Let's throwback to a year before this.
"Sayang, jom pergi honeymoon. Second anniversary kita nak dekat dah ni." Haydar mencadangkan itu semasa aku sedang memasak di dapur.
"Nak pergi mana?"
"Ikut kaulah."
"Kau yang nak plan tapi aku yang kena fikir?"
Dia kemudian datang ke arah aku dan memeluk aku dari belakang. Cik abang seorang nilah kan.
"Garangnya boyfriend aku ni sekarang."
"Kena garanglah, nanti kena rampas dengan orang macam mana?"
"Siapa je nak rampas aku daripada kau?"
"Rampas kau tu boleh tahan lagi. Kalau dia rampas aku macam mana? Dah, pergi setting table. Siakap Stim Lemon dah siap ni."
Malam itu, semasa makan, kami pun planlah kemana destinasi percutian kami kali ini. Memang setiap dua tiga bulan pun, memang kami akan pastikan yang kami akan pergi bercuti kemana-mana destinasi, domestic or international.
Selepas beberapa pertengkaran manja dan diseling dengan ciuman di pipi, kami memutuskan untuk pergi ke Port Dickson sahaja. Dekat sajalah sebab sebelum tu kami dah berhabis duit pergi Sweden dengan Iceland. Semuanya sebab Haydarlah teringin sangat nak pergi tempat sejuk tu.
Percutian kali ini memang kami rancang untuk tidak kemana-mana melainkan melepak dalam bilik hotel sahaja. More like nak spend time together in a better ambiance. Maka kami memilih Lexis Hibiscus Resort di Port Dickson. Yang siap ada pool dalam bilik tu lagi.
Kami book untuk tiga hari dua malam. Jadilah nak lama-lama buat apa duduk atas laut tu.
Sampai saja di sana, aku terus off data begitu juga dengan Haydar. Memang niat nak spend time bersama sahaja.
"Sayang..." Semasa makan malam di restoran malam itu, dia membuka bicara. "Kalaulah one day, kisah cinta kita ni ada expiry date, what would happen to us?"
"Kenapa tanya macam tu?"
"Saja. I mean, aku tak mendoakan."
"Shouldn't that be a question?"
Dia senyum sahaja. Ketika itu, pemuzik di dalam restoran itu sedang asyik memainkan muzik romantik yang mendayu-dayu.
Aku memegang tangannya. Mataku tepat memandangnya.
"Kalau andai kata rasa cinta tu hilang, aku harap janganlah rasa tu berubah menjadi benci."
"What if we messed up?"
"Same thing. Janganlah kita pernah bencikan satu sama lain sebab kita pernah ada dalam hati masing-masing dulu. Ingatlah masa baik bersama."
Dia tersenyum. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. Sebuah kotak kecil yang di dalamnya ada dua bentuk cincin. Apa benda pulak ni?
"Razif Haydar Muhammad Fakhrul, I know it is impossible for us to be something attached. However, I hope you can take this as a symbol that if anything happens to us, this ring shall bind us all back together."
Dia mengambil sebentuk cincin itu dan menyematkannya elok di jari manisku. Kemudian dia juga turut menyematkannya yang satu lagi di jari manisnya. Kami berdua tersenyum sebaik ianya dilakukan.
Pemuzik tadi kini menyanyikan sebuah lagu daripada Leeann Rimes - How Do I Live.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...