" Dylan!! Dah lama dah kita pusing dekat sekitar gunung ni!! Tapi macam tak der pape pon." Rungut Kaizen sambil menghembuskan nafasnya lelah.
" Sabar...aku pon tak tahu. Amie, dekat mana? Bukan ker kau kata lepas gunung ni? Tapi lepas je dari gunung ni, ada gaung besar. Kalau kita jatuh, mesti mati tak der jejak." Dylan memandang ke arah gaung besar yang berada di bawahnya. Warna hitam yang kelihatan menandakan bahawa gaung itu amat dalam.
" Dia ada dalam gaung tu..." kata Amie perlahan. Amie yang masih dalam bentuk seekor burung mula berterbangan tinggi dan menjunam laju ke dalam gaung itu.
" Amie!!" Jerit Dylan. Tetapi suara jeritannya itu tidak mampu menghentikan tindakan Amie yang telah jauh ke dalam gaung besar itu.
" Titan Nozve!! Ikut Amie, jangan hilang jejak dia!!" Arah Dylan tegas. Perasaan risau mula menyelubungi diri apabila Amie si haiwan kesayangan nya masuk ke dalam gaung hitam yang merbahaya itu.
" Ka-kau siyes la-Arghh!!!" Jerit Kaizen apabila Titan Nozve mula menjunam dengan kelajuan yang lebih laju. Serta merta Kaizen terus memeluk erat badan Dylan yang berada di hadapannya.
" Amie!!"
" Amie!!"
Jerit Dylan yang kini berada di dasar gaung itu. Dia mencari cari kelibat seekor burung yang dikenalinya tetapi masih tidak dijumpai.
" Amie!!"
" Amie!!"
" Kau dekat mana!!"
Jerit nya lagi.
Grroouughhhh!!
Deruman garau sebuah suara haiwan kedengaran.
Kau nak ape datang kawasan aku?
Soal suara tersebut. Dylan hanya menayangkan wajah datar manakala Kaizen dibelakangnya telah ketakutan dan menggigil gigil. Seluruh bulu romanya juga berdiri tegak.
" Aku datang nak cari kawan aku. Kau ade nampak tak? Nama dia Amie dan seekor burung." Kata Dylan bersahaja.
Burung? Yang ni ker?
Suara itu mula menampakkan diri. Seekor naga hitam yang nampak kesakitan sedang menunjukkan tangannya ke arah sebuah batu yang berdekatan. Batu itu memiliki tempat pijak yang sedikit sahaja dan tiang yang dibawanya pula hanya satu dan tidak nampak kukuh.
Wah, aku tak sangka dapat jumpa Spirit Beast lagenda...
Terlihat naga hitam itu menundukkan kepalanya menghadap Titan Nozve.
" Tak perlu, tak perlu. Kau tak payah nak tunduk tunduk bagai." Ujar Titan Nozve pula.
Hahahaha... Kau dah banyak berubah, dari diri kau yang dulu....
" Titan Nozve, pergi dekat batu tuu, aku macam nampak Amie dekat situ." Arah Dylan.
Serta merta Titan Nozve terus mengepakkan sayapnya dan terbang mendekati batu yang disebut oleh si tuannya. Susuk tubuh seekor burung yang terbaring di atas batu itu membuatkan Dylan berasa tidak sedap hati. Terus dia mendekati susuk burung itu dan mendakapnya erat. Kaizen pula hanya duduk di atas badan Titan Nozve tanpa sebarang bunyi.
" Amie...kau kenapa?" Bisik Dylan perlahan. Potion penyembuhan yang sentiasa ada di dalam beg galasnya dikeluarkan dan dituangkan keseluruh tubuh haiwan tersebut.
Wahh...potion yang bagus.
Susuk burung yang merupakan si Amie, kembali pulih seperti biasa. Dia terbang disekitar Dylan dan hinggap di atas bahu kanan lelaki itu.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...