Ta meninggal dunia sebaik aku dan Sahiran sampai di Nakhon Si Thammarat. Lung Norman pun barely sempat tengok ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, Mae Tiana dan anak sulung mereka sudah ada di situ. Merekalah yang memanggil jiran tetangga untuk membantu apa yang patut whatsoever.
Aku menelefon Mukhriz dan memberitahunya yang aku akan pulang hari Jumaat nanti dan cuba untuk sampai sebelum Music Camp bermula. Aku juga memintanya untuk memberitahu budak band yang aku hanya akan kembali untuk mengajar pada minggu hadapannya itu.
Papa tiba di Nakhon Si Thammarat dengan mak tiri aku semasa jenazah Ta sudah hendak dikebumikan. Well, at least they still made it. Mereka bermalam di sebuah hotel berdekatan manakala aku memilih untuk tinggal di rumah Ta dan Yay sahaja sepanjang tempoh itu.
Suasana sememangnya sugul. Aku nampak Yay langsung tidak berkomunikasi dengan sesiapa. Cuma adalah dia bersalaman dengan mana-mana tetamu yang datang. Aku pun tak harap pun dia akan senyum kepada sesiapa. In her state like that, bersalaman tu pun dah cukup friendly dah tu.
Sepanjang aku di sana, aku membantu Yay dan Lung Norman untuk mengemas rumah sekiranya ada pihak jabatan kebajikan yang akan datang. Aku rasa memang ada pun. Ta agak famous orangnya di seluruh daerah ini.
"P'Razif balik KL Jumaat ni ke?" Sekali lagi, perbualan ini sebenarnya dalam Bahasa Thai.
"Ha'ah. Kerja, Nong."
"Faham. Sahiran mungkin minggu depan kut. Nak tengok-tengok kalau ada apa-apa yang boleh tolong lagi. Phaw pun balik Bangkok Jumaat ni dengan Mae. Jadi Sahiran rasa tak ada siapa nak tengokkan Yay."
"Bukan Yay nak ikut Lung Norman balik Bangkok ke duduk sekali dengan Mae Tiana?"
"Yalah tapi prosesnya bukan sekejap. So Sahiran tunggu Yay kejap kut kat sini."
Kalau ikutkan, aku memang nak stay di sini sahaja menemani Yay tapi aku juga ada komitmen lain di KL sana. Aku percaya yang Sahiran boleh jaga Yay di sini seorang diri.
"P'Razif masih dengan budak tu ke?"
"Budak mana?"
"Yang tu..."
"Oh, ha'ah. Kenapa?"
"Lamanya. Untunglah. Sayang betul dia kat P'Razif kan?"
"He better be for what I feel towards him." Yang ni memang aku cakap English.
Hari ketiga, basically hari terakhir di Thailand, aku mesej Haydar menyatakan yang aku bersedia untuk berborak semula. Dan juga, aku memintanya untuk mengambil aku di airport keesokkan harinya.
Tapi lama aku menunggu, dia tak reply lagi. Mungkin dia busy barangkali. Aku pun tak mahulah menganggu.
Satu notifications masuk ke telefon aku. Aku memandangnya sekilas sebelum tersenyum nipis. Bukan Haydar yang pastinya.
Fahrin VDR
Abang Razif
Hai...
Sorry for your lossRazif H.
Hai Fahrin
ThanksFahrin VDR
Ehh
Mana abg tahu ni nombor saya
Abang save eh?Razif H.
Taklah
Kan kalau pakai iphone dia keluar kt tepi tuFahrin VDR
Oh
Hahaaha
Anywy srry fr yr loss
Abg stay strong tau
Saya tau abg kuatRazif H.
Terima kasih Fahrin
Awk berlatih leklok tau
Nnti abg balik nk tgk ada improvement
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
عاطفيةCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...