17

435 47 2
                                    

Khamis
7.30 pagi.
Di padang sekolah

" Wey, Wey, Wey, tak sabarnya!!!"

" Haah. Tak sabar!!!?"

" Macam mana peperiksaan dia?"

" Ape jadi kalau aku tak lulus?"

" Aku dengar ade ujian pil, tak sabarnya!!!!"

" Ahh, takutnya....."

Pelbagai jenis suara yang didengari di padang itu. Ada yang tak sabar, ada yang takut dan ada yang bimbang.
Termasuk juga dengan Dylan yang tidak sabar untuk ujian itu.

Seorang pelajar lelaki yang berumur 11 tahun, berambut hitam berjalan ke hadapan semua pelajar berumur 5 tahun.

" Ehem....ehem..... Nama aku Kyle. ( Author ambil nama artis Syafiq Kyle auu) Aku ni pelajar tahun terakhir dan merupakan juara tahunan bagi TRN Battle. Korang patut panggil aku Ketua Kyle. Sepanjang peperiksaan ini, aku dan beberapa orang kawan aku akan menjaga keselamatan korang semasa melakukan ujian. Harap bagi kerjasama. " Ujar lelaki yang bernama Kyle dingin.

Mata Dylan mula membulat.

' juara TRN Battle? Jadi, aku kena kalah kan dia lah!!' tekad hatinya.

" Jadi, aku memperkenalkan seluruh kawan aku. Alpha Crew keluar!!!!" Jeritnya lantang.

Secara tiba tiba, muncul beberapa orang yang tidak dikenali memakai sweater hitam sambil menutup kepala mereka di sebelah lelaki itu. Bilangan orang tersebut dianggaran 25 orang.

" Nama kumpulan aku, Alpha Crew. Kumpulan aku dan kawan kawan aku ni adalah yang paling terkuat di TRN School ini. Okey, sekarang aku nak bahagikan korang kepada 2 bahagian. Ulang 1, 2 hingga jumlah semua orang habis." Arah Ketua Kyle.

Semua pelajar mula mengira dan mengikut kata Ketua Kyle. Setelah beberapa minit, kiraan tersebut telah sampai di murid yang terakhir.

" Siapa yang bernombor 2 dibahagian kiri dan siapa yang bernombor 1 di bahagian kanan. Cepat, cepat jangan lengah!!" Arah nya tegas.

Dylan berlari menuju ke kiri kerana nombor yang dia dapat adalah 2.
Dia memandang ke kiri dan kekanan.

" Ehh, Kaizen...." sapa Dylan. Dia menepuk perlahan bahu Kaizen yang berada di sisi kanannya.
Kelihatan Kaizen mula terkejut.

" Ohh, bro.... Ingatkan kau still dekat blok tadi?"

" Apeee lah kau ni, mesti ahh aku datang cepat, kan dah nak ujian ?"

" Ohhh...."

" Jap, mana Natasya?" soal Dylan apabila dia sedari salah seorang dari kawannya itu tiada di situ.

" Dia tak masuk satu kumpulan dengan kita. Dia dapat nombor 1."
Terang Kaizen.

Dylan hanya mengangguk faham.
Suasana yang sunyi itu kembali menjadi bising akibat bisikan bisikan dari kesemua pelajar.

" Senyap!! Kumpulan 2 akan dijaga oleh aku, Adrif, Hanna, Fuiq dan Jaeni. Manakala kumpulan 1, dijaga oleh Faszri, Hayati, Viana, Kojuro dan Zenith. Yang lain, jaga keselamatan pelajar. Sekarang bergerak!!"

Semua orang yang disebut oleh Kyle mula bergerak ke tempat masing masing.

" Kumpulan 2, jom kita ke hujung padang sana." jerit Ketua Kyle.

Seluruh pelajar kumpulan 2 bergerak ke arah hujung padang dengan pantas.

" Huh...hah....huh...hah.." ujar kesemua pelajar termengah mengah.

" Kamu semua boleh duduk. Hari ni peperiksaan yang diadakan ialah ujian Spirit Beast. Kalau aku dan kawan kawan aku panggil nama kau, datang dan buat ujian. Faham!???"

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now