Bab 20 (Haydar)

543 62 14
                                    

"Haydar, nevermind. You can go to your boyfriend. I dah call foreman tadi. I got everything under control."

"You sure ke, Fil? I rasa Razif faham je."

"It's okay. Kalau I memang helpless, memang I insist you datang. Tapi benda under control here so you tak payahlah risau sangat."

"Betul ni, Fil?"

"Betul. Lagipun tadi I tengok dia, he needs you more than me."

Aku lega apabila Filzah kata begitu. Nampaklah dia memahami tentang aku dan Razif.

Aku pun terus menukar Waze aku ke hospital untuk melawat Razif. Lagipun malam ni dah janji nak teman dia kat hospital tu.

Aku sempat singgah di McD untuk belikan dia Double Cheeseburger kegemaran dia tu. Harapnya dia sukalah bila dia dapat tu nanti.

Aku cuba call dia tapi satu pun tak berjawab. Aku assume yang dia dah tidur. Call tiga kali je sudahlah. Nanti takut dia dah tidur, aku kacau pula.

Setibanya di hospital, aku pelik apabila aku melihat kereta Mukhriz ada di situ. Eh? Siapa pula yang masuk hospital ni? Aku memang kenal sangat kereta Mukhriz tu.

Selepas aku park kereta aku, aku mendapat satu firasat untuk call Mukhriz untuk bertanya.

"Yo, sal?" Dia bertanya.

"Siapa masuk hospital?"

"Siapa masuk hospital kebendanya?! Aku elok je kat rumah ni semua."

"Eh, aku nampak kereta kau kat hospital ni?"

"Haa kejap..." Dia jeda seketika. "Okey, kereta aku takde kat porch. Mak aku pakai kut."

"Oh so kau tak tahulah ni?"

"Aku tak tahu pulak doh. Tapi kalau kau nampak nanti Mak aku ke siapa ke, bagitau tau."

"Haa yalah."

Aku pun park kereta dan terus masuk ke hospital. Di situ, aku sempat menegur beberapa orang jururawat. Malah sebelum aku masuk ke bilik wad Razif pun, sempat aku bertanya kepada jururawat.

"How's he doing?"

"Oh, Encik Razif dah stable dah. Probably dalam esok or lusa dah discharge. Depends kalau dia still ada rasa vertigo ke tak."

"I see. Thank you so much ya, nurse."

"By the way, dia tengah ada visitor tu. Saya tak sempat pula nak tanya nama dia siapa tadi."

"Oh, kawan dialah tu. Saya pergi dulu ya, nurse." Dia memberikan senyuman.

Sampai saja di luar pintu biliknya, aku terdengar bunyi orang menangis di dalam. Eh, Razif menangis ke? Kemudian aku dengar tangisan itu terhenti. Ianya membuatkan aku terus membuka pintu dan...

Argh!

Aku tak sanggup nak bercerita tentang hal ini.

Razif sedang berciuman dengan seseorang. Seseorang yang bukanlah diriku. Seseorang yang aku tak sangkakan pun.

Razif menolak lelaki itu dan memandangku dengan panggilan tajam. Lelaki itu memandang aku dengan pandangan tak bersalah sebelum memandang semula ke arah Razif.

"Sebelum aku sepak muka kau, kau berambus dari bilik ni sekarang." Aku masih mampu bertenang.

"Well, apa kata tanya tuan bilik..."

"Kau tak nak aku tinggi suara, Fahrin..." Suara aku masih mendatar.

Dia terus mengangkat tangannya dan berlalu pergi dari bilik itu. Aku terus memandang Razif dengan pandangan berkaca di tubir mata.

"Apa salah aku, Razif? Kenapa kau buat benda ni?"

"Kenapa kau tanya aku soalan tu?"

"Apa benda kau ni? Tak cukup lagi ke aku ni, Razif, di mata kau? Sekarang ni semua benda salah kan pada kau?"

"Memang! Memang kau tak cukup. Kalau betul kau tak salah, then where the fuck are you when I need you?"

"So that allow you to kiss someone else?"

"Since when you care about it?! Cuba kau tengok balik kita this past month, how our relationship has changed! Kau biarkan aku seorang je sepanjang masa! Kau buat macam aku ni..."

"Macam kau apa?! It's not like I didn't tell you what I was doing whatsoever."

"You know what's your problem is yet kau still tak nak kalah. Better to let me go, right?"

"What the fuck, Razif?"

"Even kau bukan dengan Filzah tu pun, aku tak nak sakit hati. Bukan tak nak fight tapi kau sendiri tak bagi aku any justifications untuk aku simpan kau lagi. Ya, aku accident ni sebab aku marah kau keluar dengan Filzah tu. Kau tahu all this time aku memang cemburu tapi ada kau fikir pasal aku?! Semua benda aku kena pendam seorang, kau ingat aku ni apa?!"

Aku terus terdiam. Aku tak tahu syaitan apa yang sedang merasuki dia sekarang.

"You don't even let me to tell anything from my part, Razif?"

"For what? For you to be defensive and then call me out for being ridiculous. Biarlah aku salah pun asalkan hati tenang. Selama dengan kau, apa aku dapat?! Kau bukan Haydar yang aku fall in love dulu."

"What the hell does that mean, Razif?!"

"Keluar! Aku tak nak tengok kau lagi! Aku benci kau!"

Aku letakkan makanan yang aku hendak berikan kepadanya sebelum aku turut akan perintahnya itu. Kata orang, bara yang panas jangan ditiup. Bimbang makin marak apinya nanti.

Semasa aku keluar dari bilik wad itu, aku nampak Fahrin sedang bersandar di dinding. Dia memandang aku seraya menggelengkan kepalanya.

Aku terus berjalan kepadanya dan menolak kuat bahunya.

"Kau adik kawan aku, Fahrin! Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Kenapa aku buat kau macam ni?! Kenapa kau buat boyfriend kau macam dia tak umpama apa-apa bagi kau?"

"Aku tak sangkalah kau sanggup buat aku macam ni. Aku anggap kau macam adik aku sendirilah."

"Memanglah kau tak sangka sebab mana kau masa Razif nakkan kau ada dengan dia?! Ya, kau busy dengan Filzah, so aku busykanlah dia dengan aku. Antara kau dengan aku, Haydar, terang lagi bersuluh aku lagi layak dengan Razif tu. At least aku tahu apa..."

Aku menampar muka Playboynya itu. Celaka punya budak. "Kau jaga mulut kau tu, setan! Kau tak layak langsung dapatkan dia.

"Very well, it's a free country but kau kena sedar satu benda. It's not my fault if kau yang tak reti jaga what's yours. Kau yang patut check balik apa yang kau dah buat kat dia. Kau boleh cakap aku tak layak untuk dia but then, are you, though?"

Aku terus terkucam sejuta bahasa. Langkahku ke belakang sedikit. Aku pandang dia yang memang tinggi lampai itu. Keluarga Van Der Roerke memang mempunyai darjah kekacakan luar biasa.

"So, now if you don't mind, excuse me. I have a future boyfriend to entertain." Dia menolak aku ke tepi dan terus masuk ke bilik wad Razif.

Aku melangkah longlai keluar dari hospital itu. Sejujurnya, aku tak mahu pergi dari situ. Aku ingin menumbuk lumat muka Fahrin dan memeluk erat Razif kesayanganku itu. Literally my other half.

Di dalam kereta, aku mengeluarkan handphoneku dan mendail satu nombor.

"Hello, Fil. Where are you? I need you now..."
----------

Well, we made it to 50 votes apprently so 55 votes shall we?

And well, is this the end? We shall see...

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now