"He cabul me. I was scared and clueless of what to do."
"Okay..."
"Aku takut kau akan..."
"Marah kau?"
Aku mengangguk perlahan.
"Macam aku marah kat kau sekarang ni?"
"You're mad?"
"Entahlah, Razif. Should I? Should I be mad over something you already know?"
"Aku tahu salah aku."
"And what are you going to do about it? Now that I heard it from someone else, worse, someone you really hated. So aku tak tahu apa yang patut aku rasa."
Aku tak pandang wajah Haydar kerana aku tahu how disappointed he was dengan aku. Dan itu sangatlah berbahaya.
"So sekarang, betullah kan apa Fil cakap tu? And you had the audacity to date him jugak before? Okaylah maybe I can give that a pass why kau tak beritahu aku? Suka sangat nak berahsia dah kenapa?" Nadanya tak tinggi tapi firm. Cukup firm untuk menakutkan aku.
"I was scared."
"Okay, I get it you're scared and I'm not gonna invalidate it. Kau berhak untuk rasa apa saja dengan what happened. Cumanya..."
"Cuma apa?"
"Aku pun tak tahu. Aku kecewa. Aku tak marah. Kau ada lots of time and aku tahu kau dah banyak kali nak cerita kat aku but you didn't. So aku nak tanya kau satu benda."
Aku mendongak memandang dia.
"Am I your boyfriend?"
"Yes." Aku menjawab concisely.
"Then kenapa nak berahsia?"
"Because I'm scared."
"Am I your boyfriend?" Dia bertanyakan soalan yang sama lagi.
"Yes."
"Then kenapa nak kena takut?"
Di situ, aku blur. Aku sendiri tak tahu aku nak takut untuk apa.
"Answer me, Razif. Pernah ke aku marah kau beriya sangat?"
"Kau pernah tampar aku, Haydar."
"I know but this was way before this. Before that, pernah ke benda such that happened?"
Aku menggeleng. Dia memegang tanganku lembut sahaja sebelum diusapnya.
"Dah tu kenapa nak takut dengan aku? Kau sendiri tahu macam mana aku sayangkan kau kan? Kau tahu kan, Razif?"
"Aku tahu."
"Then?"
"Sebab aku takut kau akan act out of control and ended up terukkan keadaan."
"So kau tak percayakan aku?"
"Bukan macam tu. It's more than that."
"Dah tu?"
"I almost got raped, Haydar. Banyak benda yang aku takutkan. Ya, bodoh aku tak bagitau kau. Aku fikirkan maruah aku, penerimaan kau and worst, relationship kita."
"Tapi kau tahu aku..."
"The thing is, aku tak tahu. I was insecure with you always siding with Filzah. Aku rasa lost and gone masa tu, Haydar. And for most of it, aku takut. So yeah, maafkan aku if aku being immature on the issue."
Tanpa memberi apa-apa reaksi, dia menarik aku ke dadanya, memelukku. Tanganku dicapai sebelum digenggamnya erat. Air mataku mengalir tak semena-mena.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...