Water Ball
Earth Wall
Setelah lama mencuba, akhirnya mereka berdua berjaya mengawal sihir dengan sempurna.
Dylan menangguk puas." Yeay, dah berjaya. Dah berjaya!!!" Jerit Natasya gembira.
" Haah, Dah tak der retak dah dekat dinding sihir aku ni." Ujar Kaizen turut gembira.
" Ohkk jom aku ajar yang lain. Natasya cuba awak keluarkan bebola air dan tukarkannya menjadi bebola ais. Dan Kaizen kau cuba keluarkan dinding tanah dan lepastu keluarkan tumbuhan. " Arah Dylan.
" Ehh, macam mana? Saya kan cuma boleh pakai sihir air je...mana boleh pakai sihir ais?" soal Natasya pelik.
" Awak tahu tak? Sihir ni kan bermacam macam elemen. Dan jika seseorang itu pandai menggunakan sihir ais, mesti dia juga pandai menggunakan sihir air. Sama juga macam sihir air, mesti boleh ditukarkan menjadi sihir ais. Kerana sebelum ais dijadikan, ia perlu menjadi air sebelum menjadi beku. Bila ais dicairkan, ia akan menjadi air.
Bagi sihir tanah macam Kaizen, sama juga. Tanah boleh menanam tumbuhan dan sihir tanah juga boleh mengeluarkan sihir tumbuhan.
Begitulah kitaran sebenar sihir tanpa sesiapa tahu." Terang Dylan panjang dan lebar. Cam cikgu cikgu ceramah murid......Mereka berdua mengangguk faham.
" Lupa lak nak bagitau. Cuba korang guna ayat sihir dulu baru pendekkan nya."
" Ayat sihir? Ade Ker?" Kaizen mula mengerut muka. Dahinya berkerut kerut seribu.
" Ye, ade. Ayat tu hanya datang dari minda korang. Korang fikir lepastu cakap. Ok, sekarang try buat."
Water Ball
Sebuah bebola air milik Natasya kelihatan terapung apung di udara.
" Sihir, terbalikkan lah hukum alam dan tukarkan lah bebola air menjadi bebola ais."
Serta merta bebola air yang berterbangan itu bertukar menjadi ais. Natasya tersenyum lebar manakala, Kaizen memandang kagum.
" Giliran aku lak....." ujar Kaizen perlahan.
Earth Wall
" Kuasa sihir, hidupkan lah tumbuhan di dinding tanah ini."
Serta merta tumbuhan tumbuhan itu tumbuh menjalar di serata dinding tanah milik Kaizen. Di situ juga terdapat sebuah bunga Carner yang tiba tiba mekar.
Bunga Carner itu dipetik oleh Natasya dan dia menyelitkan bunga tersebut di telinga kirinya.
" Dylan, Dylan. Cantik tak?" soalnya teruja.
" Entah, okey kot....?" jawab Dylan tiada perasaan.
Muka Natasya memerah menahan marah. Kaizen yang mendengar hanya menggeleng kepala.
Tiada perasaan langsung....." Hoi, aku dan Natasya dah berjaya buat." ucap Kaizen.
" Haaaaa.... Kalau cam tu, korang cuba pendekkan ayat sihir. Aku nak ke dalam hutan jap. Nak cari barang barang."
Pesan Dylan sebelum berlari laju masuk ke dalam hutan.
Kaizen dan Natasya hanya menyambung kembali latihan mereka.Setelah lama berlari, akhirnya dia sampai tepat di bawah pohon yang sangat rimbun.
" Tiger Nozve!!! Tiger Nozve!!! Keluar!!" Jerkah Dylan kasar untuk menyuruh Tiger Nozve keluar dari bayangannya.
Jerkahan daripada Dylan itu mengejutkan Tiger Nozve. Dengan cepat dia terus keluar dari bayangan Dylan dan berada tepat di hadapan lelaki itu.
" Kecik kan saiz kau sikit." Arah Dylan.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...