14

450 49 1
                                    

" Hynae, Tiger Nozve saya balik dulu.."
Ujar Dylan.

Kini dia, Tiger Nozve dan Hynae  berada tepat dihadapan pintu gua.

" Oh hati hati dan jangan lupa datang lagi." Ucap Hynae ramah.

" Ye. Bye bye..."

Dylan melambaikan tangan nya ke arah mereka berdua. Selepas mengambil beberapa serpihan kristal di kawasan gua yang paling dalam, waktu telah berubah petang dan Dylan memutuskan untuk pulang ke sekolah kembali.

Dia berjalan pulang ke sekolah dengan perasaan gembira. Beg sandang yang berada di sebelah nya itu ditepuk tepuk perlahan.

' Semua barang barang untuk buat potion dan pil dah ade...' sorak hatinya gembira.

Huugghhh

Hembusan nafas seseorang dari belakang nya telah membuatkan bulu roma nya menegak. Hatinya yang gembira itu telah bertukar seram sejuk. Langkah kaki nya juga di berhentikan.

' takkan ade hantu petang petang kot? Hantu ape? Takkan GhostEvening ?'

Dylan menghembuskan nafas nya beberapa kali. Dia memberanikan diri untuk menegur seseorang tersebut. Dengan kepala yang masih memandang kehadapan, dia menegur.

" Siapa tu tu?"

Krik krik krik

" Siapa tu?" Soal Dylan lagi.

" Huh....ni aku Tiger Nozve."

Selepas mendengar nama Tiger Nozve itu, rasa seram sejuk telah menghilang dan dia memusingkan badannya ke arah belakang.

" Kau nak ape??" soal Dylan mendatar.

" Kau tanye aku nak ape!!!?? Kau lupe ker yang aku ni haiwan peliharaan kau. Jadi aku kena ikut kau kemana mana lah!!" tengking Tiger Nozve. Dasar budak lemah yang tak der pengetahuan.

" Nak marah jer keje kau nih!! Kalau kau ikut aku, macam mana aku nak balik sekolah kalau orang nampak kau!!??" Soal Dylan kasar.

Ye ahh, kalau tetiba kawan kawan dia ternampak Spirit Beast yang bersaiz besar mahu mati terkejut nanti...
Ish Ish Ish....arwah dulu baik orangnya

" Arghhhhh!!! Aku masuk dalam bayang bayang kau ahh. Kalau ade apa apa panggil aku."

Badan Tiger Nozve mula menghilang dan masuk ke dalam bayang bayang yang terdapat di belakang badan Dylan.

" Suka hati kau lah. Spirit lemah!!"

'Kau cakap ape hah budak lembik!!??
Kau tahu tak, aku ni diantara Spirit Beast yang paling kuat dan power!! Rank aku adalah 25 tahu tak!!??'
Tiger Nozve mendecit geram di dalam hati.

Kemudian, Dylan meneruskan perjalanan nya sehingga sampai di blok D.

5.35 petang

Dylan berjalan menyusuri pelbagai blok. Blok A, blok B, blok C dan blok D semua dia telah lalui. Sekarang dia sedang berjalan menuju ke sebuah tempat.

Pintu sebuah makmal dibuka oleh Dylan.

" Selamat petang, Makcik Shari."
Ujar Dylan mesra.

Makcik Shari yang sedang mengemas peralatan peralatan makmal yang telah berhabuk itu mula memberhentikan gerakannya. Kepalanya dipusingkan ke arah belakang dan ternampaklah seorang pelajar lelaki berumur 5 tahun yang bernama Dylan.

" Oh, Dylan. Selamat petang." Sambutnya mesra.

"Makcik, Natasya dan Kaizen ade  dekat dalam tak?" soalnya.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now