24

422 50 1
                                    

Khatty!!!

Ice Attack !!

Sebuah serangan ais daripada Khatty telah bertembung dengan semburan api si naga Spirit Beast itu.

" Huh..." Ritku mengeluh lemah . Lega kerana serangan api tadi tidak langsung terkena di badannya.

" Sekarang kita kena berpecah. Cari kotak dalam menara dan jumpa di luar kawasan rumah besar ni!!!" Arah
Rinnah tegas.

Mereka semua mengangguk dan terus berlari laju sambil berpecah menjadi kepada dua kumpulan. Separuh ke kiri manakala separuh lagi pula ke kanan. Dylan, Ritku dan Rinnah satu kumpulan. Bagi yang lagi satu kumpulan pula, ialah anggota yang lain.

Naga Spirit Beast itu mula berterbangan bersama semburan api diseluruh tempat sehingga menjatuhkan banyak tiang tiang besar yang terdapat di dalam rumah itu.

Drrruushhh

Drrruushhh

Drrruushhh

" Lari!! Lari!! Cepat lari!!!" Jerit Dylan apabila dia mendapati bahawa sebuah tiang yang berada di belakang nya ingin merebah ke arah mereka.
Selain itu juga, Spirit Beast naga tersebut turut mengejarnya.

Drrushh

Nasib mereka agak baik kerana tiang yang ingin rebah itu tidak mengenai mereka sama sekali. Tetapi, Si naga itu masih lagi berterbangan mengejar mereka.

" Kita tiada cara lain, kita kena bertarung juga." Ujar Rinnah apabila dia mendapati jalan dihadapannya kini adalah sebuah jalan mati. Nak tak nak, mereka langsung tiada jalan untuk melarikan diri, kene juga bertarung.

" Kita kena bertarung bersama sama baru dapat kalah kan dia!!!"
Kata Rinnah lagi. Dia turun dari badan Khatty dan berdiri tegak bersama muka yang dingin dan serius.

Light Tunder !!!

Khatty , Double Smash Ice !!!

Rinnah menggenggam erat tombak nya dan dia berlari laju sepantas kilat menuju ke arah Naga bersama dengan Spirit Beast kepunyaan nya itu.

Ritku memandang sekilas kearah Dylan bersama renungan mengejek.

" Heh... Kau lemah. Kau tak payah tolong. Buat semak jer..." Ujar Ritku mengejek.

Dylan hanya mengetapkan gigi nya. Dia menghembuskan nafas nya beberapa kali untuk menstabilkan kemarahannya itu.

Monvy!!

Fire Stone!!

Spirit Beast kepunyaan Ritku yang merupakan Spirit Beast monyet yang hanya rank 3 mula menghentak hentakan tanah menggunakan kedua dua belah tangannya.

Selepas itu, muncul beberapa batu tajam yang panas dari dalam tanah.
Batu tajam itu terkena sedikit di bahagian ekor naga tersebut.

Grroouugghh!!!!

Naga tersebut mengaum kuat sehingga menghasilkan satu tolakan angin yang sangat kuat. Automatik, gerakan Rinnah dan Khatty yang ingin menyerang naga tersebut terhenti akibat angin itu.

' Hish..... dasar budak lembap!! Kalau kau serang dia macam tu, macam mana aku nak serang dekat kawasan jantung dia???!!!! B*d*h !!!!! ' bisik Rinnah dalam keadaan geram.

Ritku bersama dengan Spirit Beast nya telah terjatuh ke tanah kerana tolakan angin kuat itu, manakala Dylan sedang menyorok di balik tiang tiang yang terdapat di situ.

Tiger Nozve!!!

Tolong aku!!!

Jeritan panggilan daripada Dylan yang menyuruh Tiger Nozve untuk keluar dari tempat persembunyiannya telah mengejutkan Tiger Nozve daripada lenanya.

Grrrrooooooaaaarrrrrr!!!

Ngauman harimau besar dan bersayap itu telah menghentikan angin kuat tersebut. Kelihatan naga tersebut terus terdiam dan berdiri tanpa membuat sebarang gerakan. Maybe terlampau terkejut kot.....
Tiger Nozve memandang berat ke arah Dylan.

" Asal budak kau panggil aku?" Soalnya dalam keadaan mengantuk.

" Kau tolong aku selesaikan Naga tu...." Ujar Dylan pula.

Tiger Nozve mengangguk dan menundukkan sedikit badannya untuk Dylan panjat dan duduk di atas nya.

Kedua dua kepaknya dibuka luas dan Tiger Nozve mula terbang menuju ke arah Naga tersebut. Dia berlegar legar di sekeliling atas kepala naga tersebut.

Terlihat naga itu sedikit berang dan dia menghayun hayun kan ekornya dengan kasar ke arah Dylan dan Tiger Nozve.

" Budak, nanti kau lompat dan cucuk jantung dia." Pesan Tiger Nozve sebelum Dylan melompat  ke bawah.

Dylan mengangguk dan dia mula melompat ke bawah. Spare dikeluarkan dari sarung nya dan bekas bekas kuasa yang berada di sekitar pinggangnya itu diambil dan dimasukkan ke belakang Spare. Di sebelah kanan berkuasa kilat, di sebelah kiri pula berkuasa ais.

Naga itu semakin lama semakin marah apabila hayunan ekornya itu sama sekali tidak terkena pada Dylan. Dia mula mengeluarkan hembusan api tepat ke arah Dylan.

Zrrraaaannsssss

Serangan hembusan itu dengan sekejap sahaja dapat di cantas oleh Dylan menggunakan kuasa ais. Dia berlari di ekor naga tersebut dan memotong sebelah tangan sayap Naga itu.

Grroooowwwrrgghh!!!

Naga tersebut kesakitan dan cuba untuk menerbangkan diri. Hasilnya, dia hanya terbang rendah seperti keadaan tidak sihat kerana sekejap ke kiri sekejap ke kanan.  Dylan yang berada di atas badan Naga tersebut memaut kuat di salah satu sisik keras yang terdapat di atas badan tersebut.

Selepas beberapa minit menerbangkan diri dalam keadaan tidak sihat itu, naga tersebut mula berhenti dan menjejakkan kaki nya ke tanah. Dia menapak ke arah Rinnah dan Ritku dengan pandangan tajam.

Rinnah dan Ritku mula berasa cuak. Perasaannya sekarang ini sangat sangat takut.

Zrrrraannngg!!!

Bahagian tengah tengah di kawasan jantung naga tersebut dibelah oleh Dylan menggunakan Spare icenya. Bangkai naga yang mati di situ mula mengeras dan hilang menjadi abu.

Tiger Nozve menghampiri Dylan.

" Bagus. Bagus." Pujinya ikhlas.

Dylan apalagi lah kembang 15 mangkuk.

Kalau Rinnah dan Ritku hanya tercengang sambil memandang dengan pandangan tidak percaya. Manakala, Khatty dan Monvy mula duduk menekur lantai tanda hormat kerana takut dengan Tiger Nozve.

Spirit Beast apa jer, yang tak kenal Tiger Nozve?? Cer cakap sikit.... Spirit Beast itu adalah paling kuat dan merupakan kawan kepada Pahlawan yang dahulu. Tiger Nozve juga merupakan Spirit Beast yang paling langka dan tiada garis keturunan dan berasal dari kaum apa pun tiada siapa tahu.

" Macam mana budak lemah macam kau boleh bunuh naga tu...??" Soal Ritku dengan muka yang masih terkejut.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now