39

333 36 4
                                    

Shen Zen, Kyle, Natasya, Kaizen, Titan Nozve, Amie dan Dylan kini sedang berada di sebuah hutan tebal untuk mengelakkan diri mereka dari berjumpa dengan iblis iblis yang sedang berkeliaran di seluruh kawasan.
Terlihat mereka semua sedang duduk di bawah rimbunan pokok pokok .

" Tak der tempat lain ke? Rumah kosong pon takkan tak der?" soal Shen Zen meminta kepastian. Bukan ape, Dylan dan Natasya yang sakit ni kene letak dekat tempat yang lebih selesa baru cepat sembuh.....

" Tak der." Jawab Kyle sepatah.

Shen Zen mengeluh lemah. Wajah kedua anak muridnya yang pengsan itu dipandang. Rasa marah pada diri sendiri mula bertandang.

' Sepatutnya aku kene jaga anak murid aku. Bukan biarkan dieorang sakit macam ni!!!' Shen Zen mendecit kegeraman didalam hati.

" Ak-aku ade idea." Ujar Kaizen setelah lama mendiamkan diri.

" Idea ape? " soal Shen Zen dan Kyle serentak.

" Ba-bagi ak-aku cuba dulu gu-guna sihir ni...kalau tak boleh aku tak tahu sebab ni first time aku buat. " Kata Kaizen sambil menggosok belakang lehernya yang tidak gatal.
Dia mula berjalan menuju ke sebuah pokok besar yang terdapat di berhampiran dengan kawasan mereka itu.

Tangannya menyentuh batang pokok tersebut. Kemudian, dia menutup mata untuk memfokuskan diri. Shen Zen dan yang lain lain hanya memerhati tingkah laku Kaizen dari jauh.
Bibir Kaizen terkumat kamit membaca ayat ayat sihir.

Magical Form : Earth to Leaf

House of Tree

Kaizen membuka kedua belah matanya. Batang pokok yang awal awalnya sederhana besar itu mula membesar sehingga besar sebuah rumah. Pokok tersebut menjadi sangat tinggi dan diikuti pokok pokok yang disekitar nya. Pokok yang paling besar dan yang berada dihadapan Kaizen mula membentuk sebuah pintu , beberapa tingkap dan beberapa tangga. Kaizen terus menurunkan tangannya. Pintu yang telah terbentuk itu dibuka perlahan dan terlihatlah kawasan dalam pokok tersebut seperti sebuah rumah. Ade sofa kayu, meja, bilik dan banyak lagi lah. Serupa macam rumah betul. Kaizen merasa bangga terhadap diri sendiri.

Nama Shen Zen dilaung kuat olehnya.

" Shen Zen!!! Bawa Dylan dan Natasya dekat sini!!!"

Shen Zen yang terpengun melihat sihir yang digunakan oleh Kaizen mula memalingkan wajahnya memandang ke arah Kaizen. Sebelah tangan nya diangkat dan dibuatkan bentuk okey.

" Bi-bila masa dia ade sihir hebat macam nih?" Tanya Ketua Kyle.

" Entah..Shen pun tak tahu." Balas Shen Zen ringkas.

" Hei Spirit Beast!." Jari telunjuk Shen Zen diarahkan kepada Titan Nozve yang sedang duduk merehatkan badannya.

" Kau tolong angkat kan Natasya. Dylan pula aku dan Kyle angkat."

Titan Nozve hanya mengikut sahaja kata kata lelaki tersebut. Badan Natasya di baring kan di atas belakang badan Titan Nozve. Dengan malas, Titan Nozve berdiri dan berjalan menuju ke arah Kaizen.

" Hei Titan Nozve. Berat ke? " Soal Amie yang tiba tiba berada di sebelahnya. Dia turut berjalan beriringan Titan Nozve. Titan Nozve pula mendengus kasar.

' Hisy!!! Ape kau nak? Jangan kacau aku.' ujar Titan Nozve menggunakan telepati.

" Owww, sabar senior. Sabar."

' Aghhh!! Memekak ahh!!!' marah Spirit Beast itu. Dengan cepat, dia berjalan laju dan terus masuk ke dalam rumah pokok tersebut. Badan Natasya di baring perlahan di atas sebuah katil kayu dan cepat cepat dia terus menghilangkan diri dan masuk ke dalam bayang bayang Dylan yang baru saja sampai di hadapan pintu.

[BʘʘK1] Power Of The Little BoyWhere stories live. Discover now