Aku masuk ke dalam kereta dia dan pintunya aku hempaskan sedikit kuat. Melihat pada wajahnya, this won't be a smooth conversation.
"So you nak jumpa I sebab nak maki I ke apa sekarang ni?" Dia membetulkan tudungnya seterusnya memandang tepat ke arah aku.
"Aku tak nak maki, Fil. Aku nak tanya kenapa kau buat semua ni."
"Buat semua what?"
"Jangan jadi bodohlah, Filzah. Kau tahu apa benda yang aku cakap sekarang ni."
"Pasal pakwe kaulah ni?"
"Of course pasal dia, Fil. Pasal dia, Mukhriz, Fahrin. Semua ni kerana kau kan, Filzah?"
"Betul! Memang semua ni kerana aku. Aku yang plan semuanya. Puas hati kau?"
"Kenapa kau buat semua ni, Fil?"
"Tak nampak lagi ke bodoh yang aku suka kat kau?! Aku buat apa saja untuk dapatkan kau. Tapi kau yang bodoh tak pernah nampak."
"Aku nampak, Filzah! Berapa juta kali aku kena bagitau kau yang I can't never look at you that way. Kenapa susah sangat nak faham?!"
"Apa specialnya dia sampai kau tak nampak aku depan mata kau? For years aku dengan kau?! Selalu ada dengan kau semua tu. Even masa everyone thought you were gay, I was there, Haydar."
"You know I wasn't straight kan? Benda tu semuanya just for act je kan? Kenapa kau yang fell into deep emotions but suddenly aku yang kena balik? Kenapa kau nak salahkan Razif tiba-tiba, Filzah? If aku yang salah, kau lepaskan pada aku bukan pada dia."
"Oh yalah tu. Lepaskan pada kau pun apa yang jadi. Kau akan tetap juga nak backup pakwe kesayangan kau tu kan so apa gunanya lagi kalau aku cakap kat kau pun?!"
Aku terdiam di situ. Tak pernah aku sangka persahabatan hampir 10 tahun di ambang kemusnahan hanya kerana satu rasa cemburu.
"Fil, aku sayang kau. Tapi sebagai kawan. Tak pernah lebih dan takkan pernah pun. Jangan seksa diri kau lagi macam ni, Filzah."
Dia mula mengalirkan air mata. Air matanya diseka dengan hujung tudungnya sebelum dia bersandar. Matanya dilirikkan kepadaku sebelum nafas berat dihelanya.
"You nak mintak apa je, semua I bagi, Haydar. Kenapa susah sangat nak terima I jadi someone special dalam hidup you?"
"I said it. But not more than platonic. Aku tak boleh pandang kau lebih dari tu."
"Dah tu kenapa kau bagi aku harapan dulu, Haydar? Sekarang ni pulak baru nak kata yang kau tak pernah pandang aku that way!"
"Filzah, kalau betul kau sayangkan aku, kau patutnya suka tengok aku dengan Razif tapi instead..."
"Lagi-lagi Razif! Lagi-lagi Razif! Kau tahu tak semak telinga aku dengan nama budak tu!? Kau pernah fikir tak pasal aku sebelum kau jump in a relationship dengan dia?"
"It's my life, Filzah! Kau jugak yang support my decision when I came out to you dulu. After Mukhriz, you are one of the first to know how in love I am dengan Razif. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?!"
Dia tidak menjawab sebaliknya dia terus memulakan pemanduan. Sepanjang dia memandu itu, aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana. Aku pun tak mahu bertanya memikirkan yang dia sedang memandu dan anything could have happen.
"Kenapa kau tipu aku, Haydar?"
"Bilanya aku tipu kau, Filzah?" Apa lagi minah ni tak puas hati ni...?
"Kalau macam tu kenapa kau ajak aku fake couple dulu, Haydar? Aku ingat semua tu sebab kau malu je. Kenapa mesti kau pilih dengan dia jugak?"
"Kau marah aku sekarang sebab aku bercinta dengan lelaki je ke, Filzah?"
"Nolah, bodoh! Aku nak kau, kau faham tak?"
"Dan aku tak nak kau, Filzah! Kau tak faham lagi ke? Kalau aku boleh faham yang kau nakkan aku, takkan kau tak boleh comprehend yang aku tak nakkan kau?"
"Then kalau aku tak dapat kau, takkan ada siapa boleh dapatkan kau, Haydar. Kau aku punya! No one else can have you."
"Filzah Fadzaliana!" Aku menjerit namanya. "Kau gila ke apa? Siapa aku nak bercinta tak ada kena-mengena dengan kau, Filzah! Janganlah murah sangat letak harga diri kau tu. Baik lagi aku cakap kat kau so that sekarang kau boleh lupakan everything you fantasize about us being together. Filzah, we are just not it."
"Senangnya kau cakap, Haydar..."
"Perempuan, aku tak sukakan kaulah! Siapa je yang sukakan perempuan psychopath obsessive macam kau ni!? Stop daydreaming, Filzah! Sekarang ni kau dah buat aku dengan boyfriend aku huru-hara! Kau dah buat hubungan adik-beradik Mukh dengan Fahrin huru-hara jugak! Kau rasa sungguhpun aku bukan dengan Razif, aku nak ke dengan perempuan parasit macam kau ni!?" Aku hamburkan sahaja tanpa mempedulikan apapun lagi.
Aku nampak air matanya bergenang. "Sampai hati kau, Haydar. Aku buat semua ni untuk kau, Haydar. Ya, memang aku jahat tapi sikit pun aku tak pernah fikirkan benda lain selain kau. Aku sayangkan kau, Haydar. Takkan kau tak nampak lagi, Haydar? Razif bukan untuk kau. Aku, Haydar!"
"Filzah, turunkan aku. Kau dah gila, Filzah. Kau dah gila dan aku takkan associate diri aku dengan orang gila lagi. Mulai hari ni, kau bukan lagi kawan aku."
"Oh, really? Then even better. We are dating then." Mata dia memang dah mula meliar. Tiga lampu merah dia redah macam tu je.
"Filzah, jangan jadi gila. Please, I'm begging you..."
"Of course aku gila. Aku gilakan kau, Haydar." Dia laju menekan minyak. "And if I can't have you, no one else will."
Itu adalah ayat terakhir dia sebelum merempuh flyover sebelum kereta yang kami naiki jatuh beberapa meter sebelum menghentam jalan tar di bawah.
Apa yang aku tahu, ketika aku sedar beberapa hari kemudian, aku telah diberitahu yang Filzah telah meninggal dunia dalam kemalangan itu. Kepalanya pecah bersepai dan mujurlah hanya kerana dia memakai tudung jadi senang saja serpihan itu dikutip. Cumanya...
Kaki kananku terpaksa dipotong kerana ianya memang hancur terus dalam kemalangan itu. Buka mata dan melihat yang kakiku tiada adalah sesuatu yang boleh dikatakan mimpi ngeri. Aku tak pernah terfikirkannya langsung dalam hidup.
And you know what's worse, bangun dan melihat tiada Razif di situ. That's another slap for me. Aku tak bertanya kepada sesiapa tentang Razif. Bagiku, kalau dia kisahkan tentang aku, pasti dia akan ada kan?
Malam itu, sebelum tidur, aku draftkan breakup text untuk Razif. Bunyinya lebih kurang begini;
I got that you are mad. I understand kalau kau nak masa. Aku faham semua tu. Cumanya mungkin untuk kali ini, aku kena tarik diri for good. Mungkin kita bersama lebih melukakan dari membahagiakan. Dan sebelum rasa sayang kita menjadi rasa benci, baiklah aku yang memutuskan untuk putuskan saja hubungan kita. I'm sorry for whatever happened antara kita. I love you sayang. Love you so so so much.
Love, Haydar...
Cumanya, tak terdaya untuk aku klik 'send'. Sebaliknya, aku offkan phone dan cuba untuk melelapkan mata. Sedihnya aku sampaikan dah takde kaki macam ni pun takde siapa yang free nak jaga. Nak kencing pun kena dalam beg plastik. Takpelah, mereka kata mereka semua sibuk malam ni. Aku faham kondisi masing-masing.
Baru aku hendak terlelap, aku terdengar pintu bilik wad kelas pertama aku dibuka perlahan. Aku menelah yang itu adalah jururawat yang biasanya akan masuk untuk menukar air drip aku.
Eh? Kenapa nurse ni pegang tangan aku dengan bahu aku? Pelik sangat nurse ni...
"Haydar, aku minta maaf..."
Razif!
__________________Another two chapters and an epilogue for the next series so yeah, nak 50 votes lelaju boleh tak peeps? Also, siapa rasa ending ni satisfying knowing how much we hate Filzah? And what to expect for last two chapters? Lemme know!!!
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...