" Lepaskan aku!! Lepas kan aku lah bodoh!!"
Dylan yang berada di berdekatan kawasan itu mula mencari cari arah suara yang menjerit itu.
" Suara tu macam...Hynae!! Tu suara Hynae!! "Bisik nya perlahan.
Dia mula menyembunyikan diri dibelakang sebuah pokok apabila dia terlihat susuk tubuh Hynae yang sedang di cengkam oleh sebuah sihir hitam milik seorang iblis. Iblis tersebut amat berbeza dengan iblis iblis yang lain. Di tepi kiri kepalanya terdapat sebuah tanduk patah yang berwarna hitam. Di seluruh badannya pula diikat dengan rantai besi manakala muka nya ditutup oleh sebuah topeng merah yang berukir kan gambar muka yang cukup mengerikan. ( Mengerikan macam....emmm, try readers bayangkan sikit....mata terkeluar ke? Pipi senget ke? Mulut tak der ke? Atau apa apa lagi lah yang ngeri)
" Dasar bodoh !!! Lepaskan aku!!! "
Hynae meronta ronta minta dilepaskan dari cengkaman sihir hitam iblis tersebut.
" Heh....."
Sleepy Dust
Sebuah debu hitam tiba tiba muncul dan menghampiri Hynae. Hynae yang mula mulanya banyak bergerak mula kepenatan dan tertidur.
" Sweet dream. HAHAHAHA!!" Tawa lelaki tersebut meletus. Hynae yang telah tertidur itu dimasukkan ke dalam sebuah sangkar yang diperbuat daripada sihir leleki itu.
" Hoi....baik kau keluar sekarang!!"
Mendengar sahaja jeritan daripada lelaki itu untuk menyuruhnya keluar dari tempat persembunyian nya, Dylan berasa sedikit terkejut tetapi riak wajah terkejutnya itu masih dapat dikawal. Dengan lagak biasanya, dia berjalan keluar dari belakang pokok tersebut.
" Tu. Perempuan yang kau ambik tuu kawan aku." ujar Dylan bersama muka dinginnya.
" Yow, hek eleh.... chill chill lah dulu.. Perempuan ni tak der pon cop yang tulis dia kawan kau, jadi dia bukan milik sape sape..."
Walaupun lelaki iblis tersebut memakai topeng, Dylan dapat merasakan yang iblis tersebut memandang jengkel ke arahnya.
" Bagi perempuan tu dekat aku!!" Ucap Dylan dengan nada yang ditekan kan.
" Emm...nama perempuan ni sape ehh? By the way dia comel ahh." Ujar lelaki iblis tersebut selepas menghiraukan kata kata Dylan. Dia terus mengelus ngelus lembut pipi Hynae yang berada di dalam sangkar sihirnya itu.
" Bagi Hynae balik lah bodoh!!" Dylan mula mencarut apabila lelaki itu hanya menghiraukan katanya .
" Ohhh, nama perempuan ni Hynae...cantik macam tuannya jugak."
" Dasar b*bi !! "
Dylan terus berlari ke arah iblis itu. Spare dikeluarkan dan dimasukkan batu api dan batu ais. Kedua dua spare nya dipegang dengan keadaan geram.
" Jangan sentuh dia!!!" Jerit Dylan kuat sebelum menebas kepala lelaki iblis itu.
Sslaaasshhhhh
Zzraaaaasssshhh
Kepala iblis itu jatuh bergolek berpisah dengan badannya.
" Potong ape tuh? " Soal seseorang di sebelahnya. Alangkah terkejutnya Dylan, bahawa iblis yang ditebas itu masih hidup dan kepalanya masih lagi bercantum dengan badannya. Cuma di kawasan leher iblis tersebut terdapat asap asap hitam yang melingkarai seluruh leher milik iblis tersebut.
Duuushhh
Badan kecil Dylan terjatuh ke tanah akibat terkena tumbukan padu dari si iblis jahat. Spare miliknya juga jatuh menyembah ke tanah berpisah daripada Dylan. Dylan memegang sebelah pipinya. Penumbuk yang mengenai pipinya itu terasa sangat sakit sehingga memecahkan hujung bibirnya. Dylan menggelap hujung bibirnya menggunakan sebelah tangannya. Pil penyembuhan dimakan sebiji olehnya.
Serta merta tubuh nya yang kesakitan itu automatik sembuh." Emm...sedap dapat makan penumbuk? Nak lagi "
Mendengar apa yang diucapkan oleh iblis lelaki itu, Dylan mula berasa sangat sangat geram.
Spare diambil dan digenggam kemas. Lagi sekali, Dylan berlari ke arah iblis tersebut dalam keadaan yang bengang." Kau takkan dapat kalahkan iblis kuat macam aku!! " Ucap iblis itu sebelum menumbuk dan menendang nendang perut Dylan dengan kuat beberapa kali.
" Arkk!!! "
Dylan jatuh ke tanah kali ini, mulutnya mengeluarkan darah yang banyak dan membuak buak keluar dari mulut Dylan. Kepalanya mula berasa pening. Matanya nya pula seakan rasa mahu tertutup. Pil penyembuhan telah kehabisan kerana telah diberikan kepada abang Kyle. Hanya tinggal beberapa pil pil yang tidak dapat menyembuhkan kesan luka dan rasa sakit. Cecair cecair darah yang jatuh ketanah dipandang oleh Dylan. Dengan mata yang masih terbuka, sekejap kejap matanya menjadi kabur dan gelap. Tidak nampak apa apa.
Akhirnya Dylan jatuh, terbaring ke tanah." Ehhhh....dah mati ker? Kesian. "
Iblis tersebut mula mendatangi tubuh kecil Dylan. Pipi Dylan ditepuk tepuk untuk memastikan yang Dylan betul betul sudah mati." Lom mati lagi......Meh aku tolong matikan kau. Aku kan baik." Bisik iblis tersebut perlahan.
Dylan mula berasa pelik. Setahunya dia tadi berada di kawasan sekolah tengah duduk menahan kesakitan di atas tanah.
Tapi sekarang dia dekat mana? Kenapa semua warna hitam!!
Tiba tiba datang sebuah cahaya kuning yang menyinari kawasan hitam tersebut. Cahaya kuning itu membentuk sebuah jalan dan berhenti tepat apabila tiba dihadapan Dylan. Sebuah piring yang dikenali oleh Dylan berjalan melalui cahaya itu dan menuju ke arah Dylan." Kontrak telah terselesaikan, Tuan. Sila namakan saya...."
Ujar Cermin Hanyang setelah tiba betul betul di hadapan Dylan." Na-nama?" Kata Dylan pelik.
" Ya...Tuan perlu menamakan saya."
' emmm nak letak nama ape eh? Nak bunyi macam cool cool sikit... kalau Hakim macam panjang, kalau Dani macam tak sesuai je... Haa aku letak ni jelah...'
" Nama kau Amie."
" Baiklah, Amie. Bermula dari sekarang tuan boleh panggil saya Amie."
Dylan tersenyum kecil mendengar kata kata dari Cermin Hanyang itu. Setelah beberapa saat, Cermin Hanyang itu mula berubah bentuk kepada seekor musang.
" Mulakan mode pergabungan bertarung. " Ucap Amie sebelum dia menghilang menjadi sebuah cahaya. Cahaya tersebut kemudian berterbangan masuk ke dalam badan Dylan.
Dylan mula merasakan sesuatu...badannya seperti telah bergabung dengan sesuatu. Seluruh badannya terasa sangat panas. Dia rasa macam nak je berendam dalam ais kat Antartika tuh... Panas giler lah!! Ni kalau masak telur atas badan Dylan ponn masak nih !! Dylan menutup kedua dua matanya apabila rasa panas itu menghilang sedikit.
" Penggabungan selesai. Mode petarung musang. "
Iblis lelaki itu mula mengangkat sebuah tombak yang diperbuat daripada sihir hitamnya ke arah Dylan. Baru sahaja dia mahu mencucuk tombak itu ke perut Dylan, tombak hitamnya itu terasa seperti dipegang oleh seseorang. Dylan yang tadi terbaring kini telah terbangun. Tombak iblis tersebut dipatahkan menggunakan sebelah tangan olehnya. Seluruh badannya dipenuhi dengan asap asap hitam kerana dia telah memakai mode penggabungan .
Dylan mula berdiri dan memandang tajam tepat ke mata iblis yang lebih tinggi darinya itu.Dengan sekali langkah, Dylan bergerak sepantas kilat dan mencakar perut lelaki itu beberapa kali.
Dylan mula memandang diri sendiri. Matanya terus membulat besar apabila di seluruh badannya dilingkari sebuah asap hitam. Di kepala terdapat asap yang menyerupai sebuah topeng yang menutup kepalanya. Manakala dia tangan dan kakinya pula terdapat sebuah asap yang menyerupai cakar musang. Di belakang badannya juga terdapat sebuah ekor yang bergoyang ke kanan ke kiri.
" What the.... Ape dah jadi dengan badan aku nih...."
✨✨
Another chapter!!!😼😹😣
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...