36

355 39 4
                                    


" Aaahhh!!!!"

Seakan tidak percaya apa yang terjadi di hadapannya, kedua belah kakinya terasa longgar dan jatuh melutut ke atas tanah.
Air mata mengalir laju di kedua dua belah pipinya.
Gua yang dihabiskan bertahun tahun bersama Titan Nozve dan merupakan tempat pertama dia berjumpa dengan Dylan hancur, roboh, dikeje kan oleh iblis iblis jahat!!

Air mata yang mengalir deras itu mula menjadi hitam. Bebola mata dan rambutnya juga bertukar menjadi warna merah.

"Arghhhhh!!! Kurang ajar!!!" Jerit Hynae sekaligus melebarkan sayapnya.

" Hynae sabar Hynae!!" Dylan memeluk erat badan Hynae. Rambut yang telah berubah warna itu dielus lembut.

" Jangan macam ni...awak kene bersabar...." Bisik Dylan untuk menurunkan kemarahan Hynae.

" Tak...Tak...Tak...kau pandai lah cakap tapi kau tak rasa ape yang aku rase!!!" Bentak Hynae. Seluruh badannya digoyang goyangkan untuk melepaskan diri dari pelukan Dylan.

Dengan penuh amarah, Hynae kehilangan kawalan dan melepaskan sihir terlarangnya.

Black Slashh!!

Hynae menghilang dari pelukan Dylan. Hal itu membuatkan mereka semua termasuk Dylan berasa terkejut. Kalau Hynae bunuh semua orang termasuk manusia macam mana?

" Hynae!! Awak kat mana!!"

" Grroouughhhh !!"

" Hynae!!!"

" Grroouughhhh!!"

Jeritan Dylan dan ngauman Titan Nozve memenuhi seluruh kawasan tersebut.

Ting!

Susuk tubuh Hynae mula menampakkan diri. Kini dirinya berada di belakang Natasya yang tidak jauh dari Dylan. Bibirnya mengukirkan senyuman dan.....

Sslaaasshhhhh

Badan Natasya ditusuk oleh sebuah pedang air daripada belakang. Darah membuak buak keluar dari badan apabila pedang air itu menghilang bersama dengan Hynae. Natasya mula kehilangan keseimbangan. Rasa sakit yang berpunca daripada tusukkan pedang itu menjadikannya kehilangan tenaga. Kawasan yang ditusuk itu ditutup menggunakan kedua belah tangannya. Walaupun ditutup, cecair cecair darah tersebut masih lagi mengalir. Wajah Natasya juga mula berubah pucat.

Dylan yang melihat kejadian itu mula menjerit.

" Natasya!!!"

Kaizen, Titan Nozve dan Shen Zen mula memandang ke arah yang dipandang oleh Dylan.
Selepas mengetahui apa yang berlaku, mereka bertiga bersama sama dengan Dylan berlari menghampiri Natasya yang sedang menahan kesakitan itu.

" Natasya, awak okey tak?" soal Dylan risau. Kepala Natasya diangkat dan diletakkan ke atas kaki kecilnya.

" Awak okey tak?" soal Kaizen pula. Ye ahh sape je tak risau kalau kawan korang kena cucuk dengan pedang.

Segaris senyuman kecil terukir di bibir perempuan tersebut. Hati Dylan mula berasa sayu dan sedih. Beg kecil yang berada di tepinya dibuka dan sebuah dua biji pil berwarna kuning  dikeluarkan olehnya.

Pil tersebut dimasukkan ke dalam mulut Natasya. Serta merta badan Natasya yang lemah dan pucat itu mula menjadi sihat sedikit.

" Shen Zen...Shen boleh tak ubatkan luka Natasya ni?" Soal Dylan apa bila dia melihat luka di badan Natasya itu masih lagi tidak sembuh.

" Bagi Shen cuba dulu..."
Shen Zen menghulurkan kedua tangannya ke arah luka Natasya dan dia mula menyebut beberapa ayat sihir.

Light Health

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now