21

428 44 0
                                    

" Kaizen....kat mana Dylan ni? Seluruh kawasan sekolah dan tempat tempat yang selalu Dylan pergi kita dah cari....ta..pi..ta..k...jum..pa...pon...."

" Hisk....Hisk...Hisk..." Air mata si Natasya mula membasahi kedua belah pipinya. Kini, dia dan Kaizen sedang duduk berehat kepenatan di sebuah bangku yang berada di kantin.

Kaizen yang berada di sebelahnya hanya mengeluh lemah. Tangan kanannya naik menepuk nepuk perlahan belakang badan Natasya.

" Dah,dah,dah, Kalau kau menangis macam mana kita nak jumpa dia. Ha... Kalau macam tu, jom kita cari dekat hutan yang kita pernah berlatih sihir dengan Dylan tu. Jom!!"

Jadi, mereka berdua meneruskan pencarian di hutan yang berada di belakang pokok Apel.

Tembok tinggi yang memisahkan sekolah dan hutan itu dipanjat oleh mereka berdua. Dan akhirnya, mereka berdua tiba di hutan itu.
Mereka mencari Dylan di kawasan sekitar dan memanggil manggil namanya.

" Dylan!!!!"

" Dylan!!!"

" Dylan!!!"

Jeritan mereka berdua memenuhi seluruh kawasan hutan itu.

" Dylan........!!!!" Natasya menjerit sekuat kuat hati dan terduduk di atas tanah bersama air mata.

Zapppsss

Dylan yang sedang bertapa di ruang rahsia dibawah terjunan air mula berdiri tegak apabila mendengar jeritan suara Natasya.

" Natasya?" bisik nya perlahan.

Dengan segera segera, dia mula bangun dan berjalan segera ke pintu gua.  Baju dan seluruh tubuhnya yang basah itu hanya dibiarkan sahaja.

" Dylan, Dylan . Awak nak balik dah Ker?" soal Hynae apabila terserempak dengan Dylan yang sedang berjalan laju itu. Kelihatan dirinya sedang tergesa gesa.

' Dylan tergesa gesa ni nak kemana?' bisik hati nya.

" Saya kene kembali ke sekolah. Kawan kawan saya mesti tengah risau kan saya. Jadi, saya pergi dulu."

Dylan terus meninggalkan Hyane selepas memberitahu mengapa dia tergesa gesa. Dia berjalan laju ke tembok belakang pokok Apel. Firasat nya mengatakan bahawa kedua dua orang kawannya sedang mencarinya disitu.

Semak semak dan daun daun yang menghalangi jalannya di tepis dengan kasar. Kesemua itu tidak menghalangi keinginannya untuk berjumpa kawan kawannya itu. Dahan dahan yang mengores tangan dan kakinya sehingga meninggalkan goresan kecil hanya dibiarkannya.

" Natasya!!! Kaizen!!!!" Jeritnya kuat apabila sampai di tempat tersebut.
Dia menongkat lutut dan tercungap cungap mengambil nafas.

Natasya yang sedang menangis di bawah pokok bersama Kaizen di sebelah mula terkejut. Kedua belah mata mereka mula membesar.

" Dylan!!!" Jerit mereka serentak.

Natasya terus memeluk tubuh Dylan manakala Kaizen hanya meluku sedikit kepala kawan baiknya itu.
Kalau Dylan.... Dia tersenyum senget sambil menggosok gosok tengkuk.

" Wey, kau tahu tak? Kiteorang cari kau macam nak mampos tahu?!!"
Ujar Kaizen kasar. Dia memandang tubuh Dylan dari atas ke bawah.

'Kenapa basah? Ahh biarlah . Asalkan kawan aku dah selamat.'

Dylan yang sedang duduk bersebelahan dengan Kaizen di meja makan hanya tersengih kecil. Natasya pula duduk di hadapan Dylan dengan riak biasa.
Kini, mereka bertiga berada di dalam blok D yang merupakan tempat tinggal untuk Dylan.

" Aku tak suruh pon kau cari aku." Jawab Dylan mendatar.

Kaizen mengetapkan gigi tanda geram. Natasya pula bantai gelak. Lawak betul muka Kaizen masa nih...

" Ahahahah....sian awak Kaizen."

Air mata yang keluar dari matanya di lap. Ni bukan air mata sedih, ni air mata gembira terlebih lebih.....hehehe
Kaizen menjeling Natasya sekilas.
Nanak kawan...

" Kau punya markah bagi ujian bahagian 2 kosong tau. Sebab kau tak masuk ujian. " Ujar Kaizen masih lagi cemberut.

" Ntah....biar jelah."

Kaizen dan Natasya mula tercengang sambil memandang pelik ke arah Dylan.

" Dylan!!! Awak tahu tak? Kalau markah awak sikit, awak takkan dapat masuk TRN Battle ? Kalau satu ujian awak tak masuk, markah awak akan jadi sikit." Terang Natasya panjang lebar bersama tumbukan di meja itu .

Tadi Kaizen dan Natasya yang tercengang, sekarang Dylan pula.

' tak boleh jadi nih.......'

" Tak pe, korang jangan risau. Nanti pandai pandai lah aku cari markah." ujar Dylan.

🥕🥕🥕🥕

" Pagi ni, kita akan adakan ujian pembuatan pedang dan peralatan. Jadi, barang barang yang diperlukan, perlu disediakan sendiri. Ujian ini akan bermula pada pukul 8 tepat. Sebelum pukul 8 tepat, kamu semua boleh mengambil barang barang sendiri. Ujian ini akan berakhir pada pukul 10.30 pagi." Terang Ninie.

Pejam celik pejam celik, tengok tengok dah hari untuk ujian bahagian ke 4. Untuk ujian ke 3, Dylan dan kawan kawannya telah pon menjalaninya semalam. Sekarang dah ujian yang ke 4 dho... Ujian ini bercampur dengan semua orang tiada lagi kumpulan kumpulan. Semuanya diatur oleh Ninie, bukan Alpha Crew kerana Alpha Crew,masih lagi dalam misinya.

Di seluruh padang itu dipenuhi dengan beratus ratus meja. Kini, Dylan berada di meja bahagian tengah manakala Natasya dan Kaizen dekat mana tah...

Beg galas yang mempunyai pelbagai barangan di letakkan di atas meja itu. Dua batu High Metal rock yang merupakan sebuah batu yang tajam, kuat dan paling ringan di keluarkannya. Batu itu dijumpai di Gua Hynae lah.... Kan gua tu ada banyak benda. Kalau dibiarkan hanya rugi....jadi guna lah.
Dylan juga turut mengeluarkan sebuah kaca separa besar yang berbentuk bulat, balang kecil dan batu batu sederhana yang bermacam macam jenis kuasa.

" Okey semua!, Sekarang dah pukul 8 tepat. Jadi.... peperiksaan bermula!!!!" Jerit Ninie.

Selepas mendengar jeritan isyarat bermulanya ujian itu, Dylan mengambil sebuah batu High Metal rock dan mengetuk ngetuk menggunakan sebuah pemukul besi.

Tuk, Tuk, Tuk

Batu itu diketuk sehingga berpecah pecah dan menjadi sebuah batu yang sederhana besar. Kemudian, dia meratakan pula bahagian batu itu sampai menjadi nipis dan berbentuk seperti pedang tetapi berukuran pendek . Bahagian nipis itu juga diasah sehingga menjadi tajam. Kemudian, di belakang pedang pendek itu di pasangkan kaca yang separa besar beserta sebuah penutup yang mempunyai punat penekan.
Batu batu yang bermacam macam warna di masukkan ke dalam balang kecil itu. Selepas itu, sebuah batu yang berkuasa kilat yang berada di dalam balang tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam kaca yang berada di belakang pedang pendek itu .
Dylan memegang pedang pendek itu di tangan kanannya. Dia membelek belek pedang tersebut.

Punat yang berada di belakang pedang pendek itu ditekan dan terasa lah, sebuah aliran kilat yang berasal dari batu itu mengalir di sekitar pedang tersebut.

Senyuman sinis terlakar di bibir nya.

" Aku namakan kau Spare. " Bisik nya perlahan.

Kemudian, Dylan juga mengetuk lagi sebuah batu High Metal rock sehingga menjadi sama seperti yang pertama.

Selepas beberapa minit, sepasang pedang pendek dan kuasa kuasanya sudah siap dihasilkan.

" Huh....." Dylan mengeluh lega. Nasib belum pukul 10.30...

" Okey semua!!! Dah pukul 10.30. Sila berhenti dari melakukan sebarang gerakan." Arah Ninie.

Kesemua pelajar mulai mengangguk. Pengetuk besi serta alatan alatan lain yang berada di tangan mereka di letakkan di atas meja. Semua mata kini tertumpu kepada Ninie.

" Saya tidak akan menilai peralatan kamu, tapi kamu semua perlu melepasi ujian 5 menggunakan peralatan dan Spirit Beast kamu. Kamu semua akan dibahagikan kumpulan dan dihantar di tempat yang berbeza. Di tempat itu, kamu perlu mencari barang barang yang disuruh diserata tempat. Kemudian, selepas 15 minit, kamu akan dipindah kan ke tempat lain dan lain.  Tempat tersebut mempunyai 4 tempat. Jadi, sila siap sedia sekarang!." Arah Ninie tegas tanpa sebarang senyuman.

' harap awak semua ambil serius tentang ujian ni.' bisik hati Ninie risau.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now