Bab 37

316 50 11
                                    

Pagi itu, aku ke INSEMAS menaiki kereta Fahrin. Memang yalah, kalau tak siapa lagi nak hantar aku.

"Fahrin masuk kelas tak kejap lagi ni?"

"Kelas pagi ni cancel. Dua-dua pulak tu. Fahrin ingat nak pergi beli baju Abang. Abang pakai size apa?"

"M je. Kalau macam baju tidur tu L kut."

"You're a fan of H&M?"

"Abang pakai je. Bundle pun boleh. Asalkan selesa."

Dia senyum. Kemudian dia meraih tanganku sebelum aku turun dari kereta.

"Fahrin sayang Abang. Take care, eh?"

"Sayang Fahrin jugak." As what, aku tak tahu.

Aku turun dari kereta dia dan terus berjalan ke pejabat. Memandangkan INSEMAS finally has its own Starbucks and it happened to be located kat Divisyen aku, haruslah sempat aku beli Hot Almond Cafe Latte sebelum sambung berjalan ke pejabat.

Sampai di pejabat, aku menghela nafas berat sebelum aku sign fail-fail yang diletakkan oleh Mukhriz. Starbucks tadi aku hirup sebelum aku sambung membuat kerja aku.

Pintu bilik aku diketuk dan masuk ke dalam ialah Mukhriz. Aku memberi senyuman tawar kepadanya.

"Baru nak belanja Starbucks for my beloved KD."

"Takpelah. Aku pun kebetulan je ni. Try Starbucks baru kat INSEMAS ni."

Dia senyum sebelum duduk di hadapan aku. "Aku dah submit semua financial report kat bursary. Aku pun dah suruh office boy kita pergi hantar dokumen kat JKKN Selangor sekali for the showcase kita nak buat kat Royal Theatre, Shah Alam tu."

"Baru nak hantar ke? Rasa dah lama kan aku approve benda tu?"

"Memang kau approve tu dah lama tapi kau faham jelah admin buat kerja macam mana."

"Dah tu Royal Theatre dah informed belum pasal benda ni semua?"

"Dah. Dah confirmed dah everything. Just tunggu official letter signed INSEMAS je. Yang tu kau tak payah risau."

Aku anggukkan saja. Dia kemudiannya duduk di depan kerusi aku sambil memandang tepat ke arah aku.

"Apa jadi?"

"Pretty sure you knew already so whatever he said, it's true."

"They say, there are three sides of story when it comes to relationship. So aku nak dengar the second version from kau sebelum aku came up with the last side of story."

"Nothing much pun." Aku masih tak mahu bercerita tentang semalam kalau boleh.

"Aku faham apa yang kau tengah rasa tu. Haydar tak patut buat apa yang dia buat tu kat kau."

"So he told you that part?" Aku surprised Haydar actually told that part.

"Yes he did. And sorry jugak sebab tak bagitau kau pasal Filzah keluar dengan dia tu. Believe me, aku pun tak tahu. Aku ingat yang kau tahu Haydar keluar dengan Fil."

"Filzah kan bestfriend kau jugak. Kenapa kau tak side dia?"

"Dah dia buat benda yang tak betul. Just sebab dia member aku, tak maksud aku kena side dia."

Aku tersenyum tawar. Good to know I still have an ally.

"So kau dengan Haydar memang dah dunzolah ni?"

"You can put it that way."

"Tiga tahun tu bukan sekejap tau, Zif."

"Aku tahu. Tapi bukan sekejap jugak masa yang aku bagi pada dia. Dia yang pilih untuk percayakan orang lain. Apa lagi point untuk aku stay?"

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now