Bab 39

307 57 16
                                    

Pagi itu, habis saja kelas, aku memutuskan untuk balik ke rumah Papa untuk mengambil kereta aku. Ibu Reen sempat tapaukan aku lauk sebagai makan tengahari. Kononnya untuk aku dan Haydar. Papa pula, sampai dari Terengganu malam tadi, hari ni dah ke site.

"Razif dah break, Ibu."

"Laa, kenapa pulak ni?"

"Adalah benda jadi."

"Dah try to talk it out?"

Aku menggeleng. "Macam dah lambat je kalau nak talk it out."

"Razif, Ibu dengan Papa pun selalu argue jugak. And it's completely okay. The worst thing is bila both parties dah done with arguments and fighting. Maknanya korang dah done dengan each other."

Mungkin ya. Aku dah penat bergaduh semua ni. Aku dah malas nak argue dengan Haydar. Nak argue apa dengan orang yang dah lempang kita?

"Ibu cakap je. Pandai-pandailah Razif fikir eh?"

"Yalah, Ibu. Kirim salam Papa."

Kemudiannya aku memandu ke loft aku dan Haydar. Kunci aku masih simpan jadinya bolehlah aku nak ambil barang aku mana yang ada.

Sampai di loft itu, Haydar tiada di rumah. Boleh jadi dia keluar dengan Filzah ketika itu.

Aku ambil kotak yang ada lalu mula menyimpan mana-mana barang aku yang aku rasakan crucial untuk disimpan. Nostalgia mula mengusik satu persatu.

Aku ambil satu frame gambar aku dan Haydar. Gambar yang diambil ketika kami pergi ke Bangkok tahun lepas untuk bercuti. Double vacation actually. Aku, Haydar, Danny dan Manuk.

Dalam gambar itu, nampak kami bahagia. Aku peluk Haydar bukan main rapat lagi. How fast time flies and how easy hati kita manusia ni bertukar-tukar.

Jujurnya, I bear no regrets towards what happened. Ya, aku ada lagi harapan agar things might be better tapi under what cost lagi?

Dia yang nak aku dulu. Dia yang aku sanggup buka hati dulu.

Dan dia jugalah yang end up merosakkan semuanya. Hanya dengan satu tamparan.

While that tamparan might sounds or looks small to most of korang tapi aku harap korang sedar satu benda. Papa aku tak pernah sentuh muka aku in that demeaning way. Also, masa dia tunggu aku takde pulak nak tampar aku bagai.

Air mata aku menitis pada gambar itu. Malas nak melayan emosi, aku letakkan semula gambar itu di meja sebelum sambung mengemas.

Seusai semuanya, aku masuk ke tandas untuk buang air sebelum membuat keputusan untuk kembali ke INSEMAS. Ketika aku di bilik air itulah, aku perasan bunyi pintu utama dibuka dan aku dengar suara Haydar dan Filzah berbual.

Dah sampai bawa ke rumah kau?

Aku bersemuka dengan mereka. Aku pandang Haydar tepat sebelum memandang Filzah. Mereka berdua pandang aku seakan terkejut.

"I put the key on the table. Just dropped by to pick up some stuffs."

"Razif, I apologise for what happened. It's not what you think." Filzah, dengan fakenya cuba memujuk aku. "I can help Haydar to explain."

"Kau buat part-time jadi spokesperson dia ke? Also, ini relationship dia? Kenapa dia kena suruh kau yang orang luar pulak meddle in?"

"Razif..." Haydar cuba memegang tanganku. "Please..."

"Please apa lagi? Belum apa-apa kau dah bawak dia balik rumah ni? Aku ni apa, Haydar?"

"Kau masih boyfriend aku, Razif. Aku tahu aku tak patut tumbuk..."

"Stop with all that 'tak patut', Haydar. Own up to your mistake. Salah kau satu je. All this while, you were pretending. Kau bukan Haydar yang aku fell in love dulu. Aku minta kau satu je. Satu benda je..." Aku mengerling ke arah Filzah. "Dan kau tahu benda tu."

Dia mengangguk.

"Then kenapa buat? Sebab kononnya aku pun buat. Yes, I did. Finelah. Kita dua sama je. I won't blame you solely."

Dia diam lagi.

"Takpelah, Haydar. Ada jodoh kita lagi untuk bersama, aku takkan berhenti sayangkan kau pun."

"Kenapa kau nak salahkan dia seorang? Kau pun ada affair jugak dengan Fahrin tu?" Betina ni masuk campur yal!

"Excuse me? Kau siapa eh dengan dia? Setahu aku, Haydar sukakan lelaki completely. Kau nak apa lagi?"

"Sudahlah, Filzah. Biarkanlah dia pergi..." Kemudian dia menghadap. "Takpe. Aku lepaskan kau sebab kau yang tentukan."

Aku smirk sebelum mengangkat kotak itu seraya keluar dari rumah itu.

Semasa aku hendak menekan lif, aku nampak kelibat Filzah mengejar dari rumah. Aku tahu whatever she is going to say, it's fake.

Kebetulannya, aku masuk ke dalam lif serentak dengan dia. Terpaksalah aku menghadap dia lagi.

"Well, seems like I win the game."

Aku chuckle. "You don't win, Filzah. Aku tarik diri."

"What's the different? Means kau cowardlah kan?"

"Why would I play when I know my opponent is already playing dirty? Biarlah aku undur dengan pride rather than kau yang menang tapi dalam hati kau tu... tak payah cakaplah."

"Maksud kau?"

"Sungguh kau dapat dia pun, bahagia ke kau? Kau bina kebahagiaan kau dengan dia dengan air mata aku."

Dia diam. Lif pun sampai di tingkat parking. Aku melangkah keluar.

"Kau cakap macam tu sebab nak sakitkan hati aku je kan?" Dia mengejar aku lagi.

Aku menoleh. "Why would I? Ingat hati aku busuk macam kau. Takpelah, you can have him. Cumanya, kalau someday nanti, time kau tengah happy-happy dengan dia, be it genuine or not, aku harap kau sedar satu benda."

"And what is it?" Dia menyilang tangan di dada.

"Kau dapat semua tu sebab aku buat keputusan untuk mengalah. Kau doa jugalah perasaan aku yang dah redha ni stay the same. Because you know what..."

"What?" Angkuh lagi tu.

"How the saying goes, jangan kejut harimau yang tengah tidur. If I choose to fight back, you won't stand a chance, bitch! ช้างสารเหาข้าเก่าเมียกอย่าได้ไว้ใจนัก! (Never trust a sleeping dog)."

Dengan senyuman, aku pergi meninggalkan dia di situ lalu masuk ke dalam kereta. Aku mula memandu kembali ke INSEMAS. Sempat aku singgah McD Drive-Thru kerana perut aku memang dah kebulur gila time tu.

Setibanya di parkir kereta INSEMAS, aku tak terus turun. Sebaliknya aku keluarkan gambar Haydar yang ada di dalam wallet.

Sekali lagi hatiku tersentuh. Deep inside, aku masih tak berjaya memindahkan perasaan itu kepada Fahrin, despite how deserving he is.

Call me a slut or whatever. Aku masih percaya ada harapan untuk aku dan Haydar. Jujurnya, aku nantikan keajaiban. Cuma dengan Fahrin ini pun, turut aku letakkan harapan dan keajaiban.

Which one comes first sebab sekarang, aku nak dulukan diri aku dulu. To be honest, aku capek Miska!
-----------------

I believe kita semua pernah dalam posisi Razif. In a vulnerable state with someone then comes a saviour. Cumanya, the choices. Itu yang susah.

If korang, yalls pilih siapa? Tapi jangan risau, whatever happens to the characters, I promise happy ending!

Keep the votes coming yalls!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now