"Abang Razif..."
Aku berada di satu tempat yang lapang, di atas katil dan dikelilingku kesemuanya putih. Di sebelah aku terdapat seorang lelaki berkemeja putih yang dikancing separuh sahaja.
"Abang Razif..."
"Fahrin?"
"Yup. Fahrin sayang Abang."
"Fahrin..." Aku cuba bangun dari baringku itu.
"Abang..." Dia meraih tanganku. Dengan suara dalamnya dia menyambung, "Dia bukan untuk Abang. Fahrin ni untuk Abang."
"Fahrin, Abang tak..."
Dia kemudiannya mengucup bibirku mematikan ayatku tadi. Kemudian tangannya mula menjalar ke batang tubuhku.
"Please, bagi Fahrin chance."
"Tapi..."
"Fahrin sayangkan Abang. Fahrin janji takkan sia-siakan Abang."
Dari bangun tidur pagi Ahad itu sampailah masa Papa hantar aku pergi airport, aku masih memikirkan mimpi itu. Bayangan Fahrin berkemeja putih berkancing separuh itu masa terbayang di ruang mata.
"Papa balik Selasa tau, Razif. Kalau rasa nak singgah rumah ke, kunci ada kan?"
"Ada, Papa."
"Ni nanti kat KLIA Haydar ambik ke?"
There's the thing. Haydar tak respon to any calls or messages I gave him. Langsung. Dia tak bluetick pun.
Sementara tunggu boarding, aku cuba call Mukhriz.
"Hello, Mukh. Haydar okey ke?"
"Haydar? Oh, dia okey je aku rasa. Kenapa, Zif? Kau dah balik ke?"
"Tengah nak tunggu boarding. Takde apa pun. Just tanya je."
"Aku call dia pun dia tak angkat. Tak sihat kut. Kunci rumah kau ada tak tu?"
"Ada ni haa. Jumpa esoklah, then. Aku ada bawak sekali keropok losong yang kau kirim tu."
"Wey sedapnya! Okey nanti pape ro je."
Aku naik flight dengan hati yang tak teruja. Betul, sikit pun tak. Malahnya aku semakin rasa tak nak balik ke rumah. Aku rindukan Haydar tapi aku tak nak berjumpa dengan dia.
Dalam flight yang tak sampai sejam itu, aku hampir terlelap. Bukan kerana bosan tapi aku merasakan diriku bagaikan tiada tenaga.
"Dia bukan untuk Abang. Fahrin ni untuk Abang."
Ayat itu terngiang-ngiang lagi di telingaku. Dengan wajah tampan dimilikinya itu, memang aku bodoh menolaknya dulu. Tapi bodoh ke aku menolak dia kerana aku cintakan Haydar?
Chance? Hmm...
Setibanya di lapangan terbang, aku sekali lagi cuba menelefon Haydar tapi sedihnya apabila panggilan itu sekali lagi tidak berjawab. Aku patah harapan. Memikirkan itu, aku terus memutuskan untuk menaiki Grab sahaja. Cepat sikit lagipun.
Di sinilah satu keajaiban (or mungkin sumpahan) berlaku.
Fahrin Van Der Roerke.
FAHRIN VAN DER ROERKE!
Itu nama pemandu Grab aku.
Melihat saja kereta dia, aku pandang sahaja dia di dalamnya. Dia keluar, memberikan aku senyuman dan mengangkat bagasi aku lalu diletakkan ke dalam bonet.
Masuk ke dalam kereta, dia mula bersuara.
"Wow, what a small world! Duduk depanlah, Abang."
Mengikut cakap dia, aku turutkan saja. Aku pun tak tahu kenapa.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...