7

460 41 6
                                    

" Siapa yang buat kawan awak ni?" soal Shu Freyna sekali lagi. Tangannya yang berbalut sarung tangan getah itu mula menahan pergerakan Dylan dari terus menggaru. Kalau Dylan masih menggaru, badannya akan semakin gatal dan bertambah banyak bintik.

" Ritku.....yang buat." jawab Kaizen perlahan. Dia yang berada di tepi berasa kasihan melihat keadaan kawan baiknya itu.

" Ritku? Siapa tu? " soal Shu Freyna lagi. Kedua dua tangan Dylan telah di gari ke besi katil. Dia mula membelek belek buku untuk mencari penawar potion tersebut.

" Orang yang selalu buli Dylan dan saya ." Terang Kaizen.

Raut wajah Shu Freyna memaparkan riak terkejut.

" Ha!!??, Ni tak boleh jadi nih!!. Nanti Shu Freyna buat aduan okey? Korang jangan risau."

Setelah lama membelek buku, akhirnya muka surat yang dicari cari telah dijumpai.

" Ciri ciri orang yang terkena Picor Potion. Kulit mereka akan berasa gatal dan berbintik bintik merah.
Cara cara untuk menghilangkan, adalah dengan menggunakan sihir api kemudian diikuti dengan sihir ais."

Keterangan yang berada di dalam buku itu dibaca olehnya. Dia mula mengetuk ngetuk dagu tanda berfikir.

" Macam mana ni??" katanya perlahan.

" Shu Freyna, ade masaalah Ker?" soal Kaizen pelik. Wajah cikgu nya itu memaparkan wajah gelisah dan tidak tenang.

Shu Freyna menggangguk. Nafas dihembuskan kemudian dia berkata,

" Cara untuk pulihkan kawan awak ni ade. Cuma untuk memulihkan tu, perlu kan sihir api dan ais. Saya pengguna sihir ais. Tapi, pengguna sihir api tiada. Awak ade kenal sesiapa yang mempunyai sihir api? "

Kaizen mengangguk.

" Saya pergi panggil kawan saya dulu."
Kaizen berlari laju keluar daripada bilik itu dan mencari cari kelibat kawannya yang mempunyai sihir api itu.

" Sayang kawan gile die tu......." Shu Freyna menggeleng geleng kan kepalanya sambil tersenyum. Matanya masih memandang ke arah Dylan yang sedang kerenyahan. Baring ke kiri tak boleh, baring ke kanan tak boleh, baring tegak pon tak boleh.

Seorang lelaki berambut hitam panjang dan bermata kuning yang sedang berjalan bersama beberapa orang perempuan di hampiri oleh Kaizen. Buaya dho......(author harap, readers sekalian janganlah jadi buaya ye? Kalau jadi jugak, nanti author tangkap masuk kandang.)

Tangan kanan nya menarik tangan kiri lelaki sebayanya tersebut. 

" Naozi!! Berhenti!!!" jerit Kaizen.

Semerta merta langkah kaki lelaki yang bernama Naozi itu terhenti. Perempuan perempuan yang berada di kiri dan kanan lelaki itu jugak menghentikan langkahnya.
Dia memusingkan kepalanya memandang ke arah Kaizen.

" Kau nak ape Kaizen." soalnya dingin.

" Kau kene tolong aku!!" tanpa menunggu jawapan dari pihak Maybank dia menarik lelaki itu berlari  menuju ke bilik  kesihatan.

Selepas beberapa minit, mereka berdua berada tepat di hadapan Shu Freyna.

" Huh..hah...huh...hah..." Nafas Kaizen tidak teratur kerana asyik berlari daripada tadi. Beberapa perempuan yang berada di sekitar Naozi itu juga tidak mengikuti langkah mereka.

" Kau kenapa bawa aku ke sini!?" soal Naozi lagi.

" Tu...tu...." Kaizen menunjukkan ke arah Dylan yang asyik bergerak gerak tanpa henti itu.

" Astu, kau nak suruh aku buat ape?"

" Kamu perlu tolong cikgu untuk rawat kawan dia . Kita perlu buat gabungan ais dan api. " terang Shu Freyna.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now