Setibanya di pejabat, semua orang memerhatikan aku directly. Kau tahu macam mana kau rasa bila kau masuk lecture lambat and the whole lecture hall pandang kau macam kau baru bunuh mak bapak dorang, yes that type of look.
Aku masuk ke bilik aku saja, aku nampak dari tingkap mereka mula berbicara sesama sendiri sambil memandang ke arah aku. Katalah akak sekalian apa nak kata.
Seorang daripada pekerja am pejabat, Kak Mar, mengetuk pintu aku dan masuk ke biliknya.
"Sihat kau, dik?"
"Sihat ke, Kak."
"Ni akak ada bawakkan nasi dagang untuk kau. Kutlah kau rindu nak balik Ganu kan?"
"Memang rindu pun, Kak. Akak masak ke ni?"
"Haa dah tu? Kau rasalah nanti kau cakap sedap ke tak."
"Okey, Kak."
"Ini, Razif..." Kak Mar membuat gaya tangan mengajak bergosip. "Pasal kes kau semalam tu, kau tak payah fikir sangatlah. Aku kenal kau daripada mak bapak kau lagi. Ya, memang orang samakan kau dengan bapak kau tapi betullah..."
"Maksud Akak?"
"Dua-dua berbakat. Dua-dua ada kaliber. Kalau kita asyik pandang buruk satu perkara je, sampai bila bangsa kita nak maju, dik?"
Aku ketawa mendengarnya. Harsh yet the truth.
"Dah, tak payah fikir sangat."
"Macam mana tak fikir, Kak? Macam-macam boleh jadi dengan keadaan macam ni."
"Betullah tu tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak, Razif. Akak nak, walau apa keputusan Lembaga Pengarah untuk kes kau ni, kau kena berlapang dada. Bertanggungjawab atas kesilapan sendiri. Itu bezanya kesalahan dengan kesilapan. Kesalahan tu kau buat sengaja tapi kesilapan, kau buat tak sengaja. Tak ada siapa nak susah, Razif."
Aku senyum saja mendengarnya.
"Apapun, kirim salam Akak kat Papa kamu ya. Jarang benar dah nak datang sini arkitek seorang tu."
Aku gelakkan sahaja lelucon Kak Mar itu.
Selepas dia pergi, aku mula menjamah juadah yang diberikannya. Memang sedap wey. Nyaris tak terkeluar loghat Ganu aku. Okey tak tipu. I can't cakak Ganu for shit.
Habis makan, aku pergi ke kelas untuk mengajar. Kelas budak second year. Okay seems like things are going well.
Cuma you know, even as a victim of a sexual offense, kau still will get stink eye from most people. Imagine this, aku Koordinator Divisyen, to which one that the students have to respect yet aku masih dapat pandangan jijik. I know respect have to be earned but bitch!?
Habis kelas, it's already lunch time and aku nampak Fahrin sedang makan di kafe Divisyen bersama kawannya, Taqee. Mereka juga nampaknya sedang serius membincangkan sesuatu sesama mereka.
Aku beli Mango Smoothie saja sebelum kembali pulang ke pejabat aku. Kenapalah aku kena tunggu office hour baru boleh balik yih aku capek miska!
Tak lama selepas itu, aku dipanggil oleh office boy Unit Disiplin untuk pergi ke Unit HEP. Celaka, INSEMAS can be really fast when comes to dealing with this kind of issue rather than students' welfare. Jaga imejlah sangat!
Semasa aku berjalan ke sana, takdir pertemukan aku dengan Fahrin. Tiada komunikasi antara kami berdua walau kami berdua banyak perkara yang ingin diluahkan kepada satu sama lain. Mungkin tunggu nanti sahaja.
Sampai di sana, Mukhriz juga sudah sial I mean siap menunggu di situ. Dia masih sial anyway.
Pengarah HEP, Dato' Suzita Osman, greet aku dan Fahrin dengan hormat. Aku rasa, selepas Encik Hazizi masa aku dulu, inilah kali pertama HEP dapat pengarah yang actually more lenient. Kalau tak sebelum ni macam Nurse Ratched.
"Sebelum saya mulakan, saya nak awak berdua tahu yang kes ini sangat rumit dan INSEMAS sangat memandang serius ini. Kita bukan sekadar bercakap mengenai imej Divisyen tapi juga tentang sahsiah dan morale diri kita sebagai manusia. Saya harap awak berdua sudah muhasabah diri dan hopefully dah jadi the better person."
Fahrin mengangguk sahaja.
"Fahrin..." Dato' Suzita memanggil lembut namanya. "I spoke to Jacinda earlier today and discussed regarding this issue with her. Too bad sekarang dia di New Zealand with your dad for business issues so she asked your brother to represent her today. Jacinda is my friend and to hear her crying wasn't really a music to my ears."
Aku nampak mata Fahrin mulai berkaca.
Dato' Suzita kemudiannya memandang ke arah aku. "Razif, your dad is one of the greatest talent INSEMAS ever had and no lesser of you as well as anak dia. Too bad you are too similar with your father that sejarah berulang semula. Also, I tak call your dad because I believe, that would only relive his trauma. Actually, you are not only resemble your dad, you have the Razif Kamal's vibe. Of course, he was my ex before he met Sari."
Aku anggukkan sahaja. "Thank you, Dato' sebab tak bagitau Papa."
"My pleasure. Okay, look..." Dia membetulkan cermin matanya sebelum kembali fokus pada kami berdua. "You see, actually I takde issues with one's sexuality. I know how innate it is and it is as well someone's private life. Cumanya when things are getting out of control or should I call it, despicable macam ni, I believe I should meddle in sebab if tak, I believe more parties will be involved."
Aku dan Fahrin mengangguk.
"So..." Dato' Suzita mengambil nafas dalam. "Razif, you may stay in position as Koordinator Divisyen Muzik. We believe someone as talented as you shall not be wasted."
Aku menghela nafas lega.
Cumanya, nafas legaku kembali berombak apabila wanita berambut perang muda itu memandang Fahrin dengan pandangan helpless. This will not turn out good.
"Fahrin, it's not that you are not talented but INSEMAS really can't tolerate with such antics from you. Kita tak nak condone such actions by giving you the benefit of doubt for this issue. So, Fahrin Van Der Roerke, you are hereby expelled from INSEMAS commenced today."
Fahrin terus menunduk ke lantai dan aku mendengar tangisan kedengaran darinya. Mukhriz cuba untuk menenangkan dia tapi kemudiannya ditepis kasar oleh Fahrin.
"Puas hati kau sekarang, Mukhriz!? Puas dah ke hati kau!?" Fahrin berteriak tanpa mempedulikan lagi kami di dalam bilik itu. "Aku benci kau!"
Aku tak boleh. Aku tak boleh macam ni. Aku tak boleh tengok Fahrin dalam keadaan begitu. Aku teringat kata-kata Kak Mar tadi.
"Dato', ini tahun akhir Fahrin kat sini."
"I know, Razif. But a disciplinary action is still considered a disciplinary action."
Aku kemudiannya menghela nafas dalam-dalam. "Macam nilah, if betul benda ni akan berkait rapat dengan imej Divisyen, fine. I'll take the blame and please, batalkan the expulsion."
"Maksud awak?"
"Keep Fahrin here. Biar saya resign. 24-hours notice."
With that, tiga pasang mata terus terbeliak memandangku.
___________________________Sorry lambat update guys! I got busy yesterday ehek!
50 votes ayoh! Also yeah, Razif's decision pada korang dumb ke tak actually hehe...
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...