Bab 36 (Fahrin)

314 55 12
                                    

To say the least, aku mula sukakan Abang Razif daripada form three from SoundCloud. Kalau korang nak tahu, banyak je aspiring musician yang start dari situ. Aku follow dulu pun sebab ada indie band yang release dorang punya single dalam tu je.

By the way, ini cerita dia. Masa ni, aku form four.

"Fahrin, Mama cakap apa tadi?!" Mama menjengul di muka pintu.

"Five minutes!"

"You said that half an hour ago."

"Five minutes, Mama!"

Malas hendak melayan aku agaknya, Mama pergi dari situ. If there's one thing about balik kampung yang paling aku benci is when to packing. Like hell, that was a bitch to do.

Aku buka SoundCloud dan cari kalau-kalau 'RazifHMuxic' ada update cover baru ke tak. Jujurnya, aku sukakan suara dia. Dia tak pernah lagi buat face reveal ke apa tapi aku tahu muka dia mesti handsome.

Yeay ada cover baru!

"Hai semua! This is my new cover! Enjoy! Heart of Glass by Blondie"

Suara dia macam alkohol. Mengkhayalkan dan kau akan ketagih.

Aku selalu membayangkan dia seorang yang memang kacak. Tak jambu sangat. Rambut tak kerinting pun tak apa.

"I think..." Okey jarang dia bercakap lepas dia cover lagu. "Maybe it is about time I reveal who am I actually?"

Oh my God?! This is the moment that made life worth living.

"You guys can follow me on my real IG account which is @/razifsayhay. I am just a normal boy yang to be honest, nothing special in particular..."

Mendengarkan itu, aku terus mencari akaun IGnya itu. Masa jumpa saja akaun IGnya itu, terus aku menjerit sekuat hati. Menjerit kegembiraan.

"Fahrin! Apa benda terjerit-jerit ni?" Mama sekali lagi menyergah di luar pintu. "Dah packing belum?"

Sekali lagi, aku tak memberi respon. Sebaliknya aku mula stalk IG Razif itu tadi.

Oh student INSEMAS sama macam Angah Mukhriz. Divisyen Tarian. Okey shit. Dia ada girlfriend from Divisyen Peragaan. Cantik pulak tu.

Nak kat aku bernafsu tu yalah jugak. Dahlah orangnya kacak, suara sedap lagi. Judging from baju yang dia pakai, aku rasa anak orang berada juga dia ni.

Kejap, nama dia Razif Haydar. Macam nama kawan Angah Mukhriz seorang tu. Cuma yang ni lagi handsome daripada kawan Angah Mukhriz tu.

Semasa balik kampung Mama pun, aku tidak banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sebaliknya aku main buaian di belakang rumah Tok Wan sambil dengar Soundcloud Razif.

Okey dia tua tiga tahun so panggil Abang Raziflah.

By the way, aku siap tulis satu puisi untuk Abang Razif. Sini aku tulis.

Aku tahu kau punya segala
Dari rupa kepada suara
Kau melengkapkan semua
Aku pun tak tahu samada aku menginginkan kau atau memiliki kau

Apapun aku cintakan kau
Razif Haydar, I love you...

Sejak daripada itu, aktiviti harian aku adalah tengok IG dan stalk dia serta stalk Soundcloud sekali.

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now