34

418 42 3
                                    

" Aku...? Aku Dylan lah. Kawan korang." Jawab Dylan sambil memandang pelik kearah kawannya itu.

" Ta-tak kena-"

" Perempuan tu puak Elfyries kan?"
Belum sempat Kaizen menghabiskan kata kata nya, Shen Zen telah memotong terlebih dahulu.

" Salah satu dari kesemua puak yang hilang ?" Soal Shen Zen lagi.

" Haah. Dia puak Elfyries."
Dylan memandang tepat ke arah cikgunya itu.

" Nama panjang kau ape?" Tanya Shen Zen menghiraukan pandangan
Dylan kepadanya.

" Haaa....? Nama saya Dylan lah. Dylan Hytomi. Kenape?"

" Jadi..., Betul ke ramalan tu?" Bisik Shen Zen perlahan.

[FLASH BACK!!!]

Langkah kaki seorang remaja lelaki diatur laju melewati setiap pelosok kawasan sekolah itu. Dengan berpakaian seragam sekolah tersebut, dia melompat lompat kecil kerana berasa sangat  gembira dan teruja. Setelah lama dia belajar bersungguh sungguh, akhirnya impian untuk menjadi salah seorang guru di sekolah itu telah pun terlaksana.
Sape je yang tak suka kalau impian dia tercapai kan...? Mesti lah suke gileee...

" Hey, Zen. Ehhh bukan, Shen Zen. Nak kemana tuh...?". Tegur seorang perempuan tua yang sudah berumur.

" Ahh, mak cik Siyn. Hehehe....saya pon tak sangka dapat jadi Shen dekat TRN School ni. Sekarang saya dalam perjalanan nak ke pejabat Dizz Ryan. Nak ambil borang pendaftaran sebagai guru." Ujar Zen panjang lebar bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir nya.

" Oh, kalau macam tu....Mak cik pergi sambung kerja dulu yer...."  Mak cik Siyn melambaikan tangan dihadapan Zen beberapa kali sebelum meninggalkan Zen keseorangan di situ.

" Baik aku pergi pejabat sekarang...."  Zen bercakap perlahan dan terus meneruskan kembali langkahnya yang terhenti dek kerana terjumpa dengan Mak cik Siyn sebentar tadi.

(Beberapa minit kemudian....)

Zen berada tepat di hadapan pejabat Dizz Ryan. Sebelah tangannya di angkat dan di halakan ke arah pintu kayu yang terukir nama Ryan Calde. 
Baru sahaja tangannya mahu mengetuk, suara seperti seseorang sedang bercakap secara perlahan  menyapa kedua telinganya.

" Dizz Ryan....ramalan dari bola kristal Neinai telah keluar malam semalam."
Ujar sebuah suara lelaki yang tidak dikenali.

" Ohh bagus...apa yang bola kristal Neinai tu cakap?"

'Ehhhhhhh?? Tu bukannya suara Dizz Ryan Ker?' bisik Shen Zen di dalam hati.

" Bola kristal tersebut telah mengeluarkan sebuah suara. Dan suara itu menyebut,
' Lari!! Lari dan lari lah wahai kamu semua!!! Sebuah bencana teruk akan menimpa ke atas seluruh puak Magiwey dalam masa beberapa tahun lagi!!!  Hanya pewaris terakhir Dhyford Az Nyfomi yang akan mengakhiri bencana teruk ini!!! '. "

'Bencana? Dhyford Az Nyfomi? Pewaris? Mengakhiri bencana?
Apa sebenar yang mereka cakapkan tu? '

" Ohh, jadi begitu...pahlawan terhebat tersebut mempunyai pewaris....macam mana kita nak cari pewaris tersebut?"  Soal Dizz Ryan.

" Kristal tersebut juga telah menyebutkan sebuah nama sebelum mendiamkan diri. Dan nama tersebut adalah......Hytomi. Setelah diteliti dengan lebih terperinci, nama Hytomi menunjukkan persamaan antara nama terakhir pahlawan terhebat iaitu Nyfomi. Jantina bagi nama itu tidak dikenal pasti tetapi itu semua tidak penting. Sekarang,kita hanya perlu mencari seorang budak yang bernama Hytomi." Terang lelaki yang tidak dikenali dengan panjang lebar.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now