Bab 16

498 51 9
                                    

My Other Half
Sayang
I might be late tonight
Have yr dindin first
I promise before 11
Makan dulu tau
TAUUUU

Mood aku barai membaca chat itu. Aku terus dengan muka masamnya memandang semula ke arah fail yang bertimbun.

Tak, aku tak marahkan Haydar. Aku marahkan diri aku sendiri yang macam nak marahkan dia. I mean, aku kecewa sikitlah. Aku dah plan nak masakkan ayam masak merah untuk dia malam ni. Suka batalkan rancangan aku last minit.

Masa lunch, aku pergi ke kafe untuk membeli Mango Smoothie favourite aku tapi niatiu terbantut apabila melihat Fahrin ada situ. Kaki aku macam faham-faham je suruh aku patah balik.

"Abang Razif!"

Kau rasa biadap dan mendatangkan kontroversi tak kalau aku tak pusing dan menjawab panggilan dia tu.

"Saya belikan untuk Abang air ni." Dia menyuakan Mango Smoothie kepada aku.

"I didn't ask."

"I don't need your approval. You drink it almost everyday so I thought why not I do you a favour of buying you one, right?"

"Well, I'm not in the mood for any smoothie today."

"That is a lie because I saw you just now walking towards the booth. Why are you lying, Abang Razif?"

"I don't."

"Then take this."

"I can afford it."

"Tolak rezeki ke?"

Aku ambil juga air itu untuk mendiamkannya.

"To be honest..." Dia menambah lagi. "I'm sorry. I shouldn't have do that."

"Too late to apologize."

"But never too late to forgive, right?"

Aku terus berlalu dari situ meninggalkan dia. Sudahlah aku memang tak ada mood. Lagi dengan dia pula menguji macam ni.

Mood aku lagi diburukkan apabila Mukhriz pun kata dia lambat sikit turun rehearsal. Kenapa lepas seorang, seorang lagi nak naikkan darah aku?! Jadi terpaksalah aku mulakan rehearsal seorang diri.

Worst part is, aku kena assist Fahrin. Ya, even selepas Mukhriz masuk pun.

"Abang Razif..." Dia memanggil namaku ketika take five.

"Apa dia kau nak?"

"Seriously, I'm very sorry for what has happened between us."

"Dahlah, Fahrin. Makin kau sebut makin aku sakit hati."

Dia diam. As he should. Cuma aku pula rasa bersalah.

"Okey. Fahrin tahu Fahrin salah but at least I tried to make up for it, Abang."

Aku pandang Mukhriz yang berada di hujung studio. Aku tahu dia pernah warning aku pasal adik dia ni tapi aku rasa macam tak sampai hati pula. What if kalau dia betul insaf?

"Kau janji kau takkan buat perangai lagi?"

"Tak, Abang. Fahrin janji."

"Kau jaga eh? Sekali lagi kau buat babi dengan aku, aku tak teragak-agak nak inform abang kau or family kau. Worse, aku bagitau pihak INSEMAS. Kau mesti tak nak hidup susah kan?"

Dia angguk.

"Jadi kau behavelah lepas ni. Aku tak nak besarkan lagi kes ni. Banyak yang akan susah. Especially kau."

"Macam tu je Abang maafkan Fahrin."

"Kalau kau betul mengaku salah kau, buat apa aku nak marah kau lama-lama. Cuma kau kena ingat, tak semua orang sesabar aku. And stoplah sukakan aku. Aku dah ada yang punya pun."

Dia mengangguk. Kemudian dia tersenyum tawar kepada aku.

"Maafkan saya. I should have known."

"Dah. Sambung practice."

Aku maafkan dia bukan sebab aku takut ke apa. Aku maafkan dia atas dasar professionalisme. Banyak benda tak diingini boleh berlaku kalau dia tak dimaafkan. Boleh jadi dia stalk aku lagi dahsyat.

Semasa memandu pulang, fikiranku menerawang entah kemana. Ada jugalah memikirkan soal Haydar. Kenapa dia tiba-tiba balik lambat pula ni?

Balik ke rumah, aku mandi sebelum mula memasak Maggi Tomyam untuk aku seorang sahaja. Walaupun tak selera sangat tapi aku paksakan juga.

Ting! Satu notifications masuk ke handphone aku.

Mukhriz VDR
Wey Zif
Sal kau takde sini?

Razif H.
Takde mana?

Mukhriz VDR
Rumah Filzah
Haydar ada je ni
Hrini bday Fil kut
Haydar tak ajak kau ke?

Razif H.
Oh
Ada tadi
Aku tak larat
Penat badan
Have fun

Ya, aku tipu. Haydar tak beritahu aku satu benda pun pasal hari ni merupakan birthday party Filzah. Kenapa dia tak beritahu?

Habis saja Maggi, aku terus naik ke bilik dan merebahkan badan. Kepercayaan aku bergoyang sedikit kepada Haydar.

Aku mesejnya dan ianya tak berbalas walaupun selepas setengah jam. Aku tak risau sebaliknya aku marah. Dan rasa marah itu semakin membara ketika dia pulang dan menegurku seperti biasa.

"Hai, Sayang..." Dia menegurku lembut.

"Fuck you! You have a party and you don't even tell me about it."

"Mukhriz told you?"

"Pergi mamposlah who told me ke siapa?"

"Dah Filzah tak bagitau nak ajak you sekali. I asked her pun she didn't respond. Also, it's a small party je pun, Sayang."

"You could have just inform me, Haydar. What does that put me then? Am I your boyfriend or not?"

Dia menghela nafas berat. "Fine, I'm sorry. I know I should have told you about it. My mistake and I own it."

"Where is the Haydar that used to put me above everything? Fine, they are your friends. Kau kenal dorang before aku but aku ni apa?"

Dia diam sebelum menepuk belakang bahuku lembut. "Enough, Sayang. I'm tired. You are tired too. Jom rest, okey."

As if macam tak ada apa-apa. Aku pun dah malas nak argue. Aku terus baring atas katil dan ketika dia cuba memeluk aku pun, aku menolaknya. Malas aku hendak bermanja di saat seperti itu.

Semasa aku hampir nak terlelap pun, aku terdengar suara dia ketawa mengekek. Aku menjeling sedikit dan melihat dia sedang berbalas voicenote dengan Filzah. Masih nama perempuan itu di situ.

Does my jealousy make sense? Or aku sekadar semberono? Bukan ke cemburu maksudnya sayang? Ke aku je yang rasa macam tu? Ahhh aku kusutlah!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now