Habis saja appointment aku dengan dentist pasal braces aku (ya aku pakai braces sekarang to which Haydar gelakkan selang sejam), aku terus pulang ke INSEMAS. Hari ini akan ada sesi induksi bersama pelajar baru. Untung mereka sebab masuk je terus dapat KD baru which is aku.
TKD aku, well for time being Haydar minta bestfriend dia, Mukhriz untuk pegang posisi itu. And well, aku pun tak sempat jumpa dia lagi tapi so far, dia setuju saja untuk pegang posisi itu. Aku wonder apa yang Haydar cakap kat Mukhriz tu. Probably something like this;
"Mukh, bolehlah gantikan tempat si Romeo tu. Kesian pakwe aku tu."
"Laa kenapa pulak?"
"Baik kau ambik kalau tak aku tak nak kenenkan kau dengan Nini?!"
"Haa yalah!"
Knowing Haydar, it could be one of those ways.
"Sayang nak makan apa? Burger King nak?"
"Gila ke orang baru balik dentist dah nak ajak makan Burger King. Something light je dahlah."
"Light like what? A blowjob?"
"Bodohlah! Malas layan!" Aku menepuk sederhana kuat bahunya yang sedang memandu itu.
"Eleh. Malas layan tapi nak jugak nanti."
"Dah orang bagi kita layan jelah."
"Oh sukalah maksudnya tu."
"Dahlah diam je bawak kereta tu!"
Haydar mencuit dagu dan pipi aku. Aku pun, nama pun Razif kan, aku terus melentokkan kepalaku ke bahunya. Tangannya juga aku pegang dan ya, kami sweet dan kami tahu tu. Siapa suruh single?! Kan dah sendu baca cerita kitorang.
Sampai saja di Auditorium Tan Sri SM Salim, aku sudah mula kena panic attack. Aku terus pergi ke arah Haydar yang sedang berbual dengan Mukhriz.
"Haydar, aku takut!"
Haydar menenangkan aku dengan menepuk belakang badan aku perlahan dan menyuakan aku air.
"It's okay, Sayang. Ignore everything that might happen. The stage is yours. All these kids are definitely gonna listen to you. You are their leader."
"Betul tu, Razif. Kau nak nervous apa? Budak-budak tu yang patut takut nak jumpa kau kejap lagi." Mukhriz juga turut menenangkan.
"Adik kau ada sekali ke tu, Mukh?"
"Fahrin? Adalah. Aku suruh dia jadi volunteer untuk handle event. Kau pun suruh aku join benda ni last minute kan?"
"Tak kisahlah. Asalkan ada."
Dengar saja MC yang merupakan pelajar perempuan tahun kedua mengumumkan nama aku dan Mukhriz, aku hampir pengsan. Kami berdua berjalan memasuki auditorium dan naik ke atas pentas yang dari tadi ada Abang Mandar dan Kak Romy.
"Seterusnya kami memanggil Abang Mandar atau nama penuhnya Amar Aiman Haydar Mohd. Razif, mantan KD Muzik untuk memberikan sepatah dua kata."
Abang Mandar pergi ke podium dan memulakan ucapannya. Aku pendekkan jelah mana yang signifikan untuk aku dengar.
"Tak kisahlah siapapun KDnya, tak kisahlah siapapun pelajarnya, kita semua ada matlamat yang satu. Untuk naikkan muzik di Malaysia. Untuk improvekan kualiti muzik tempatan. Korang bersyukur dapat Razif Haydar sebagai KD baru korang. He's born talented and I know, he can see the potential dalam setiap diri korang. Just remember one thing, respect him. His father once brought up our Divisyen so I'm sure his son can too."
Mendengar sahaja itu, semangat aku naik semula. Bukan selalu kau nak dengar orang puji diri kita.
Selepas itu, aku pula dipanggil untuk memberikan sepatah dua kata. Tak banyak yang aku boleh berikan sebab aku pun nervous dan keduanya, aku tak nak nampak macam overdo things. Kenal basic je dahlah kan?
Mic diberi kepada emcee semula sebelum dia menyambung semula majlis itu. Aku kembali ke tempat duduk aku sebelah Abang Mandar dan Mukhriz.
"Haydar cakap kat Abang yang Razif nervous."
"Isn't it obvious?"
Dia ketawa kecil. "Leklah. Takde apanyalah. Papa tak datang ke hari ni?"
"Oh dia pergi tengok projek chalet kat Pulau Redang. So memang takdelah. Esok baru dia balik kut."
"Ah I see. Anyway malam nanti datanglah rumah. Mama Abang nak masak asam pedas ikan sembilang. Ajak Haydar sekali."
"InshaAllah, bang."
Aku kembali fokus kepada emcee only to hear one thing.
"Pastinya anda semua nak dengar suara KD baru kita kan?!"
Dan ya, aku disuruh menyanyi oleh semua pelajar Tahun Satu yang ada. Bajingan betul! Aku dahlah baru lepas jumpa dentist. Tapi dah permintaan kan?
"So, Abang Razif nak nyanyi lagu apa?"
Aku berbisik kepada emcee itu lagu apa yang aku ingin nyanyikan. Haydar di tempat duduk bersama pelajar lain sudah memandang aku sambil tersenyum.
"Well, lagu ni saya tujukan khas kepada insan yang sentiasa di hati ini tak kita dimana jua dan bila-bila masa. Terimalah ya..."
Aku memulakan nyanyian.
"Suburnya nian sukar dimadah, mekar jiwa dilamar mimpi... Kasih sepantun tulisnya sudah, hanya rindu ikatan hati..."
Bait lagu Nian Di Hati daripada Dato' Sri Siti Nurhaliza aku nyanyikan kepada mereka semua. Boleh je aku nyanyikan lagu Siam tapi kau ingat dorang faham?! Aku nak share Media kat sini tapi korang tahu jelah kan Wattpad ni babi so gi cari sendiri.
"Itulah dia suara emas Abang Razif kita!"
Habis saja program induksi itu, aku makan tengahari bersama Abang Mandar, Kak Romy dan Mukhriz. Haydar pula terpaksa ke studio kerana ada rehearsal apa entah. Dia berjanji akan ambil aku petang nanti.
"Mind if I ask apa plan korang lepas ni?" Kak Romy bertanya kepada aku dan Mukhriz.
"Oh, we just follow the flow first. Then we'll see."
"Jangan lama sangat. I'm waiting for a miracle."
"I believe they will, Romy. They are good. Haydar mesti pilih kawan dia yang bagus jugak."
Kepada sesiapa yang tak beli Razif Haydar Special Chapters, introducing you Haydar's bestfriend, Alif Mukhriz van der Roerke. His name is something out of novel Melayu to be honest. Dia ni merupakan jejaka berbadan sado berambut perang kerinting yang korang boleh jumpa after sejam korang lepak kat TREC. Yes, he is one of that!
"Adik Mukh pun ada jugak kat Divisyen Muzik tu?" Abang Mandar bertanya kepada Mukhriz.
"Ha'ah. Fahrin. Dah third year dahlah ni. But he doesn't look his age pun. Ramai ingat dia abang saya."
Aku senyum saja sebelum Abang Mandar bertanya kepada aku satu soalan.
"Bila nak buat audition untuk band?"
"Tak tahulah lagi. Rasa by this week memang taklah sebab kan Razif ada recording. Next week would be the fastest kut."
"Ah I see. Tapi kau suruh jelah si Mukh ni buatkan audition dulu."
"Eh, bang. Teruk-teruk Finn dulu pun dia sanggup attend audition sendiri tau."
"Yalah, suka hati kaulah, Razif."
With that being said, aku menggigil satu badan. Aku wonder perasaan Papa masa pegang jawatan ni mula-mula dulu. Tapi masa tu dia bawak nama Sym4ny. Semua orang pandang.
Aku ni haih. Baru sekali masuk AJL final. Itu pun kalah sebab kononnya takde penghayatan. Babik!
Apapun, let's just hope for the best...
------------35 votes ahak!
So yeah, dah jadi Abam Razif sekarang. We shall see right?
Stay tuned!
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...