" Wooo, aku tak caye dho yang Natasya tu adik kepada Ketua Kyle..."
" Haah, aku pon..."
Ujar Kaizen dan Dylan tidak percaya. Kini, mereka berdua duduk di dalam barisan kumpulan 2 yang berada di hujung padang.
" Tapi, aku tak faham ahh ape yang Ketua Kyle cakap....." Ujar Dylan perlahan.
" Ha? Ketua Kyle ? Kau cakap ape aku tak dengar laa??" Rungut Kaizen.
" Ehh, tak der pape cuma tuuu tengok. Ketua Kyle dah sampai."
Dylan menukar topik dan menunjukkan kearah Ketua Kyle yang sedang berdiri di hadapan semua pelajar itu.Kaizen terus memusingkan kepalanya dan memandang ke arah Ketua Kyle.
" Attention semua!!! Aku nak cakap sikit. Semua mesti senyap!!" Arah Ketua Kyle tegas.
Semua murid mulai senyap tanpa ada sebarang suara.
" Aku dan Alpha Crew ada tugas, jadi korang semua akan dijaga oleh Rell Crew. Faham ???"
" Faham Ketua Kyle!!"
" Jadi, aku pergi dulu." Ketua Kyle melompat dan hilang dari situ. Kesemua murid mula terkejut.
Bapak ahh...Selepas beberapa minit, seorang perempuan yang memakai pakaian yang berwarna pink dan segelintir kawan kawannya mula menghampiri kumpulan 2.
" Saya ketua kumpulan Rell Crew. Nama saya Syanie, korang semua boleh panggil saya Ninie. Hai !!' perempuan tersebut melompat kecil dan mengenyit kan mata sebelah bersama tangan yang menunjukkan tanda mini love.
" Wuuu.. lawa siak." Segelintir budak lelaki kecuali Dylan dan Kaizen mula menghaok .
" Huhuhu... thank you. Jadi, sekarang kamu semua akan menjalani ujian pembuatan potion. Kamu perlu mencari bahan bahan sendiri di hutan 'Fedray' dan membuat potion pemulihan dan potion kekuatan. Selepas kamu dah ambil bahan bahan, kamu kene ke sini semula untuk ambil lesung batu dan hantar hasil potion tersebut ke meja hadapan kalau dah siap. Okey semua...Fighting !!" Ninie mula menerang dan memberikan semangat kepada semua murid.
" Fighting yeah!!" Sorak mereka semua bersemangat.
Semua murid kumpulan 2 mula berdiri dan bergerak menghampiri hutan Fedray. Pintu pagar yang mengepung seluruh kawasan tersebut dibuka oleh Ninie.
" Ehh lupa lakk...sebelum tu kamu semua mestilah berpecah dan keseorangan tau. Masa yang diberi hanya 30 minit."pesan Ninie lagi.
" Okey bersedia...1....2...3....mula!!"
Kesemua murid mula berpusu pusu masuk je dalam hutan.
" Kaizen....aku cau lu." kata Dylan.
" Ha.. okey."
Mereka berdua mengepalkan penumbuk di sebelah tangan masing masing kemudian mereka melagakan penumbuk tersebut.
" Fighting!!" Sorak mereka berdua bersama senyuman.
Dylan mengatur langkahnya berjalan ke kawasan kiri manakala Kaizen pula ke arah kanan.
Setelah beberapa minit, Dylan tiba di bawah sebuah pokok sederhana besar yang agak rendang. Dia mendongak ke atas dan memerhati kawasan pokok itu.
Setelah lama mencari, akhirnya mata nya berhenti tepat di sebuah dahan yang sederhana besar.
Di dahan itu terdapat beberapa tumbuhan kecil berbentuk seperti bintang yang berwarna hijau kekuningan dan tumbuhan itu tumbuh menjalar di sekitar kawasan itu." Dah jumpa pon...." ujar Dylan perlahan.
Dia memegang dahan yang paling rendah dan terus memanjat pokok itu.
Setelah sampai di dahan yang dia mahukan, tumbuhan tumbuhan yang berbentuk bintang itu dipetik sedikit olehnya. Kemudian, tumbuhan itu dimasukkan ke dalam beg kecil yang diberi oleh Ninie kepada semua murid untuk mengisi barang." Bahan pertama untuk buat potion kekuatan......Tyrostar." kata Dylan semasa menuruni pokok tersebut.
" Ehhh.. tak sangka jumpa dengan orang lemah nihhh."
Ritku memandang sinis dan berjalan
kearah Dylan.Dylan yang menyedari akan kehadiran Ritku secara tiba tiba itu hanya senyap dan melangkah pergi ke tempat lain.
" Kau nak ke mana hah lemah!!?? Kalau dah tahu yang kau lemah kenapa nak acah acah power..... Dasar budak tak der sihir." Ritku cuba untuk menaikkan kemarahan Dylan.
Manakala, Dylan hanya membiarkan dan masih meneruskan langkah kakinya. Ritku mula berasa geram.
Leaf Hand
Daun pokok pokok yang berdekatan mula berjatuhan dan berkumpul bersebelahan dengan Ritku.
Kemudian, daun daun itu mula membentuk menjadi sebuah tangan besar yang diperbuat daripada daun.Go!!
Tangan daun itu berterbangan laju menghampiri Dylan. Dan....
DUSSHH!!!
Dylan yang tidak menyangka akan serangan itu mula terjatuh ke tanah dek kerana tolak kan kuat daripada belakang badan nya.
" Uhukk...uhukkkss" cecair cecair yang berwarna merah mula keluar dari mulutnya. Dia mencuba untuk bangun tetapi terasa bagai belakang badannya dihempap sesuatu yang amat berat. Dia mengelap sisa cecair darah yang berada di bibirnya.
Pandangan matanya sedikit kabur. Dia mencuba berdiri walaupun sakit. Mata ganasnya memandang tepat ke arah Ritku yang sedang tergelak suka melihat keadaannya." Hahahaha!! Dasar lemah!! Macam tu pon tak boleh elak ker?? Hahaha!!!"
Terlihat dia mengelap air mata yang keluar dari tubir mata. Sebelah tangan nya juga memegang perut menahan gelak." Kau kenapa hah!!?? Kenapa kau kacau aku??" Soal Dylan kasar.
" Kau tanya aku?? Aku jawab ehh??
Aku pon tak tahu kenapa aku kacau kau....mungkin sebab aku benci kau??"" Dasar B*d*h!!!" Jerit Dylan geram.
Dylan berlari ke arah Ritku. Kemeja kolar lelaki itu ditarik ganas menggunakan sebelah tangan nya.
Manakala tangan yang lagi sebelah pula menarik kasar rambut lelaki itu." Kau tak payah kacau aku. Kalau aku lemah Ker? Tak der sihir Ker? Itu masaalah aku b*d*h!!!!" Jerit Dylan lagi sekali tepat di telinga Ritku.
" Arghhh!!!!! Sakit ahhhh b*ng*ng!!!!" Lelaki itu menendang di tengah perut si Dylan. Dylan terkujur di atas tanah. Matanya tertutup menandakan dia telah pengsan.
" Kuang hajar SI*L !!!"
Leaf Picor!!!
Sebuah bebola daun sederhana besar yang diselubungi dengan racun yang berwarna hitam telah muncul di tangan Ritku.
" See you at the HELL!!"
Dia membaling bola itu tepat ke arah Dylan dan berpaling ke arah lain untuk meneruskan langkah.
Senyuman sinis terlakar di bibir nya.Zrrraaaasssss
Serangan daripada Ritku itu dipintas mudah oleh Hynae yang muncul secara tiba-tiba.
" Dylan!! Dylan!! Dylan !!" Jerit Hynae kerisauan. Badan Dylan yang terbaring di atas tanah itu digegarkan sedikit.
Jeritan daripada si Hynae telah memberhentikan gerakan Ritku. Dia memandang ke belakang dan terlihatlah seorang budak perempuan yang mempunyai sayap dan telinga panjang berjalan menghampirinya .
" Kau buat apa dengan Dylan aku!!!! " Marah Haynae. Seluruh rambut nya yang berwarna ungu serta merta bertukar menjadi warna merah dan mengeluarkan api.
Seluruh badan Ritku mula menggigil. Wajahnya yang biasa tadi itu mula berubah pucat.
" Arghhh!!! Hantu cantik!!!!" Ritku berlari laju tanpa arah meninggalkan Hyane bersama jeritan yang kuat.
Takut takut pon still nak puji Hynae cantik......ehekkss 😂
Sorry ye para readers.....😅👉👈
Author sibuk juga ahh kebelakangan nih 😌😌
Nanti author usaha kan supaya dapat update cepat-cepat insyaallah 💓🥀
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...