Aku buka mata aku untuk melihat lampu yang sangat terang. Aku merasakan kepalaku sangat perit dan aku perasan dahi dan tanganku berbalut. Kakiku juga berbalut juga. This doesn't look right.
"Sayang..." Aku terdengar suara Haydar memanggil aku lembut. Melihat saja dia yang berpakaian kemeja hitam disinsing lengannya itu, aku sedikit cair. "Sayang okey?"
Aku ingat yang aku ada kat sini sebab aku marahkan dia dan Filzah. Tapi melihat wajahnya, aku tak boleh marah. Aku tak mampu nak marahkan dia.
"Sayang nak air? Aku ambikkan." Dia terus ambilkan air untuk aku minum. Aku meneguknya perlahan sebelum serahkan semula kepadanya. "Nak tinggikan bantal?"
Aku menggelengkan kepala. Dia duduk di atas kerusi sebelahku sebelum menggosok kepalaku lembut. Tangannya lagi sebelah diraihnya tanganku sebelum dicium berulang kali.
"God, I was very worried about you not waking up." Yalah tu. Sabar, Razif. "The car memang damaged in the front but okey je as long as kau selamat."
Aku cuba untuk memandang wajahnya tapi aku masih sakit hati mengenangkan IG Story Filzah tadi itu.
"Anyway I lega you selamat. That's too much of a blessing already."
Aku pandang lagi Haydar. Dia nampaknya seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku dengan kawan perempuannya itu.
"Sayang makan eh? Aku suapkan. Tadi your stepmom hantarkan nasi dengan lauk. They'll come again tomorrow morning."
Aku anggukkan sahaja. Malas nak bertanya apa-apa.
"Mama Rina masakkan apa?" Aku bertanya semasa dia membuka tupperware makanan itu.
"Oh, ayam masak lemak cili api dengan kobis goreng. Nampak sedap ni, Sayang."
"Kau dah makan?"
"Dah. Petang tadi."
"Dengan Filzah?"
Dia terhenti seketika daripada menyuap. Dia memandang aku dengan blank glare sebelum aku bertanya lagi.
"Kenapa tak beritahu? If you have the guts to tell earlier then probably kau still akan masak untuk aku malam ni dekat rumah. Bukan dekat sini."
"Sayang, I'm so..."
"Save it for yourself. Benda dah jadi and I'm tired of it already."
"Sayang, nothing happened pun. We just went to eat together."
"Kau makan berdua dengan dia, Haydar. Without me. And you are what? My boyfriend."
"Fine, fine! I'm sorry, okay." Dia terus memeluk aku dan aku pun tak tahu kenapa aku terus merebahkan kepalaku ke dadanya. "I've been unapologetically bad to you."
"Yes, you are."
"Forgive me, Sayang. I just want you to know Filzah tak ada niat lain pun kat aku. Janganlah takut sangat."
"Senangnya kau bercakap. Kau tahu ke apa yang dia rasa? Even kalau tak pun, susah sangat ke untuk kau tak buat benda yang kau tahu akan sakitkan hati aku?!"
"Sayang, all you need now is a good rest. Rehat jelah, Sayang. Later we talk about this, okay?"
"How could I rest? You know the damage you made still you think macam takde apa jadi."
Dia duduk di sebelah aku dan memegang tangan aku. Aku nampak matanya berkaca. Kemudian dia mengurut lembut kepalaku.
"Razif, I'm sorry, okay. Fine, my mistake."
"Yes, it is your mistake. So what are you trying to do now?"
"Kenapa garang sangat tiba-tiba ni?"
"Haydar, dah tiga tahun kita together. It's no longer about do sweet things whenever you do mistake. Any problems, then figure outlah how to fix it.l
"Yeah, you're right. I'm sorry again."
Dia memegang bahuku dan cuba menenangkan aku. "Fine, I won't go out with her without your knowledge anymore. Anything I will inform you first. Sorry, okay Sayang."
Sebenarnya aku tak tahu sama ada dia yang aku marahkan atau aku marahkan Filzah. She must have been just kidding when she sent those mentions.
"I'll talk to her, okay."
Aku anggukkan saja. Kemudian aku memeluk tangannya dan dia menyambung dengan menggosok ubun-ubunku.
"I love you so much, Haydar. I don't want to lose you."
"I knew it, Sayang."
Kami kemudiannya berbual tentang pelbagai perkara. It took me being warded for us to communicate like we do before. What a sad relationship we are in now."
"Suruh Filzah tu cari boyfriend. Baru dia tak kacau kau dah."
"Sayang, mana ada dia kacau aku. Kau tu je yang overthinking."
"Aku overthinking means aku sayangkan kau. Tu pun tak boleh fikir ke?"
Dia ketawa sebelum mencium bibir aku.
"Yalah. Dah. Habiskan makanan ni cepat."
Dia habiskan menyuap aku sebelum pergi ke tandas untuk membasuh tangan. Sekembalinya dia, kami menyambung memegang tangan satu sama lain.
Aku pandang Haydar lately macam dah berisi sikit. Mungkin aku masak sedap sangat kut sampai dia pun bukan main selera lagi kalau makan.
"Kau dah gemuk sekarang." Aku berlelucon dengannya.
"Hey! Gemuk pun kau sayang eh?"
"Yalah. Sayang sangat sampai kita boleh accident sebab terfikirkan dia. Dia kat mana masa kita accident tu."
"Razif... janganlah."
"Saja nak bagi kau tu beringat sikit. Hati aku bukan senang kau nak buat macam mana kau nak dapatkan dulu."
"Ya ke senang aku nak dapatkan kau dulu? Rasa macam susah je. Lama kut aku tunggu."
"Eleh, masa tu tak merungut pun."
"Masa tu jelah."
Kami sambung berbual sampailah aku merasakan Haydar dah mengantuk mak aku tidurkanlah dia dulu. Aku pula hendak mesej Mukhriz dan bertanyakan hal berkaitan band esok.
Sedang aku bermesej dengan Mukhriz, aku mendapat mesej daripada adiknya.
Fahrin Band Student
Abang
Abg dah sedar eh?
Mukh bagitau tadi
Abg cepat sihat eh
Risau Fahrin dngr tdi
Nnti kalau Fahrin x busy, Fahrin pergi tgk abg kat sanaAku membalas mesejnya itu dengan senyuman. Rasa terharu pula memandangkan dia saja the only student yang bertanyakan tentang aku.
Aku rasa kalau Haydar tahu apa yang Fahrin pernah lakukan kepada aku, mahu dibunuhnya Fahrin itu. Dan aku haraplah dia tak tahu.
Cuma selepas ternampak mesej yang terpapar di skrin handphone Haydar, aku pula yang rasa nak bunuh orang yang hantar itu.
Okay guys, I'm not being ridiculous. But who on Earth going to call someone else 'Baby', well aware the person is already having someone in their life. Like, logik tak aku nak marah?
Who else kalau bukan Filzah Fadzaliana tu?
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...