Dylan berjalan menuju ke sebuah
blok D yang agak tersorok dari pada blok blok yang lain.
Blok ini menyerupai sebuah rumah sederhana kecil yang mempunyai dua buah bilik tidur dan sebuah bilik air.
Pintu rumah sederhana itu dibuka. Dia masuk ke dalam bersama semua barangan nya. Sebuah bilik pertama yang berada berdekatan dengan pintu utama dimasuk olehnya.Beg galas miliknya itu diletakkan ketepi dan dia berbaring di atas sebuah katil bujang untuk merehatkan badan. Perbualan antara dia dan Shen Carl mula terimbas kembali.....
' takkanlah!!' rintih hati Dylan.
" Saya tak der sihir ker Shen Carl?
Kenapa saya tak der sihir?"
soal Dylan curiga.Semua orang mempunyai sihir, tetapi kenapa dia seorang sahaja yang tidak mempunyai sihir!! Ni semua tak adil!!
Pasti ade sebabnya, kenapa dia tidak mempunyai sihir!!?" Dylan, jom kita bercakap tentang ni dekat bangku sana"
Shen Carl berjalan menghampiri bangku panjang itu diikuti dengan Dylan di belakang.
Semua murid murid yang telah mengenal pasti sihir, telah dibawa ke blok masing masing. Kini, tinggal Shen Carl dan Dylan sahaja yang berada di kawasan itu." Kamu nak tahu kenapa kamu tidak mempunyai sihir?" Soal Shen Carl.
Dylan pantas menganggukkan kepala.
" Sebenar nya, Shen Carl pun tak tahu punca atau penyebab utama kamu tiada sihir. Aura sihir di dalam badan kamu terlalu kosong .Dan jika kamu tidak memiliki sihir, kamu akan diasingkan di blok D."
Dylan mula menundukkan kepala memandang ke arah jari jemari nya.
" Tetapi, ada satu cara untuk mendapatkan sihir.......caranya adalah dengan mengumpulkan kesemua pecahan kristal merah ni. "
Shen Carl mengeluarkan sebuah buku dan dia membuka sebuah muka surat. Di muka surat itu, terdapat sebuah lukisan kristal berbentuk seperti sekuntum bunga Hyredg ditunjukkan kepada Dylan.
Bunga Hyredg ialah sebuah bunga yang berwarna merah dan mempunyai 5 kelopak. Warna merah bunga tersebut terlalu merah seakan akan darah.
" Sekarang, di sekolah kita hanya mempunyai satu kelopak. Manakala, kelopak kelopak yang lain pula berada di puak puak yang telah lama menghilang."
terang Shen Carl panjang benderang." Dekat mana kelopak yang ada dekat sekolah ni? Bagi saya"
ujar Dylan. Dia dapat rasakan bahawa akan ada sinar jalan di segala kesulitan.Shen Carl mengeluh seketika.
" Kelopak itu ada di bilik Dizz Ryan ( Dizz ialah gelaran pengetua di sekolah itu ) . Kelopak itu hanya akan diberikan kepada seseorang yang berjaya menjadi tempat utama di perlawanan akhir, Battle TRN. "
" Dan satu masalah besar. Kalau kamu tiada sihir, badan kamu tidak akan membesar dan hanya akan bersaiz seperti sekarang "
Mulut Dylan mula ternganga. Masaalah datang pula!!! Dah lah aku tak der sihir, ni pulak badan aku tak boleh membesar. Arghhh pening!!!.
Dylan menghembuskan nafas berat. Susah ke senang ker, yang pastinya dia pasti akan dapat kesemua kelopak kelopak bunga tersebut. Takkan lah dia mahu selamanya berumur 5 tahun?
Dengan semangat yang membara, dia akan mendapatkan kelopak pertama di Battle TRN. Tunggu sajalah.....
Setelah lama mengelamun, akhirnya Dylan tertidur kepenatan.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...