertidur kerana proses itu perlu memakan banyak tenaga, jadi tak yah risau." Terang Hynae apabila dia melihat kesemua ahli pasukan Dylan mula memandang curiga kearah nya.

" Ka-kau si-siapa!!?? Ke-kenapa kau ada sayap??" soal Rudy sambil tangannya menunjuk kearah sayap yang berada di belakang badan Hynae.Hynae mula melakarkan senyum sinis.

" Aku Hynae. Puak Elfyries dan kawan kepada Dylan Hytomi."

" Hah!!!pu-pu-puak Elgrey ?? Puak ape..tu-tuh..."

Paaapp

Kepala Rudy ditepuk kasar oleh Syaf.

" Puak Elfyries lah...ape Elgrey lak..."

Rudy hanya tersengih kecil sambil menggosok gosok kepalanya yang sakit. Dek kerana tepukan tak berbayar dari sang manusia tuh...

" Tapi...puak Elfyries? Ada Ker?" Soal Rinnah pula.

" Yep ade... Tapi sekarang saya rasa bukan masa untuk saya terangkan. sebab.....tu...tu..."

Muka Hynae berubah cuak. Sebelah tangan nya menunjuk ke arah belakang Rinnah. Arah yang ditunjuk itu dipandang oleh Rudy, Syaf dan Rinnah. Dan terlihatlah seekor sotong kurita yang sangat besar mula berenang renang di sekitar buih itu. Selepas beberapa kali berenang, sotong itu mula berhenti dan menyerang mereka menggunakan beberapa tangannya.

Drrruushhh

Drrruushhh

Drrruushhh

Kesemua tanah sorong yang terarah kepada mereka dengan selamba dipotong oleh Rinnah menggunakan tombak nya.

" Semua!!! Hati hati!!" Jeritnya.

" Hei, Hygre kau pergi bawa Dylan ke tempat selamat. " Arah Rudy.

Hynae mengangguk akur dan dia mula mengepak ngepakkan sayap membawa Dylan ke tempat lain.

" Tapi....nama saya Hynae lah!!" Jerit Hynae lantang di udara.

" Erkk...nama dia Hynae... ingatkan Hygre..." Rudy tersengih kecil.

" Woi!! Tak der masa nak sengih sengih. Sekarang kita kena lawan monster ni!!!" Marah Syaf mendapat anggukan dari Rinnah.

" Jadi, jom lawan!!!" Sorak Rudy semangat. Dua buah piring  yang amat nipis berwarna biru dikeluarkan dari dalam begnya.
Piring itu dibaling tepat ke arah monster sotong itu.

Kkttttannnggggg!!!

🥕🥕🥕🥕

Done!!

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now