44

315 36 9
                                    

" Jadi, ape kita nak buat sekarang?" Soal Kyle apabila mereka semua sudah selesai makan. Sisa makanan yang berterabur di pipi dan tepi bibirnya dilap menggunakan lengan bajunya.

" Eeeee abang Kyle nih!! Kotor lah lap guna baju !! Dah macam budak budak kecik padahal dah besar panjang!! " Marah Natasya sambil menepuk bahu abang nya. Dah umur 15 tahun tapi perangai Nauzubillah!! Kalau Natasya, Dylan dan Kaizen berumur 11 tahun tapi...Dylan je yang pendek macam budak 5 tahun. Tapi sekarang dah tinggi sikit sebab kristal tuh... Kalau Shen Zen umur dia 19 tahun. Tua sikit jer... Kalau korang pelik sebab ape dieorang tiba tiba meningkat usia, tuu semua sebab ujian yang dieorang masuk mase dekat TRN School tuh. Bile dieorang keluar je dari ujian tu, terus tubuh dieorang meningkat kerana di dalam ujian itu, masa dan waktu berbeza dengan dunia biasa.

" Hehehe...." Kyle tersengih kecil.

" Tapi kan.... asal Shen tengok Dylan harini macam lain sikit? " Bisik Shen kepada Kaizen dan Kyle.

" Eh? Haah. Dylan macam lain sikit." Balas Kaizen setuju dengan kata kata Shen Zen.

" Lain macam mana? Biase je..... Ape yang lain...aku tengok dia macam biasa jer. Makan guna tangan, kunyah guna mulut, berjalan guna kaki." Ujar Kyle selamber badak.

Muka kesian terlakar di wajah Shen Zen dan Kaizen.

" Anak murid sape lah nih....bodoh amat!! Siapa lah yang malang kahwin dengan dia nanti nih!!" Kaizen mendengus geram sambil menggeleng kan kepala. Kalau Kyle pula, dia memandang kearah mereka berdua bersama muka blur.

PAPP

Kepala Kyle ditumbuk kuat oleh Shen Zen. Dan serta merta terserlah lah sebuah benjolan muncul di tengah tengah kepala tersebut.

" Eeee, sakitlah!!" Adu Kyle. Kawasan benjol itu digosok gosoknya.

" Takkan lah abang Kyle tak nampak yang Dylan tu macam...tinggi sikit dari ketinggian asal dia..." ujar Natasya, mencampur percakapan mereka bertiga.

" Haa kau tengok... Adik kau pon paham. Tapi abang dia... ish.ish.ish...nak kate tak belajar, tapi dia belajar...."

" Hah?" Kyle pelik. Dia mula memandang ke pada Dylan yang sedang membelai lembut bulu Amie di atas lantai. Kyle mula bangun dari duduknya. Dan dengan perlahan, dia berjalan menuju ke arah Dylan. Dari kepala sehingga ke seluruh badan dipegang oleh Kyle. Dylan pula terkejut dengan kehadiran Kyle yang tiba tiba. Selepas lama menilik dan membelek belek badan Dylan, Kyle baru memahami apa yang dikatakan oleh Kaizen dan Shen Zen tadi.

" Eh, haah. Lah!!" Jerit Kyle.

" Lepaskan ak-aku lah!! Kau ni dah kenapa pegang pegang badan aku!! Dasar pencabul?!!" Dylan menjerit tepat di telinga kiri Kyle.

' Dasar pencabul.....Dasar pencabul...pencabul...pencabul...pencabul....' perkataan tersebut terngiang ngiang di dalam kepala Kyle. Dirinya serasa bagai ditusuk tombak yang tajam dan menyiat nyiat badannya. Kata kata yang baru sahaja disebutkan oleh Dylan itu amat menusuk dirinya. Kyle mula menjarakkan diri daripada Dylan. Kepalanya tertunduk kebawah dan kedua dua belah tangannya memeluk kaki. Murung tahap kronik...

Yang lain memerhati hanya menggeleng gelengkan kepala melihat perangai Kyle.

" Tapi Dylan, kau memang dah tinggi sikitlah. Selalunya tinggi kau macam budak 5 tahun, tapi sekarang dah macam budak 9 tahun. Dan kini, kau pon dah sama tinggi dengan pinggang aku. " Terang Kaizen.

Pandangan tajam diberikan Dylan kepada Kaizen. Tu nak perli ke nak ape....

" Haah, ape awak buat sampai bertambah tinggi dalam satu malam?" Soal Natasya.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now