Seorang budak lelaki berjalan keluar dari sebuah bilik air. Tuala mandi yang berwarna hijau cair yang berada di tangan kirinya diletakkan di atas rambutnya yang basah itu. Dia duduk di atas katil sambil mengelapkan rambut yang berwarna biru gelap miliknya.
" Srrsshhh, ssrrrrsshh." Bunyi rambut apabila dikeringkan nya kedengaran.
Setelah beberapa minit, dia mencampakkan tuala ke tepi dan terus berbaring bersama sama rambut yang masih serabai dan tidak terurus itu." Huh....." Dia mengeluarkan nafas berat. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, separuh dari pada semua pelajar dan guru sering sekali menghina dan membulinya. Nasib baik dirinya telah berkawan dengan Kaizen yang seorang yang caring dan sporting jer.... Terasa dunia milik mereka berdua apabila mereka bersama. Dan, dia juga telah mengenal seorang perempuan yang mempunyai sihir langka. Iaitu sihir water nature. Rase macam dah tak kesah dah orang nak cakap ape, asalkan mereka berdua ade disisi.
Lelaki itu menguntumkan senyuman.Matanya yang berwarna merah itu mulai kuyu. Dan selepas beberapa minit, dia telah tertidur lena di situ.
GRROUWGH!!!
Sebuah bunyi ngauman haiwan yang sangat kuat telah menyedarkannya daripada tidur. Dia mula mengerut ngerut muka memikirkan benda mengaum kuat itu.
" Ape tuh?" soalnya dengan kantuk yang tersisa.
GRROUWGH!!!
Bunyi ngauman itu kedengaran lagi sekali. Dylan mula berasa cuak.
" Ni macam Spirit Beast." Tekanya.
Dia berdiri dan menukar pakaian. Sebuah baju sweater berwarna hitam dan topeng separuh muka yang bercorak seekor rubah dipakainya. Dia berjalan keluar dari blok D a.k.a rumah kecil itu dan mencari cari punca dan arah ngauman itu.
Di waktu malam seperti ini, memang sepatutnya memakai baju berwarna hitam supaya tidak siapa dapat melihat.
Dylan berjalan menuju ke pokok Apel yang menjadi tempat rehat rahsia nya itu. Di situ pada waktu petang juga, dia telah berjumpa dengan Natasya yang sedang menangis teresak esak.
Pokok Apel itu dipanjat laju oleh Dylan. Dia memandang ke arah hutan yang berada di belakang pokok itu.
Gelap. Itu sahaja yang dia nampak pada waktu itu.
Dia memberanikan dirinya melompat melepasi sebuah tembok yang berada di bawah pokok Apel tersebut.
Zrrraasss
Terdengar sayup sayup bunyi kaki Dylan yang terlanggar rumput yang berada di sekitar nya. Kini, dia berada di bahagian hadapan tembok yang dilompatnya tadi .
GRROUWGH
Lagi sekali, bunyi ngauman itu kedengaran.
Dylan mengeluarkan sebuah balang sederhana kecil dari poket seluarnya. Di dalam balang tersebut terdapat empat ekor kelang kelip yang sedang tertidur. Dylan menggoncangkan balang itu sendikit kuat.
Setelah beberapa minit, kelang kelip yang tertidur itu mula berterbangan dan mengeluarkan cahaya yang berwarna kuning di dalam balang. Cahaya itu telah menerani jalan yang dilalui oleh Dylan.
Dylan berjalan tanpa arah untuk mencari ngauman tersebut.
Setelah beberapa lama berjalan, akhirnya dia tiba di hadapan sebuah gua yang besar.GRROUWGH!!
Sebuah angin yang kuat bersama sama dengan ngauman itu keluar dari gua tersebut dan mengenai badan Dylan.
Dia berdiri sambil tangannya menghalang tolakkan angin kuat itu. Setelah angin itu mula menghilang, dia menurunkan kembali tangannya.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...