Bab 44 (Fahrin)

316 59 26
                                    

Angah suruh aku singgah Maison d'Art dia dulu sebelum aku balik ke Airbnb. Dia kata, ada satu perkara yang ingin dibincangkan denganku.

Aku pun turutkan saja.

Sampai kediaman KD dan TKD itu, aku mengetuk dan tak lamanya ianya dibuka oleh Angah. Nampak gaya dia macam baru sampai ke rumah.

"Kau dari hospital ke?"

"Ha'ah."

"Esok datang tak?"

"Datang."

"Good."

Aku duduk di atas sofa singlenya sementara dia memakai baju. Aku syak dia baru lepas mandi.

"Fahrin, aku nak tanya sikit."

"I know what you're going to ask."

"Great! Even better. So sekarang, kau nak explain ke atau nak aku tanya?"

"First of all, valid ke apa yang aku cakap since aku tahu yang kau memang akan side dengan kawan kau?"

"Sekarang ni, aku tak side sesiapa. Kau cerita je dengan aku. Kenapa tiba-tiba je kau tergilakan pakwe orang?"

Aku diam. Masih tak ada jawapan untuk itu.

"Fahrin, they were good together. They weren't perfect but they're still good. Kenapa kau kena meddle in jugak? Kau tahu aku takkan boleh ambik side sebab clearly dua-dua kau and Haydar orang yang rapat dengan aku."

"Then tak payahlah ambik side sesiapa? Kau tahu yang kawan kau tu pukul Abang Razif kan? Bodohlah kau kalau kau backup dia lagi!"

"Adik, aku tak bodoh sangatlah sampai tahap tu. And aku tak pernah justify apa yang dia buat pun. Dia tumbuk kau pun, aku masih sebelahkan kau. Cuma aku nak tahu, dorang break tu ada apa-apa dengan kau ke?"

"Maksud kau?" Fuck! Aku tahu Angah Mukh memang dah syak something.

"Mustahil kau tak terlibat apa-apa?"

"Okeylah, apa yang aku boleh cakap, I was there and witness everything. Kenapa dorang nak kena drag aku sekali? Salah aku ke Abang Haydar tu yang tak reti jaga boyfriend dia? Salah aku ke yang dorang terlalu insecure with each other sampaikan boleh orang lain masuk campur senang-senang je?!"

"Dah tu kalau bukan kau, siapa? Ada orang lain lagi ke dalam cerita ni yang aku tak tahu?"

Mampos! No, aku kena rahsiakannya.

"Filzah ke, Adik? Baik kau jujur je dengan Angah sekarang."

"Dia kawan Angah jugak kan? Tanyalah dia sendiri."

"So betullah Fil involve jugak?"

"Angah, apa kata Angah tanya je kawan Angah tu. Version dia mungkin lebih accurate daripada adik Angah ni. Bukan Angah sendiri ke yang selalu pesan kat orang lain to be scared of me. Dah tu? Buat apa Fahrin stand up for myself kan?"

Angah mendengus kasar. Betul apa? Habis keliling dijajanya adiknya ini psiko hanya kerana beberapa perkara yang aku buat masa sekolah dulu.

"Aku pergi dulu. Ada apa-apa lagi tak nak cakap?"

"Fahrin, Haydar tu sayangkan Razif. Kau buatlah apa yang terbaik untuk korang semua."

"Angah, ingat aku suka sangat benda ni semua? Ingat aku suka ke jadi boyfriend orang yang dalam hati dia ada orang lain?"

Angah tak membalas statementku itu. Aku kemudiannya terus keluar dari unit itu dan terus bergegas ke kereta. Ada seorang yang aku perlu untuk menyelesaikan hal ini.

Aku terus memandu ke rumahnya. Setibanya di rumah dia, aku terus memberi salam dan memanggil namanya.

"Eh, Fahrin? Cari siapa ni?" Siallah kakak dia yang keluar.

"Kak Fasha, Filzah ada rumah tak?"

"Ada, dia kat pool tu. Masuklah."

Sampai saja di pool itu, aku nampak perempuan tu tengah sunbathe sebelah kolam. Aku memeluk tubuh memandang dia yang sedang berbikini itu sebelum dia sedar kehadiranku itu.

"Oh well, hi Fahrin. Dah tukar taste nak rasa I pulak ke?"

"We need to talk, Filzah. And I don't care whether you want or not?"

Dia bangun membetulkan punggungnya sebelum membalut badannya dengan bathrobe. "Yeah, cakaplah."

"I want to end this."

"Of course you want to end all of this. Kau dah dapat yang kau nak?"

"No. Aku dapat badan dia tapi bukan hati dia. Dia cintakan Haydar dan Haydar cintakan dia. Kita berdua tak mampu nak buat apa-apa, Filzah."

"What do you mean tak boleh buat apa-apa? Listen, Fahrin. Aku tak kisah apa yang kau dapat tapi kalau aku tak dapat Haydar then no one can!"

"Perempuan kau boleh sedar tak yang dia takkan suka kau?! Kau tak rasa kau try hard sangat ke?!"

Dia ketawa sinis. "Dah tu? As if kau tak ni desperate sangatlah dekat si Siam tu? Sedar diri sikit sebelum cakap tu boleh tak?"

Aku terdiam. Masih mencari point untuk membidas.

"We live in a fucked up world, Fahrin..." Nada suaranya mengendur. "Some people dapat benda yang kita nak without having to try their best effort. Same goes to both of us sekarang. Kau nak Razif dan aku nak Haydar. Tak susah kan? We work together untuk dapatkan apa yang kita nak daripada orang yang tak layak."

"Macam mana dorang boleh tak layak kalau dorang betul-betul ikhlas cintakan satu sama lain? Apa point kau, Filzah?"

Sekali lagi dia ketawa. "Kau budak lagi, Fahrin. Aku tunggu Haydar tu sama je macam kau sekolah dulu. Lama aku tunggu dia, care pasal dia, buat macam-macam. Tapi semua tu cara baik dan look where it brought me. Now kau janganlah cakap yang since dorang dah break kau nak tarik diri. Fahrin, darling, please."

Aku menggeleng pantas. "Aku nekad, Filzah. Aku tak nak lagi. Mungkin the way kita sayangkan dorang berbeza. Kau sayangkan dia dan nak dia dengan aku. Aku sayangkan Razif, aku nak tengok dia bahagia."

Filzah ketawa macam pontianak sekuat-kuatnya. Gila ke apa perempuan ni?!

"You know what, Fahrin? Kau ingat Razif tu kisah ke kalau kau berkorban ni semua? Dah rasa habis heroiclah ni?"

"Aku tak kisah!"

"Ha'ah, eloklah tu. Kau jangan lupa, Fahrin. I created this game and you are just the player.  Kau ingat aku tak boleh buat something bigger than that? Even semua yang kau buat tu pun, aku draft everything. Setakat takde kau dalam benda ni takkan ubah apa-apa, Fahrin. Dan aku tahu, kau takkan suka kalau Razif benci kau kan?"

Aku mendekatkan wajahku dengan dia. "Filzah Fadzaliana, buatlah apa kau nak buat. Aku harap kau sedar satu benda. Hati yang busuk takkan bawa kau kemana-mana. Percayalah..."

"Dan kita tengok jugak ya. Siapa yang akan menang at the end of the day kalau bukan aku sebab apa? Aku berani untuk benda yang aku nak. Bukan pengecut macam kau!"

Aku terus menarik langkahku pergi dari situ
---------------

I just realised. This is the only story yang I tak buat cast imagination. Korang nak I buat ke? Kalau nak, recommendlah siapa yang rasa sesuai.

Also, siapa nak pukul Filzah jom kita geng! I have to stop writing few times because of her character. God, even I'm mad at her!

K keep the votes coming!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now