3

495 45 3
                                    


" Hish, lama gila ucapan Dizz Ryan ni. Dari pukul 4.50 hingga pukul 6.30. Punggung aku pon dah kebas dah ni!!!" rungut Raizen.

" Haah, bila ler ucapan ni nak habis....."
ucap Dylan letih.

Bukan letih kerana bersukan, tetapi letih mendengar ucapan yang tak habis habis. Sakit telinga tahu tak???

" Wey, kau tengok misai Dizz. Kenapa yang kiri tu panjang, dan yang kanan tu pendek?" soal Kaizen pelik.

Rupa misai milik pengetua itu sebelah panjang seperti mister potato, sebelah lagi pendek macam mister OKU . Hehehe...... jahat kan mulut author. Okey, back to story👇

Sepasang mata berwarna merah milik Dylan merenung tepat ke arah muka Dizz Ryan. Dahinya berkerut kerut mencari misai yang dikatakan oleh kawannya itu. Selepas lama mencari, akhirnya dia nampak juga misai tersebut. Dan.....

" Hahahahahahaha!!!"
Ketawa Dylan terlepas.

Suara Dizz Ryan yang sedang memberi ucapan mula berhenti mendengar ketawa yang kuat seperti Hantu Kak Limah terlepas kandang tu...

"Heisy"

Dizz Ryan mendengus kegeraman.

" Siapa yang gelak tu?" Soal Dizz dingin.

Semua mata mata tertumpu tepat kepada Dylan yang sedang tergelak kecil sambil memegang perutnya yang sakit itu.

" Haduh, lawak gila ahh."
Kata Dylan sambil mengesat air mata yang berada di tubir mata.

Setelah beberapa minit, tawa Dylan mulai reda. Dia memandang ke semua arah.

' asal dieorang pandang aku?' bisik hati Dylan resah.

" Kamu yang gelak kan?" Soal Dizz lagi. Mukanya serius tanpa secalit senyuman.

' arghh, ni mesti aku tergelak kuat'

Perlahan lahan, dia menganggukkan kepala. Matanya dikerlingkan ke arah Kaizen yang sedang menunduk memandang lantai.

Dari atas pentas, Dizz Ryan menghalakan tangan kanannya ke arah kerusi yang diduduki oleh Dylan.

Wind Fly

Sebuah sihir angin telah mengangkat badan kecil milik Dylan. Angin itu membawa Dylan menuju ke atas pentas bersebelahan dengan Dizz Ryan. Selepas Dylan diletakkan di atas pentas, angin tersebut menghilang.

" Aduh!!!" Rungut Dylan apabila punggungnya jatuh menyembah di atas pentas semen itu.

Dylan bangun dan menundukkan badannya beberapa kali.

" Maaf Dizz, maaf Dizz."

" Nama kamu siapa?" Dizz Ryan menghiraukan permintaan maaf daripada Dylan. Acah acah buat tak dengar jer.......

" Nama saya.....Dylan Hytomi."
ujar Dylan bersama kepala yang masih tertunduk memandang bawah.

'Kenapa lah aku rasa lantai ni cantik sangat? Hehehehe'

" Ohh, jadi kamu ni lah pelajar yang tiada sihir?" ejek Dizz.

Semua pelajar yang berada di dewan itu kecuali Kaizen mula memandang dengan pandangan yang tidak percaya kearah Dylan.
Kepalanya yang menunduk ke lantai tadi, serta merta diangkat memandang tepat ke arah Dizz Ryan.

" Salah saya Ker, kalau saya tak der sihir?" Soal Dylan tegas. Matanya memandang tidak puas kearah Dizz.

Dizz tersenyum sinis.

" Tunjukkan apa yang kau mampu buat dekat sekolah ni tanpa sihir." Bisik Dizz Ryan tepat di telinga kiri Dylan.

" Aku akan buktikan, kau tengok jer nanti......" Ujar Dylan sebelum menuruni tangga pentas itu.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now