29

431 43 0
                                    

Serangan piring nipis yang dilakukan oleh Rudy mula memantul kembali ke arah Rudy apabila terkena dinding buih tersebut. Rudy melompat dan menangkap kembali kedua dua piring miliknya.

"What the.... Kalau memantul, macam mana nak serang." Bisik Rudy perlahan.

" Rinnah, macam mana ni?" Soal nya.

" Jap, bagi aku cuba lawan." Ujar Rinnah.

Internity Fast

Badan Rinnah mula mengeluarkan sebuah aura yang berwarna biru.

" Huuuuh..." Dengan sekali hembusan nafas, dia berlari laju menuju ke badan sotong tersebut. Semua serangan daripada tangan sotong itu di potong nya. Bila tangan sotong itu dipotong, tangan tersebut akan bertumbuh dengan agak lambat . Jadi, tahap pemulihan dia lambat....
Apabila sampai berdekatan dengan badan sotong itu, Rinnah menghentakkan tombaknya ke tanah.

Tunder Tornado

Terlihatlah, sebuah puting beliung yang bercampur dengan kilat muncul di hadapan Rinnah.  Puting beliung itu mula menghampiri dinding buih tersebut.

Zrrrrruuuhhhssssss

" Lari!! Wey, lari!!" Jerit Rinnah.

Puting beliung miliknya tidak keluar dari buih tersebut tetapi mula berpusing dan menuju laju  ke arahnya.

" Rinnah!!! Pasai apo kau punye kuasa ni kejar kite semua!!!" Marah Rudy bersama jeritan.

" Arghh!!! Mana lah aku tahu.....aku ingatkan puting beliung ni akan keluar dan serang sotong nih..."

" Dah sekarang ni nak buat ape? Takkan nak lari jer...penat kaki aku...boleh longgar skru lutut." Rungut Syaf.

Rinnah yang mendengar mula tersengih kelat dalam diam. Bukan salah aku, aku mane tahu dho...

Mereka bertiga mula berlari ke kiri dan kanan untuk menghindari puting beliung tersebut. Bila sampai di penghujung jalan kiri, puting beliung tersebut akan mengena dinding buih dan berpusing kembali. Perkara yang sama juga berlaku di penghujung jalan kanan. Hal tersebut telah menjadi kan mereka bertiga asyik berlari lari tanpa henti sehingga beberapa minit.

Beberapa minit kemudian....
Puting beliung tersebut mula menghilang kerana telah kehilangan kuasa. Mereka bertiga pula telah terduduk kelelahan di atas tanah.
Huuh, haah, huuh, haah, hanya hembusan nafas sahaja yang kedengaran sehingga kini.

Zriiiinnnngggg....

Zriiiinnnngggg....

Zriiiinnnngggg....

Zriiiinnnngggg....

Grroouugghh!!!

" Ape tuh...." Soal Rudy.

" Entahlah..." Jawab Syaf.

Ketiga tiga manusia yang berada di situ mula memusingkan kepala mereka  kebelakang dan.....

Ketiga tiga mata mereka mula terbeliak. Pandangan mereka mula memaparkan pandangan terkejut. Keadaan yang telah berlaku di hadapan mereka ini, sungguh menakutkan dan mengerikan....

Perkampungan Flutry,
Negara Rouzewld.
Alpha Crew.

" Mei, Qai, Wan. Jangan bagi semua iblis jahat tu terlepas!!!" Arah Ketua Kyle kepada rakan rakannya yang lain.

" Baik, ketua Kyle." Ketiga tiga orang yang disebutkan nama tadi, mula mengejar beberapa iblis yang cuba melarikan diri.

Dyien Roul

Beberapa rantai yang diperbuat daripada sihir yang dikeluarkan oleh mereka bertiga mula memanjang dan mengejar ketiga tiga iblis tersebut. Rantai tersebut mengeluarkan sebuah warna hijau dan merupakan sebuah rantai yang boleh menangkap iblis. Warna hijau yang terdapat di rantai tersebut membolehkan iblis yang tangkap itu kehilangan kuasa dan tenaga.

Zappps

Ketiga tiga rantai yang dikeluarkan oleh mereka bertiga berjaya mengikat ketiga tiga iblis itu. Iblis iblis tersebut ditarik terseret ke tanah sehingga sampai tepat dihadapan Ketua Kyle.

" Ketua, kami dah dapat tangkap ketiga tiga iblis ni.." ujar mereka bertiga serentak.

Kelihatan Ketua Kyle mula tersenyum sinis. Wajahnya dipaling kan ke arah ketiga tiga iblis yang memandang kosong ke arahnya. Tiada lansung perasaan takut dan gentar yang ditunjukkan.

" Apa lagi yang korang tunggu, keluarkan batu Tefni dari badan dia dan bunuh. Kan settle." Ujar Ketua Kyle selamba.

Mereka bertiga menganggukkan kepala dan kemudian menghampiri iblis tersebut. Ketiga tiga badan iblis itu disiat dibahagian jantung dan mereka memasukkan tangan ke dalam bahagian yang disiat untuk mencari batu Tefni itu.

Batu Tefni merupakan sebuah batu yang dimasukkan ke dalam badan iblis. Jika jantung iblis tersebut telah dihancurkan, tetapi batu Tefni itu masih elok, iblis tersebut akan boleh memulihkan kembali badan serta jantung nya yang rosak itu.

Tetapi jika, badan iblis itu telah dibakar dan batu tersebut masih elok, iblis tersebut boleh membina sebuah tubuh baharu menggunakan batu tersebut. Batu tersebut boleh juga dikirakan sebagai lagi satu nyawa untuk para iblis.

Mei, Qai dan Wan mula berasa pelik. Seluruh kawasan dalam jantung itu telah diteroka nya menggunakan tangan, tetapi batu tersebut tetap juga tidak ditemui. Mereka bertiga mula berpandangan sesama sendiri.

" Ketua Kyle...batu Tefni tu...tak-tak der.." ujar Wan perlahan kerana takut dimarahi.

" HAH!!??? Tak der!!?? Korang semua!! Cari tiga iblis yang dah terlepas nih" arah nya kepada anak buah nya yang lain.

Kesemua anak buahnya mula mengangguk. Dengan segera mereka semua terus melompat dari dahan ke dahan di dalam hutan untuk membunuh iblis tersebut.

" Heisy!!" Ketua Kyle mendecit geram.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now