Bab 29

372 42 2
                                    

Masuk saja pejabat hari Isnin itu, aku didatangi oleh Mukhriz dengan senyuman 'celaka kau pergi memantat sampai ke Sabah'.

"Morning anak setan! How's Sabah?"

"Well, I guess. Aku sempatlah snorkelling, jalan-jalan beli souvenir semua. Matter of fact..." Aku keluarkan satu bungkusan berisi kristal dari beg aku. "Here's for you."

"Thank you! Eh by the way next month, after showcase, aku nak minta cuti dua minggu. Nak balik The Hague."

"Boleh. Nanti aku bagi kau form, fill in then aku sign lepas tu kau hantar pergi HR." Aku menjawab sambil meneliti fail. "Anything I missed?"

"Hah, kau tahu kan Divisyen kita tak submit lagi Satu Divisyen Satu Sukan?"

"That shit exists lagi ke?"

"Ada. Now, every Tuesday kau kena pergi tempat training. Which happens to be today."

"Siallah! Dah tu kita sukan apa?"

"Renang. So sila bawak bontot kau pergi Pusat Akuatik ya nanti."

Aku mengeluh perlahan.

"Kau balik Ganu hari apa?"

"Aku cakap Papa aku, aku balik Jumaat petang. Naik flight je. Papa aku okey je."

"Haydar ikut tak?"

"Nope so he will handle the band for the weekend."

Mukhriz mengangguk. "Bawak balik keropok."

"Lalu lagi ke tekak Belanda kau tu nak telan?"

"Siallah!"

Hari itu pun, students aku semuanya behave. Tenang saja. Aku berikan mereka keychain Sabah yang sempat aku beli semasa di sana.

Habis sahaja kelas, aku lunch seorang diri di Kafe Divisyen Muzik. Mukhriz lunch dengan Natalie katanya kat luar. Cemburu jugalah sikit memandangkan Natalie tu ex aku kan.

Aku nampak Fahrin di kafe. Dia perasan aku ada tapi sebabkan dia dengan kawan-kawan dia, dia senyum sahaja.

Let me be frank. Haydar is the only guy I love, both physically and emotionally. Cumanya dengan Fahrin, ada satu sensation yang susah aku nak cakap.

Rehearsal petang itu, aku banyak memantau sahaja. Everything is fine to go for showcase next week. Fahrin punya vocal memang undeniably good dah. Bandmates lain pun masing-masing dah ada pace masing-masing.

"Okay guys! So far, Abang Razif memang puas hati dengan apa yang korang dah ada tapi kena ingat, kat showcase tu nanti korang bukan kena puaskan Abang je. Ramai lagi yang ada. And yeah, one of them is my father so yeah, dia akan ajak band Sym4ny sekali. Korang fikirkan jelah eh apa yang korang nak show kat dorang nanti. I don't ask for perfection but buat something impactful yang korang sendiri puas hati."

Mereka semua mengangguk-angguk.

Mukhriz pula yang memberi ucapan, "Korang semua fikir satu jelah. Showcase ni ramai akan datang. Orang-orang besar dalam muzik. Orang yang jauh lagi berpengaruh daripada kitorang dua. Jadinya, jual diri korang selaku yang boleh. Kitorang dah bagi platform, make use of it."

Mereka mengangguk sahaja.

Habis training, aku terus bergerak ke Kelab Akuatik INSEMAS. Aku dulu rajin je pergi sana masa couple dengan Nat dulu. Nat dulu memang swimmer jadi selalu je aku teman dia dulu.

Sampai di sana, aku jumpa Kak Lida, penyelia tempat tu. Sempat berbual seketika dengan dia sebelum aku pergi ke bahagian kolam. Di situlah aku...

"Hai, Abang Razif. Cari Fahrin ke?"

Aku menoleh dan memandang pemilik suara itu. Fuck!

Fahrin dengan hanya bertuala di leher dan kebasahannya tersengih kepadaku. "Chill, Fahrin gurau je."

"Hai, Fahrin. I forgot you're a swimmer."

"Oh, just dip je tadi. Baru lima minit swim nampak Abang Razif datang, tu Fahrin datang."

Aku pandang dia atas bawah. Dadanya yang bidang dan sedikit berbulu itu memang menampakkan kejantanan dia. Dengan rambut dia yang basah tu lagilah.

"Abang datang saja je nak pantau Sukan Angkat Divisyen."

"Oh laa ya ke?" Kemudian dia menarikku duduk di tepi kolam itu. "Abang nak minum air apa-apa?"

"Eh takpelah. Dah minum tadi." Kang dispike air aku tak ke naya.

"Oh ya eh?"

"Fahrin, ingat tak masa kita... masa kita..."

"Sebut jelah masa kita cium tu, bang. Bukannya Fahrin lupa." Kemudian dia memegang pipiku. "Which I don't think I can ever forget anyway pun."

"No. Benda tu takde pape pun kan? I mean, it happened accidentally kan?"

"Is it?"

"Yes. Kita..."

"Takpelah kalau Abang Razif nak kata macam tu. Fahrin terima je. Cumanya satu je yang Fahrin mintak. Abang tolong jangan benci Fahrin eh." Dia memegang tanganku terus.

"Fahrin, I've got to go." Aku terus menepis tangannya dan terus bangun meninggalkan dia.

Kenapa aku rasa macam setiap benda yang aku buat sekarang, mesti ada budak psiko ni?! Aku takut dan paranoid tahu tak?!

Siallah!
--------

Guruh puting beliung nak mai!!!

Also jangan lupa baca Rafael ya!!!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now