Dua hari sebelum...
Fahrin datang berjumpa aku di pejabat. Dia mesej awal pagi tadi lagi dia nak berjumpa dengan aku. By the way, aku sekarang dah pindah balik rumah Papa. Aku kat hospital pun tiga malam je masa tu. Turun je BP, aku terus boleh balik.
Semasa dia masuk ke dalam pejabat, dengan sweatshirt maroon dia dan seluar jeans hitamnya, aku tak pelik kalau dia memang terkenal dalam kalangan pelajar perempuan.
"Hai, Abang..."
"Hai, Fahrin. Ada apa halnya ni sampai tak sempat tunggu time training or maybe balik nanti ke?"
"Sebab time ni je Fahrin boleh cakap dengan Abang tanpa distracted apa-apa."
"Duduklah kalau ya pun."
Dia tersenyum segaris sebelum mengambil tempat duduk di hadapanku. Senyumannya masih tak lekang.
"So, kenapa ni, Fahrin?"
"Abang, you know that we are technically dating, right?"
"Yes, Abang tahu. Kenapa?"
"Fahrin rasa, Fahrin nak lepaskan Abanglah."
Aku mengambil jeda di situ. Tak mahu memaksa dia bercerita dan tak juga mahu menerukkan keadaan. I'm like Midas except that semua benda aku sentuh hancur.
"Abang okey ke?"
"Well, boleh Abang tahu kenapa tak, at least? Fahrin buat main-main je ke selama ni?"
Dia menggeleng. "In fact, Abang is the first guy yang Fahrin sayang sebesar ni."
"Okay, then?"
"Sebab orang yang masih ada gambar atas meja Abang ni haa..."
Aku mengerling ke arah gambar yang ditunjukkan oleh Fahrin itu. Gambar Haydar bert-shirt putih memandang kamera tersenyum. Dia ada gambar yang sama juga cuma di dalamnya aku menjadi model.
"Fahrin minta maaf sebab rosakkan kebahagiaan Abang dengan dia. Fahrin tahu apa yang Fahrin buat selama ni keji. Patutnya dah tahu orang tak suka Fahrin, kenalah buat perangai yang elok tapi ini tak, Fahrin keruhkan lagi keadaan."
"Jangan cakap macam tu, Fahrin."
"Don't try to flatter me. Abang deserves better than me, which is him."
"But you can be better, right?"
"How can I be better if he's the one who has your heart?"
Aku terdiam. Aku pandang dalam matanya. Matanya itu nampak berkaca.
"Tapi Fahrin sayangkan Abang juga, kan?"
"And isn't letting someone to be happy is a gesture of love?"
Aku menghela nafas berat.
"Fahrin minta maaf kalau dulu Abang bahagia dengan Abang Haydar. Memang kehadiran Fahrin menyusahkan. Fahrin tahu tu."
"Fahrin, tak naklah cakap macam tu. Fahrin yang dah selamatkan Abang when it happened. If there's any, Abang yang menyusahkan Fahrin sebenarnya."
"Fahrin buat sebab sayang je, Bang. Takde sebab lain."
"I know, and I completely understand that."
Ada hening antara kami berdua. Dia kemudiannya memegang tanganku lembut dan memandang wajahku sekali lagi.
"Dia mungkin buat salah tapi dia masih sayangkan Abang lagi."
"Ya ke? Apa yang buat Fahrin rasa macam tu?"
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...