"Sayang, bangunlah. Dah pukul berapa dah ni?"
Aku membuka mata dan hampir aku tertumbuk muka Haydar ketika itu. Mujurlah tak kena. Kalau tak mahu jatuh insurans pakwe aku seorang ni nanti.
"I don't know, what time?"
"Dah pukul lapan dah. Aku dah mandi dah. Tunggu kau pulak."
"Oh, lapan dah eh? Kau bangun awal nak pergi mana?"
"Hoi, suka hati akulah nak pergi mana pun. Kau tu bangun dulu."
"Tapi..." Aku bangun dan memisat mata sebelum pandanganku kembali cerah. Aku melihat dia sudah siap berseluar trek dan berbaju sukan. "Ni Sabtu kan?"
"Mulut mana yang kata nak jogging pagi ni? Isn't that yours?"
"Alaa aku dah kurus kan? Malam tadi tu rhetorical statement je. Bukan serius pun."
"Banyaklah kau punya rhetorical statement. Bangunlah, Sayang. At least cook me something. Tak payah pergi jogging pun takpe."
"Haydar, apa kata kita jogging atas katil je? Lagi senang kan?" Aku mengekspresikan muka gatal kepadanya sebelum kening dijongket.
"Malas! Dah, pergi bangun!"
Sudah tiga bulan kami tinggal bersama di dalam loft ini. Tingkat bawah hanya ada ruang tamu dan satu sudut dimana Haydar meletakkan musical instrument yang kami ada berserta tandas dan ruang dapur. Di tingkat atas pula memang solely bilik kami berdua saja. Tak tahu rupa loft macam mana, google sendiri.
"Kau nak breakfast apa?" Aku bertanya kepada dia.
"Ada paratha dalam fridge kan? Kau panaskan then buat sambal bilis cukuplah kut."
"Okey."
Haydar pun turun dan berjogging di taman bawah kondominium kami tinggal ni. Tinggallah aku seorang yang masak di dapur. Aku keluarkan bawang dan basuh ikan bilis sebelum aku tumis bawang tadi bersama dengan cili giling yang dibuat oleh mak tiri aku homemade.
Aku masukkan ikan bilis sebelum aku gaul sebati di dalam kuali itu. Selepas aku masukkan ke dalam pinggan, aku ambil pan sebelum aku panaskannya. Aku ambil pula empat keping roti paratha di dalam peti ais dan aku panaskan di atas pan itu.
Sebulan sudah aku menjadi KD, banyak juga perkara sudah berubah. Cumanya sekarang ni aku rasa nak cekik si Romeo.
Beberapa hari lepas, di dalam pejabat aku, aku sedang minum pagi bersama dengan dia. Secawan kopi putih untuk aku dan kopi sehitam hati dia untuk dia.
"Razif, kau tahu kan kita ni dah lama bersahabat kan?"
"Ya dan kalau kau nak pinjam duit sebab kau nak kahwin dengan Kemboja, aku ketuk kepala kau."
"Taklah. And kau tahu kan yang how honoured I feel dilantik as kau punya TKD kan? Seronok kut dapat pegang position ni."
"Kau boleh tak cut short je apa yang kau nak cakap? Penatlah sial aku nak dengar."
"Hmm boleh tak kalau kau cari orang lain untuk gantikan aku. Bukan apa, dengan aku nak kahwin dah ni. Banyak benda aku kena pandang so aku takut kalau aku..."
Back to the present, lebih kurang itulah ceritanya.
Minggu depan si bodoh tu akan berkahwin dan aku masih tak ada pengganti untuk posisinya itu. Boleh saja kalau aku nak anbil Kemboja but what's the point?! Obviously Kemboja tu pun sama busy dengan si Romeo ni nanti. Nak ambik Manuk pulak, dia makin busy dengan modelling dia and can say dia semakin atau mungkin terlebih bahagia dengan Danny tu. Aku harap dia bahagia, either way.
Haydar pulang ketika aku sedang mandi. Ya aku masak sebelum mandi so what? Dia yang menghidangkan kesemuanya sebelum dia menukar pakaiannya yang sudah basah dengan peluh tadi tu. Siap bancuhkan Milo lagi.
"Sayang, nak tanya?" Haydar memulakan bicaranya ketika kami hendak makan.
"Sure apa dia?"
"Kau dah jumpa ke siapa nak gantikan tempat Romeo tu?"
"Not yet. Kau jelah, Haydar. Senang kita nak kerja together."
"Interesting but I don't think we should be partners professionally jugak. Not that aku tak nak or what, cumanya, I'm afraid of the unwanted circumstances. It's better kalau kau cari orang lain."
"Tapi, if we can live together then mesti kita boleh kerja together kan?"
"Sayang..." Dia meraih tangan aku. "Working a relationship and working in a professional sector are two different things. Aku tak nak nanti things went south if we choose that way. So let's play safe by don't do it, okay."
"Hmm, yelah."
Aku ada juga minta khidmat nasihat Papa untuk mencari siapa bakal pengganti Romeo. Aku juga ada suruh si Romeo tu sendiri yang cari siapa yang sanggup menggantikan tempat dia tu. Tapi korang tau jelah Romeo macam mana kan?
"Sayang, why don't you just schedule an interview? In a way, it might help. Find a new face to work together."
"So kau memang tak nak dengan akulah ni?"
"Razif..."
"Takdelah, I just want to senangkan keadaan. Imagine both of us working together. Mesti akan senang banyak benda kan?"
"Just because it is easy, doesn't mean it's good. Sayang, it's for your own sake eh?"
"Kau takkan menyesal?"
Dia menggeleng.
"So, how's your lavel. Doing good so far?"
"Good tu good jugaklah. Cumanya, kitorang takde artist manager lagi. So far just me and my friend je yang handle semuanya. So, it's kinda tiring jugaklah for both of us."
"Yang kau janji nak jumpa Abang Mandar tu? Bila janjinya tu?"
"Sebenarnya aku pun tak sure. Dia ada bagi date suruh pilih tapi aku tak decide lagi kat dia."
"Oh, bila kau nak confirmkan tu. Dia sejak ada anak ni bukan main lagi busy. Aku nak jumpa pun payah."
"Tulah kan. So kan Razif..." Haydar memegang tangan aku sebelum membuat mata comelnya. "Jom adopt baby nak tak?"
"Kau gila?! Kita ni pun tak tentu lagi hidup kau nak tambah lagi budak. Ni haa rumah ni pun kecik. Tak convenient kalau kita nak ambik anak angkat tau."
"Ala apa salahnya. Nanti ada rezeki lebih kita pindahlah rumah lain."
"Wah senangnya cakap..."
"It's okay to plan kan?"
"Hmm tengoklah macam mana. Nanti aku fikir balik."
"Okey, Sayang..."
Kami berdua sambung makan. Ada juga aku suap dia sedikit sebab korang tahu sajalah Haydar ni macam mana kan? Manja dia terlebih sikit I mean sangat sepanjang masa.
"Appointment Sayang dengan dentist bila?" Haydar bersuara lagi.
"Oh, Isnin. Drive me can ah?"
"Boleh. You are cuter with braces, you know."
"I hate it, okay."
"Still cute."
Aku tersenyum dan aku rasa pipi aku memerah. Malunyeewwwww!
"I love you..." Dia mengungkapkannya.
"Love you too..."
--------------First of all, no voting system (so far) but jangan minta update ya. I write when I want.
And yeah, the couple are back but remind you that this is no more romcom. Storyline akan intense sikit hehehe.
Anyway, stay tuned ya...
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...