Malam telah pun menjelma dan kini, semua penghuni rumah pokok itu telah masuk ke dalam bilik untuk merehatkan badan.
Disebuah rumah pokok, terdapat 6 buat bilik tidur. 3 di bahagian atas manakala lagi 3 di bahagian bawah. Sebuah bilik kosong yang terlebih itu, tidak langsung digunakan oleh mereka semua. Bilik bagi si watak lelaki utama, Dia tidur di bilik bahagian bawah dan berdekatan dengan bilik Kaizen dan Shen Zen.Kelihatan si watak utama itu masih lagi duduk termenung di tepi tingkap, mengingati watak perempuan utama. Kadang kadang terdengar watak utama itu menghembuskan nafas kasar.
" Hynae....kalaulah mase tuu aku lagi kuat, mesti sekarang kau ade dekat sini." Bisiknya perlahan.
Si penguasa malam, sang bulan mula menampak kan dirinya dicelah celah awan awan hitam di lelangit malam. Cahaya putih terangnya menerangi langit gelap di malam hari. Bagaikan dipanggil oleh sang ketua, bintang bintang yang merupakan bawahannya itu terus menampakkan diri bersama warna warna yang berkilauan. Dylan sang watak utama hanya memandang kosong permandangan cantik yang dilihatnya ini.
" Tuan...tuan perlu tidur. "
Panggilan daripada Amie yang menyuruhnya tidur tidak dihiraukan nya. Amie pula memandang sedih ke arah tuannya.
' petang tadi, masa dekat padang tuan dah okey sikit....'
" Jom lah tidur tuan... " Ajaknya lagi.
" Hei Amie, kau tahu tak kenapa dada aku ni rasa sesak macam susah nak bernafas? "
Soalan daripada Dylan membuatkan Amie terdiam. Diakan Cermin Hanyang, dia tak pernah rasa semua benda tuu jadi dia tak tahu nak jawab ape...
" Aku rase dada aku ni macam nak pecah. Dan kalau boleh air mata aku ni nak sentiasa mengalir...kenapa eh?" Dylan mula memutarkan kepalanya memandang Amie. Amie yang melihat keadaan tuannya terus terkejut. Mata tuannya teramat sembab, hidung nya kemerahan dan matanya tidak berhenti mengalirkan air mata.
" Aku rase macam nak mati bila dia tak der dekat sini....Aku betul betul nak jumpa dia sekarang...." Amie hanya mendengarkan luahan tuannya. Dia juga faham maksud ' Dia ' yang disebutkan itu. Tapi, dia tak boleh nak buat ape...perkara yang dah lepas tak boleh nak diundurkan semula, cuma sekarang kita kena selamatkan cik Hynae dengan melancarkan berperang ke atas iblis.
" Tuan, tidur dulu. Kata minggu depan tuan akan pergi cari kelopak kristal. Lepas tuan dah jumpa kesemua kristal tu bukan ke tuan kata tuan nak selamatkan cik Hynae?" Amie cuba memunjuk tuannya.
Terlihat kepala tuannya terangguk-angguk beberapa kali.
" Jadi, tuan perlu tidur." Akhirnya setelah lama memujuk, Dylan turun dari tingkap bilik itu dan membaringkan diri di atas katil. Sisa sisa air mata dilap menggunakan lengan bajunya.
Dirinya mula memandang pelik ke arah Amie apabila haiwan tersebut tidur di bahagian bawah dan bukan disebelah nya.
" Amie...? Kenapa tidur bawah? Tido ahh atas ni..banyak lagi kosong." Pelawa Dylan.
" Bo-boleh ke?"
" Boleh. Meh tido sini, meh." Ajak Dylan lagi.
" Ohhh okey. " Amie akur. Dia membaringkan dirinya di hadapan Dylan, tuan kecik kesayangannya itu.
Sedang sedap berbaring, sepasang tangan kecil melingkari tubuh musangnya. Dengan cepat, Amie terus memandang ke belakang. Terus wajah yang cemas tadi bertukar gembira melihat gerangan yang memeluk dirinya.
' comel jer tuan aku nih... ' Amie kembali membaringkan dirinya dan tidur didalam pelukan si tuan kesayangan.
✨✨✨
Tepat baru sahaja ayam berkokok, Dylan terus tersedar dari tidurnya. Dia turun dari katil secara hati hati supaya tidak mengejutkan lena Amie. Dia berjalan ke tandas dan terus membersihkan diri. Baju sweater yang berwarna hitam kesayangannya dipakainya.
" Err, asal sweater ni macam dah muat sikit dengan saiz aku? Bukan ke sweater ni besar gedabak?" Pelik bin Malaun!! Selalunya apabila dia memakai sweater tersebut, lengan baju sweater itu akan terlebih panjang, tapi sekarang ni semua muat tepat tepat dengan saiz dia.
" Tahh biar lah..." Dylan malas memikir.
Pintu biliknya dibuka dan dia mula berjalan menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Itulah rutin harian nya dekat TRN School. Alak maklumlah dia sorang je yang duduk dekat rumah tu, jadi dia dah terbiasa buat dia. Peti ais kayu di dapur itu dibukanya dan...
Srruuushh
Peti ais dibahagian atas mengeluarkan haba sejuk daripada ketul kiub ais yang diletakkan oleh Natasya untuk membekukan makanan. Tubuh Dylan automatik kesejukan. Cepat cepat dia menutup kembali peti ais itu. Sepasang matanya meliar liar mencari bahan masakan yang lain. Dan akhirnya matanya terhenti apabila melihat beberapa buah sayuran.
Sayur kobis, carrot, bayam dan beberapa ketulan kecil ayam diambilnya. Kesemua bahan bahan tersebut dibasuh nya dia terus memasak kesemua bahan tersebut. Dan...siaplah sayuran goreng yang 100% dibuat oleh Dylan. Kalau tak sedap komen dan cakap yee..
" Huh...siap pon." Dia menghembuskan nafas lega.
Bau makanan yang dibuat oleh Dylan menyebar ke seluruh pelosok kawasan rumah pokok itu.
" Wah?!! Sedap nye bau!!" Jerit Kyle, Natasya dan Kaizen apabila sampai di dapur. Shen Zen hanya tersenyum kecil melihat gelagat anak murid muridnya. Kalau Dylan pula terkejut beruk apabila mendengar jeritan tak berbayar dari cucu angkat gorila tuh....
" Selamat makan!!! " Sebut mereka serentak sebelum memulakan sarapan pagi.
✨✨✨
Hehehehe...chapter ni kurang best sikit koot.😭😌
Chapter 43 check ✔️
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...