" Grrrrrr, kau nak lawan dengan aku ker budak lemah?" Soal Tiger Nozve bersama gigi yang diketapkan.
" Ape? Hah? Kau nak lawan Ngan aku? Fikir ahh dulu kau tu Spirit Beast dan aku ni tuan kau. Kau tahu tak?" Bentak Dylan.
Tiger Nozve mula berasa geram. Dia mula mengeluarkan kuku sambil mencakar cakar tanah.
" Oh, kenapa kau keluar kan kuku? Kau nak lawan aku? Dah sekarang kau masuk dalam bayang bayang aku. Cepat!!!"
Arah Dylan tegas.Akibat tidak mampu melawan perintah dan arahan dari sang tuan, Tiger Nozve mula menghilang dan meresap masuk ke dalam bayang bayang yang berada di belakang Dylan.
" Huh...." Dylan mengeluh lega. Peluh yang menitik di dahinya di lap sedikit menggunakan lengan bajunya.
Kemudian, dia berbalik badan memandang ke arah semua pelajar kumpulan 2 yang berada di belakangnya.Terlihat semua pelajar yang berada di situ mula tercengang dan ternganga dan memandang dengan pandangan yang tidak percaya termasuk dengan kesemua anggota Alpha Crew yang terdapat di situ. Lagi lagi Ketua Kyle, dah ternganga besar dah dia tuh.
" Spi... Spirit Beast rank ape tu?"
" Kuatnya Spirit Beast tu..."
" Spirit Beast tu...boleh bercakap dho..."
" Macam mana orang lemah macam dia tu boleh ade Spirit Beast yang kuat macam tu?"
" Haah, tak masuk akal."
Kelihatan kesemua pelajar mula membisik antara satu sama lain. Ada yang terkejut dan ada juga yang mengutuk. Dylan pula hanya sekadar berjalan duduk di sebelah Kaizen sambil menayangkan riak wajah yang kosong.
" Wey, Spirit Beast kau tu kuat dho.... rank berapa tuh?" soal Kaizen ingin tahu.
" Entah ahh....aku malas nak ambil tahu." jawab Dylan sambil
tangannya ralit membersihkan baju yang sedikit telah terlekat dengan kemuncup yang berada di padang itu." Senyap semua!!! Dylan Hytomi, boleh kau terangkan rank dan nama Spirit Beast kau tu?" Soal Ketua Kyle bersama muka cover malu. Harap tak der orang nampak aku ternganga lama tadi....buat malu jer......
Kesemua murid mula memandang ke arah Dylan.
" Nama Spirit Beast tu Tiger Nerd...rank dia 5." Bohong Dylan.
' Tiger Nerd? Tak pernah dengar. Tapi kalau rank 5, takkan lah boleh bercakap. Heh...pandai kau menipu aku ? '
bisik hati Ketua Kyle. Dia tersenyum sinis.Akhirnya selepas beberapa jam, peperiksaan bahagian 1 bagi Spirit Beast telah pun tamat.
" Jadi, sekarang peperiksaan ini telah berakhir dan korang semua boleh pergi rehat. Lepas rehat nanti, korang semua perlu ke sini kembali untuk menjalani ujian pembuatan potion." Terang Ketua Kyle panjang lebar.
Mereka semua menganggukkan kepala dan berjalan meninggalkan hujung padang tersebut.
Kantin Sekolah
Dylan dan Kaizen sedang memandang ke kiri dan ke kanan mencari cari kelibat kawannya Natasya. Sudah 15 minit, tetapi kelibat kawannya itu tidak juga kelihatan.
" Ish,mana Natasya ni?? " Rungut Dylan sambil menggaru garu kepalanya yang gatal. Bukan gatal tapi acah ah gatal jer.....
" Entah lah. Leher aku ni pon dah sakit asyik terteleng teleng daripada tadi."
Kaizen juga turut mengurut ngurut lehernya yang sakit menggunakan tangan kanan nya.Sedang Dylan termenung memandang kawasan koridor.
Kelibat seorang budak perempuan yang dikenali sedang berjalan bersama seorang lelaki asing telah mengalihkan perhatian Dylan dari terus termenung.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...