Pulang menghantar Razif ke airport, aku pergi ke INSEMAS semula. Aku perlu assist Mukhriz dengan band. Kesian pula budak tu nanti.
"Baby!!! Rindu kat kau!" Ya, anak-anak. That's how Mukhriz greet aku.
"Atototo... windu kat kau jugak omo omo."
"Siallah! Dia meletakkan polisterin makanannya di hadapanku. Kemudian matanya memandang keliling studio. "Mana yang lain?"
"Mana apanya? Pukul tiga kan start hari ni. Sekarang baru dua empat lima."
"Dah tu? Awal kau sampai ni?"
"Aku pishang lepak kafe tu, so aku datang jelah sini pasang aircond semua."
"Bagusnya suami KD yang seorang ni."
"Babi loe!"
Tidak lama selepas itu, semua peserta band yang lain masuk ke dalam studio itu, termasuklah Fahrin. Melihatkan dia, aku memandangnya bersilih-ganti dengan Mukhriz. Yeah, dorang memang takde iras langsung.
Fahrin nampak ramah dengan aku. Tapi dari dulu pun, dia memang rapat je dengan aku. Takde pun sombong mana.
Dan ketika dia menukar bajunya di dalam studio itu, aku mula rasa insecure sedikit. Unlike aku, dia memang nampak fit as fuck. Macam aku kata, lain dengan Mukhriz. Aku pun dahlah dalam masa tiga tahun ni memang nak berisi sikit. Nasib baik belum bambam lgi.
"Sahabatku, Razif Haydar. Datin Jacinta ajak makan rumah kejap lagi."
"Jauhnya nak pergi sana tu." Ya, Janda Baik tu jauh ya.
"Ala, dia dah masak banyak tu. Datang jelah."
Aku iyakan sahaja. Tak lama selepas itu, aku nampak Filzah masuk ke dalam studio. Eh, kenapa dia ada sini?"
"Oh, Filzah ada hari ni. Dia nak ajak budak bass." Baru Mukhriz menerangkan kepadaku.
"Hai, Fil." Aku menegur dia.
"Haiii! I bawak Krispy Kremw for your band. Nanti distributelah. So, mana bassist girl tu?"
Mukhriz menunjukkan ke arahnya sebelum Filzah pergi ke pelajar itu.
Aku dan Mukhriz memandang gerak lincah Filzah itu sebelum saling berpandangan.
"Dude, you loses her." Mukhriz membuka bicara.
"I'm not into girls. What can I say?"
"Hmm yelah tu. Tapi kalau Razif tu jadi boyfriend aku pun, aku tak pandang perempuan dah."
"Haa, puji tu jangan lebih-lebih sangat. Dia pakwe aku."
"Pakwe apa ni?" Fahrin muncul di belakang kami. "Hai..."
"Woi, kau buat apa sini? Pergilah hafal lirik sana." Mukhriz memarahi adiknya.
"Dah hafallah. Give me a breaklah kejap."
"Takpelah, Mukh. Dia dah hafal semua lagu dah. Rendition dia pun okey. Biar Razif jelah settlekan."
Mukhriz sempat menjeling adiknya itu.
Tamat rehearsal, Mukhriz memanggil Filzah menyertai perbualan kami.
"Fil, jom dinner rumah aku." Mukhriz memelawa.
"I'm sorry Mukh but I don't think I can..."
"Filzah, you know Datin Jacinta right?"
Filzah ketawa. "Fine. I'll go."
This shouldn't be harmful kan?
Dan malam itu, aku dinnerlah di rumah keluarga Van Der Roerke. Betul kata Mukhriz. Mak dia masak macam nak buat kenduri kahwin. Aku tak tipu. Daging masak hitam dengan ayam masak merah dengan jelatah dia lagi. Kenduri kahwin siapa ni?
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...