23

434 44 0
                                    

Zrrraaaasssss

Medan portal penghubung tempat yang sederhana besar telah menghantar Dylan bersama dengan beberapa orang di sebuah kawasan yang asing.

Sepasang mata merahnya memandang ke sekeliling tempat.
Kawasan yang berpasir dan tiada langsung tumbuh tumbuhan yang hidup dan menjalar.
Panas, bahang. Itu yang dirasakan nya sekarang ini.
Peluh sedikit demi mula  keluar dan membasahi seluruh badannya.

" Aku dekat mana ni..." Ujarnya perlahan. Bersama kerutan di dahinya.

" Kita semua sekarang ade di 'Destroy Sanyria' yang berada hujung negara Naugrey. Tu pon kau tak tahu ker budak lemah??. " Ujar seorang lelaki.

Suara tu... Ya suara yang amat dikenali dan suara yang paling dibencinya.
Lelaki tersebut berjalan dan berdiri di sebelah Dylan. Tangannya naik memaut sebelah bahu si Dylan. Dan pautan tersebut telah bertukar menjadi cengkaman kuat.

" Arghh!!!! Kau pasal Ritku!!??" Dylan lantas menepis cengkaman itu dan terus memandang tajam ke arah Ritku.

" Heh.. aku ingatkan kau dah mati." Ujarnya sinis.

Seorang lelaki dan 2 orang perempuan yang berada
di situ hanya memerhati tanpa ada rasa ingin meleraikan pergaduhan tersebut.

" Kau kenapa hah!!?? Kenapa kau selalu kacau aku!?" Tengking Dylan.

" Sebab aku benci tengok muka kau??" Soal Ritku mengejek.

" Kau ni!!!" Sepasang pedang pendek yang diberi nama Spare yang berada di kedua dua tepi pinggangnya di keluarkan menggunakan kedua dua belah tangannya. Hujung pedang itu dihalakan ke arah Ritku. Pandangannya sekarang seperti singa yang  sedang memandang mangsa didalam keadaan yang lapar. Tunggu beberapa saat sahaja , mangsa yang  itu akan mati terbunuh dan Innalillah.

Manakala, Ritku juga begitu. Dia turut mengacukan anak panah miliknya ke arah Dylan.

" Boleh tak jangan bergaduh!!! Kita semua kan sedang ujian!!! Bekerjasama lah sepatutnya!!!" Marah seorang perempuan kepada Dylan dan Ritku.

Dylan automatik terus menurunkan Spare dan memandang ke arah perempuan tersebut. Baju skirt yang berwarna merah bercampur hitam dan di tangannya mempunyai sebuah alatan tombak. Perempuan tersebut ialah Rinnah. Penguasa sihir langka Lightning Sand dan juga merupakan seorang perempuan yang paling terkenal di TRN School.

" Macam budak kecik jer gaduh gaduh..." bisik perempuan tersebut penuh angkuh.
Sepasang matanya memandang ke tanah pasir. Sebuah kertas yang sederhana besar dan agak lusuh yang berada di atas tanah pasir itu diambilnya.

"Sekarang kita perlu berjalan ke arah barat dan cari sebuah menara tinggi. Dalam menara tinggi tu, ada kotak. Kita kena ambik kotak tu." Arah perempuan tersebut tegas sambil membaca isi peta yang berada di tangan nya. Matanya memandang kesemua orang. Bilangan kumpulan nya 5 orang semua. 3 lelaki dan 2 orang perempuan. Selang beberapa minit, dia menggelengkan kepala.

' entah boleh harap ke tak boleh harap dieorang ni...' bisik Rinnah didalam hati.

Khatty!!

Rinnah menjerit sedikit memanggil Spirit Beast kepunyaannya. Dan dengan segera, seekor kucing bersaiz sederhana besar yang berbulu putih dan ekor serta telinganya yang berbentuk seperti ais muncul hadapan Rinnah.
Kesemua yang berada di situ mula terkejut kerana selalunya Rinnah tidak akan keluarkan Spirit Beastnya walau dalam keadaan apa sekali pon.
Jadi, mereka semua bertuah...
Badan Khatty dipanjat oleh Rinnah.

" Dah, jom gerak." Arah perempuan itu lagi, selepas duduk menunggang Spirit Beast kepunyaannya .

Ritku terus berjalan bersebelahan dengan Spirit Beast Rinnah meninggalkan Dylan dan beberapa orang lagi di belakang.
Dylan hanya memandang kosong dan juga mengatur langkah mengekori mereka berdua ke arah barat.

" Emmm... Hai Rinnah. Saya Ritku."
Kepalanya di dongakkan ke atas, tangannya melambai dan mukanya memasangkan riak senyum ke pada Rinnah.

" Hai" hanya kedengaran suara beku tanpa nada bersama muka yang dingin. Lantak ahh kau...

Ritku tersengih janggal. Tangannya menggaru garu di bahagian tepi pipi.
Keadaan itu amat janggal sekali.

Matahari mula berdiri tegak. Peluh peluh yang keluar dan membasahi badannya mula hilang disebabkan cuaca yang amat panas.
Air...air... dan air. Itu sahaja yang difikirkan Dylan sekarang.

Groouughhhh!!!!

Sebuah bunyi ngauman kuat bersama dengan sebuah ribut pasir telah mengenai mereka berlima.

Srrraaasss

Tangan kanan Dylan automatik menghalang ke hadapan dari terkena pasir itu. Pasir pasir kecil yang telah mengenai bahagian badannya yang lain terasa amat sakit.

Akhirnya, serangan ribut pasir itu mulai menghilang dan terpampang lah sebuah kawasan rumah besar yang telah separuh musnah seperti roboh dan ditinggalkan . Di situ juga terdapat sebuah menara yang amat tinggi. Rumah besar itu berada beberapa kilometer dari mereka semua.

" Dah sampai..." Ujar Rinnah separuh perlahan.

" Jom, kita kena ke rumah tu. Jangan lambat lambat. " Kata Ritku bongkak menunjuk ke arah Dylan.
Kalau Dylan, dia chill jer. Tak nak gaduh gaduh...

Kaki kanan Khatty si Spirit Beast melangkah masuk ke dalam pintu besar rumah itu.

Zappps

Sebuah aura yang sangat kuat dan membunuh menerpa kuat ke arah Khatty. Aura membunuh itu telah menghentikan langkah kaki Khatty dan aura itu juga menunjukkan bahawa Spirit Beast yang berada di dalam rumah besar tersebut telah memakan banyak mangsa dan bersaiz sangat besar.

Rinnah mula berasa cuak. Aura yang dirasai oleh Khatty itu juga dapat dirasai olehnya. Bulu roma nya mula menegak dan dia memandang ke arah Ritku.

" Errr... Ritku? Boleh awak jalan dulu tak?" soal Rinnah bersama dengan muka cuak nya.

" Boleh jer. Kalau awak takut, saya akan selamatkan awak. Saya kan kuat..." Ritku mula berasa suka dan bangga kerana akhirnya, Rinnah yang dingin itu telah mula berborak dengannya. Tangan nya naik menepuk nepuk dada tanda acah kuat.

Perjalanan mereka diteruskan dengan Ritku dibahagian paling hadapan, Rinnah di tengah tengah bersama dengan dua orang kawan yang lain manakala, Dylan di bahagian paling belakang.

Sebuah kawasan besar dan gelap yang disinari dengan cahaya matahari melalui beberapa lubang di kawasan atas dinding telah menyinari sedikit kawasan itu.

Hembusan angin yang bertiup kuat tanpa tahu dimana asalnya muncul di semua kawasan. Rasa yang panas semasa diluar rumah telah digantikan dengan rasa sejuk.

Ritku melangkah megah ke hadapan tanpa memandang ke kawasan tanah.
Dan....

Dushhh!!

Dia terlanggar sebuah kayu yang besar dan menyebabkan dirinya terjatuh ke tanah.

" Aduh...sakit nyee.." adunya sambil menggosok gosok tangannya yang terkena batu batu tajam yang berada di situ. Rambutnya yang kemas tadi mula berubah menjadi serabai.

Dylan dan beberapa orang kawan yang lain mula menapak perlahan lahan ke belakang. Benda yang telah dilanggar oleh Ritku mula mencelik kan mata. Ekor yang disangka kan kayu itu mula bergerak ke kiri ke kanan. Sepasang sayap yang besar mula mengepak ngepak kuat.

Seperti telah ternampak hantu yang sangat seram, seluruh muka Ritku mula memucat dan menggigil. Dia mula berlari laju ke arah Dylan dan kawan kawan lain yang telah berlari ke hadapan tanpa menunggunya.

Grroouugghh!!!

Semburan nafas api dari Spirit Beast naga itu telah terarah tepat ke pada Ritku. Api itu mula mendekat dan larian Ritku terasa amat lambat sehingga api itu lagi sedikit ingin mengenai dirinya.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now