"Filzah left group kitorang malam tadi." Haydar mengatakan itu pada sebuah pagi semasa kami sarapan.
"Oh, okay."
"Dia ada contact kau ke?"
Aku malas nak berborak lebih panjang tentang perempuan gila tu so aku jawab sajalah, "Takde. And kalau ada pun aku takkan layan."
Dia senyum saja mendengar responku itu. "Yalah, Sayang. Ni nak aku hantar ke kejap lagi?"
"Dah tu siapa lagi? Kereta aku dah hantar rumah Papa."
"Haa kalau macam tu cepat sikit makan tu."
"Tahulah hisy dia ni. Bukannya nak suapkan ke apa?"
"Mengada. Suaplah sendiri."
Seusai sarapan, Haydar terus menghantar aku ke INSEMAS. Sampai di pejabat, Mukhriz sudah ada di situ bersedia dengan fail-fail di tangannya. Efisien betul dia ni tau.
"Ini semua report every lecturer for mid sem. Sign and hantar kat kerani. Lepas tu kau ada meeting Divisyen tengahari nanti dengan semua instructor so prep yourself. Study report ni semua. Hari ni kau ada kelas tak?"
"Pagi ni je."
"Nanti check takwim kalau ada plan for the rest of the semester."
"Baik, Bang Mukh."
Aku rasa kalau memang nak kena pilih Koordinator Divisyen yang baru, aku memang akan pilih si Mukhriz ni. Efisien dia lain macam wey bila buat kerja.
Aku masuk ke kelas untuk mengajar dan masing-masing memberikan kerjasama yang baik. Busy sangat dengan band few weeks before membuatkan aku susah nak fokus dengan student semua.
Tengahari itu, semasa mesyuarat juga, semua instructor nampak fokus dengan perbincangan itu. Again, things were finally right again and I couldn't be happier.
Habis meeting, aku pergi ke kafe untuk lunch sebelum ada brief meeting dengan topboard Divisyen Muzik.
"Abang Razif!" Aku dengar suara seorang student memanggil aku. Aku menoleh mencari suara itu. "Sini!"
Oh salah seorang student aku, Taqeeudin. Tak salah aku, dia bestfriend...
Oh ya, Fahrin ada kat situ jugak.
"Mehlah makan sini, Bang!" Taqee mengajak lagi. Aku tak ada choice.
Aku bawa Nasi Goreng Pattaya dan Mango Smoothie aku lalu duduk bersama mereka di sebelah Fahrin.
"Dah makan?" Aku bertanya kepada mereka.
"Dah, Abang. Saja lepak sini. Saya ada koir kejap lagi." Taqee menjawab. "Ni alang-alang jumpa sekali hotstuff INSEMAS ni."
Fahrin hanya tersenyum.
Duduk di sebelah Fahrin, bau minyak wangi bercampur deodorannya sememangnya sangat kuat. Menambahkan lagi aura yang sememangnya dia miliki.
Kawan dia ni pun not bad jugak. Tak salah pernah masuk Wira Remaja tahun lepas tapi tempat ketiga je.
"Abang tak involve dengan koir ke?" Taqee itu bertanya kepadaku.
"Oh, just pemantau je. Tu projek Kak Yuni kan? Bila korang staging eh?"
"Lagi dua minggu macam tu tak salah. Dia kata minggu depan Abang ada join rehearsal kitorang."
"Ha'ah betullah tu. Buat betul-betul. Banyak Abang nak complain ni."
Dia ketawa sahaja disambut oleh Fahrin. Kemudiannya dia bangun untuk pergi membeli sesuatu meninggalkan aku dengan Fahrin di situ.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...