8

447 39 0
                                    

Dylan meloncat turun ke tanah.
Natasya yang sedang menangis mula terkejut.

" Arghh!!" Kedua dua matanya terpejam rapat kerana ketakutan.

Dylan menghampiri Natasya. Tangannya memegang kedua dua belah bahu perempuan tersebut.

" Natasya, ni aku. Dylan." ujarnya sambil mengusap usap rambut panjang milik Natasya untuk meredakan ketakutan.

Natasya mula membuka kedua belah matanya. Tubuh Dylan yang berada di hadapan nya itu didakap erat.

" Hisk, Hisk,"  air mata yang membasahi pipi perempuan itu di sapu lembut menggunakan sebelah tangan nya.

" Awak kenapa ni?" Soal Dylan risau.

"Ade orang pukul awak ke?" soal nya lagi.

Natasya menggeleng geleng kan kepalanya. Pelukan di tubuh Dylan itu dileraikan.

Dia mula menarik dan menghembuskan nafas beberapa kali. Air mata yang bertakung di tubuh mata dikesat ganas menggunakan tangan.

" Masa di dalam kelas, Shen Zen ada cakap tentang Battle TRN. Dia kata, semua murid murid yang mahir dan kuat akan berlawan di situ. Jadi, saya cakap lah yang saya nak jadi kuat supaya dapat berlawan dekat situ, habis semua orang yang berada di dalam kelas gelakkan saya. Ritku kata, siapa pemilik Water Nature, sihirnya lemah dan tidak kuat. Dan selepas itu, mereka mula mengejek ngejek dan menghina saya. Saya ambil keputusan untuk lari dan tinggal kan kelas."
Natasya mula menerangkan apa yang berlaku kepada Dylan.

Dylan mula mengetapkan gigi.

" Kurang ajar kau Ritku. Dengan perempuan pun kau nak bergaduh Ker?" Bisik nya geram perlahan.

" Hah? Awak ade cakap apa apa ker?" Soal Natasya.

Dylan tersenyum senget.

" Tak pe, nanti saya akan ajarkan awak." Tekadnya.

Natasya mula memandang Dylan dengan wajah yang bingung.

Buku yang berada di dalam kotnya itu dipengang erat.

' Aku pon perlu jadi kuat supaya dapat masuk Battle TRN dan dapat memiliki kelopak kristal tuu' tekad hatinya.

Seekor burung helang yang memerhatikan gerak geri Dylan dari pada awal mula menerbangkan diri.

Dia berterbangan di udara lama,hingga sampai di dalam sebuah rumah yang ditinggalkan. Kawasan rumah itu dipenuhi dengan semak samun yang menjalar di serata tempat.
Burung helang itu hinggap di bahu seorang lelaki. Burung tersebut merupakan CCTV kepada lelaki itu.

" Macam tu, rupanya saingan terakhir hidup atau mati aku nanti. Muka kau tak beza pon dengan Dhyford Az Nyfomi. Perlawanan aku dengan dia dah 55000 abad dan beberapa tahun telah berlalu . Ahhhhhhhh, cuma kau dengan dia jer yang tidak mempunyai sihir. Tapi, dia mati di tangan aku, kau pon pasti akan mati di tangan aku juga.......AHAHAHAHAHA. Aku tunggu kedatangan kau di kawasan puak iblis, Dylan Hytomi."

Lelaki dan burung itu hilang bersama sama sebuah asap hitam. Selepas lelaki itu pergi, rumah tinggalan itu mulai runtuh dengan sendirinya.



[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now