Bab 34

322 56 27
                                    

Aku memegang pipiku yang terasa berdamar dek tamparan Haydar itu. Aku memandang tepat ke dalam matanya.

"Kau kata ini takde apa, Razif?" Dia melayangkan gambar-gambar itu di ruang mataku. "Bila kau jumpa dia ni?"

Aku mengumpulkan tenagaku. "Betul. Dalam minggu lepas macam tu. Memang takde apa. Divisyen aku adapt sukan renang. Kebetulan kat situ ada dia. Dah aku kenal dia, takkan aku tak borak dengan dia kan?"

"You know what I feel about him, right?"

"So?" Aku hilang pedoman. Aku mula mendada against dia. Nasib baik memang aku tinggi sikit. "Apa bezanya kau dengan Filzah? Kau kenal dia jugak and just like you, aku ada bad feeling pasal dia? Tapi ada kau kisah pasal semua tu?"

"Setidak-tidaknya aku tak layankan Filzah tu..."

"Kau yakin? Keluar dengan dia without my knowledge tu bukan layankan dia ke? Setidak-tidaknya aku setia, Haydar! Aku fikirkan perasaan kau. Even lepas aku tahu apa yang kau buat semalam pun aku masih nak balik jumpa kau. Kau boleh tipu aku dan bagi 1001 alasan pun dan aku masih boleh maafkan kau dan buka ruang untuk berbincang."

Dia diam sahaja.

"Aku tahu je, Haydar. Aku tahu je kau keluar dengan Filzah tu. But let me differentiate our situations. Aku jumpa dengan Fahrin, for most of it, it was coincidental. Tak macam kau."

Dia masih mendiamkan diri. Ada riak penyesalan pada wajahnya.

"Kau tampar aku, Haydar. Ya, memang aku salah. Memang aku salah sebab aku masih layankan Fahrin. Tapi kau tak nampak lagi ke yang aku masih ada dengan kau? Ke Filzah tu dah bodohkan kau sampai tahap macam ni? Mana Haydar yang aku kenal dulu?"

Dia cuba mendekatkan diri dengan aku tapi pantas aku mengundur.

"Kau bukan lagi Haydar yang aku kenal, yang aku fell in love dulu. Masa kau nakkan aku, kau kata kau sanggup bersabar semua. Tapi kenapa lepas kau dapat aku, hilang sabar tu semua sampai kau sanggup tampar aku?"

"I'm sorry, Razif. I didn't meant to..." Dia cuba meraih tangan aku tapi aku menolaknya. "Aku fikir ikut perasaan, aku tahu tu."

"Betullah. Memang takde perasaan cintalah sampai sanggup tampar aku kan?"

"Razif..."

Air mataku mula bergenang. "Aku rindu kau, Haydar. We can just talk about it nicely and I would be happy to explain what happened. Pasal kau dengan Filzah pun, yes I was mad but I know who you are. Aku tahu kau sayangkan aku and takkan tinggalkan aku untuk perempuan tu. Tapi lepas kau sanggup tampar aku, it makes me wonder. Kita takkan sanggup naik tangan kat orang yang kita sayang kan? I'm scared of you, Haydar."

Dia berdiri terpacak di situ. Aku nampak mukanya memang penuh dengan penyesalan.

"Forgive me, Razif. I was scared you are going to leave me for that boy. Dia ada semua benda, Razif. Semua benda yang aku insecure."

"Your insecurity is not my problem, Haydar. You know I love you then kenapa nak jealous dengan orang lain? You know I was not into boys when I met you."

"Tapi aku takut aku tak cukup bagus untuk kau..."

Aku ketawa kecil mendengarnya. Aku kemudian berjalan selangkah mendekatinya.

"Maybe you are actually, not good enough for me. Sudahlah, Haydar. Aku tahu aku salah tapi itu bukan alasan kau untuk tampar aku. Tak ada apa ayat yang kau boleh justify apa yang kau baru buat, Haydar."

"Razif, please..."

"Ya, aku mungkin meretakkan kita tapi kau yang hancurkan semuanya, Haydar. Nah..." Aku buka gelang 'Haydar' di tanganku dan aku beri kepadanya. "Find the better Razif for you."

Aku ambil luggage tadi dan terus lari keluar dari rumah itu. Aku bergegas masuk lif sementara Haydar berlari mengejar aku.

Setibanya di bawah, aku nampak kereta Fahrin masih ada di situ. Aku berlari mengejar keretanya itu sambil turut dikejar oleh Haydar.

Mungkin melihat aku yang sedang berlari itu, Fahrin buka bonet dan membantu aku meletakkan bagasi aku ke dalam bonet sebelum menarik aku masuk ke dalam kereta. Bear in mind hujan masih lebat ya.

Kereta mula bergerak dan Haydar masih menepuk tingkap kereta Fahrin memanggilku keluar. Aku katakan kepada Fahrin untuk teruskan sahaja. Tak sanggup lagi untuk aku memandang wajahnya.

Selepas Haydar pun sudah tidak lagi dalam pandangan, aku menangis semahu-mahunya dengan kepalaku tersandar di tingkap kereta. Fahrin terus memandu tanpa hala tuju.

"Kenapa Fahrin tunggu?" Aku mengumpulkan tenagaku untuk bertanya.

"Kalau Fahrin tak tunggu tadi, entah apa jadi dengan Abang. Good thing I stayed there. Memang dah agak dah."

Aku diam membatu. Rasa lega pun ada.

Fahrin kemudiannya memandu sampailah kami tiba di sebuah kawasan taman yang agak jauh sikit dari apartment aku tadi. Kemudian dia beralih memandangku.

Tanpa bersuara, dia menyeka air mataku dengan tangannya dan kemudiannya menarik aku ke pelukannya.

"Jangan menangis. Fahrin ada kat sini untuk Abang."

Kau tahu wey, rasa dia very comforting. Aku rasa tenang gila bila dia buat macam tu. With the fact aku baru lepas kena tampar, memang aku rasa sangat tenang.

"Terpulang Abang nak cerita ke tak tapi Fahrin tak nak paksa. Cukup Abang tahu Fahrin ada."

"Dia tampar Abang..." Perlahan aku mengungkapkan realiti yang pahit itu.

Fahrin terkucam. Dipegangnya pipi aku yang ditampar tadi. Diusap lembut pipi itu.

"Abang janganlah menangis sebab dia. It hurts me to see you like that."

Aku tersenyum sedikit mendengar dia berkata begitu.

"Meh sandar kat Fahrin." Dia menarik aku untuk bersandar di bahunya.

Aku pula, tanpa sedar telah meraih tangannya untuk dipegang. Dia pula sepertinya merelakan.

"Thank you, Fahrin."

"Untuk orang yang Fahrin sayang jugak."

Sedar-sedar, dahiku telah dicium oleh dia. Memandang dia dari posisi aku berada sekarang, memang dia nampak sangat kacak. Hanya senyuman aku berikan.

"Abang jangan menangis eh?"

Aku anggukkan sahaja.

Aku bangun dan duduk dan pandang wajahnya. Unlike Mukhriz, muka dia lebih keMelayuan which makes him 1179471916372 times more handsome.

Aku pegang bahu dia dan aku rasa badan aku mendekat dengannya. Bibir aku memang sangat dekat dengan bibirnya sekarang.

Driven by that, berciumanlah kami berdua di dalam kereta dalam hujan lebat itu. Mungkin dirasuk syaitan, tanganku meraba seluruh batang tubuhnya sebelum nuraniku kembali dan menarik mukaku semula.

Tawanya terburai dan aku juga ketawa kecil.

"I'm sorry, Abang Razif."

"Fahrin..." Aku meraih tangannya. "Berapa lama Fahrin tunggu Abang?"

"Since Fahrin form three, now I'm 20. So lima tahun."

"Maybe you can rest now."

"Maksud Abang?"

Aku mengucupnya pantas. "You said you want chance, now I grant you one. Don't disappoint me."

"Maksud Abang?"

"I'm your boyfriend now."
------------------

If you guys perasan, in Razif Haydar, it's about this chapter dorang start couple hahahahaha.

Anyway who wants Fahrin in their life coz I know I want!

Cepat make it 40 votes kalau nak cepat update! And drop your thoughts about it!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now