Bab 59

312 64 17
                                    

Again, semua perbualan dalam chapter ini telah dialih bahasa dari Bahasa Thai
__________________

Aku sempat buka IG setelah selesai mengemas kedai makan Lung Norman pada malam itu. Mujurlah seharian ini juga Wen sudi membantu jadi taklah penat sangat kalau nak diikutkan. Sahiran ambik order, Wen bussing table, aku buat air and Lung Norman masak kat dapur. Cukup semua orang ada kerja.

"Terima kasih, Wen. Nanti duit upah kamu Lung bagi esok ya. Nak keluar duit kat bank dulu."

"Tak apalah, Lung. Lagipun saya bosan di rumah. Alang-alang Razif ajak teman dia sekali, apa salahnya kan?"

Aku yang sedang mengemas seksyen aku hanya mampu tersenyum sahaja. Malam ini agak panas jadi aku kemas seksyen aku dengan hanya bersinglet sahaja. Best believe mata Wen memang banyak kali mengerling ke arah aku.

Aku juga perasan hari ini Sahiran tak banyak cakap. Dan aku juga perasan jika dia pandang Wen, kemudiannya dia akan pandang aku. Seolah-olah tahu apa yang sedang berlaku antara kami berdua.

Aku dan Wen, aku made it clear to her yang aku perlukan masa sekiranya aku nak end it dengan Haydar for good, move to Thailand also for good and maybe start a new leaf with her. I mean, Malaysia terlalu hurtful untuk aku stay sana lama-lama. Lepas satu, satu masalah sampai.

"Hai, Razif. Lepas ni awak nak terus balik ke?" Wen datang ke arah aku seraya bertanya.

"Mungkin. Penatlah hari ni."

"Oh, saya baru nak ajak awak pergi makan burger dulu ke."

"Mungkin esok kut, Wen. Saya penat sangat rasanya."

"Tak apa, saya faham. Tapi kalau saya nak balik jalan kaki dengan awak tak salah kan?"

Aku anggukkan saja. Lagipun, Sahiran confirm naik motor dengan ayah dia jadi apa salahnya kalau aku jalan berdua dengan dia. After all, this is Thailand. No one cares.

Semasa berjalan pulanh pun, tak banyak yang kami borakkan. Aku tahu Wen masih menantikan jawapan untuk soalannya dua malam lepas.

"Jadi kekasih aku, Razif?"

Aku memintanya untuk berikan aku tempoh untuk berfikir tentangnya dulu. Bukannya apa. Aku tak mahu buat repulsive decision lagi. Cukuplah aku dah kecewakan Fahrin dulu. Tak nak aku sakitkan hati orang lagi. Lagipun aku dah kenal Wen tu lama. Technically, dia first kiss aku masa umur aku 13 tahun and the first girl to ever touch my dick at 14 years old. Okey, jujurnya teruna aku hilang masa form five dengan Nasha but let's not talk about it now, okay!

Ketika sudah hampir hendak sampai di rumahnya, dia berpaling memandang aku sebelum memegang tanganku lembut. Aku pula biarkan saja tanpa melawan.

"Razif, kalau awak tak nak, saya faham sangat. Saya faham yang hati awak tengah menunggu seseorang. Jangan dera perasaan dia lagi."

"Macam mana awak tahu kalau saya dera perasaan dia?"

"Macam mana awak dera apa saya rasa sekarang, samalah tu, Razif. Cumanya, saya ni kejarkan benda yang tak pasti manakala orang yang tengah tunggu awak tu, tengah tunggu awak balik pada dia."

"Awak jangan cakap macam tu, Wen. Saya cuma tak nak sesiapa terluka saja dengan apa yang saya tentukan nanti."

"Dan nak biarkan diri awak yang terluka?" Ketika dia mengucapkan ini, kami sudah pun di hadapan rumahnya. "Saya tahu awak nak masa sebab awak nak lupakan dia. Saya tak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu untuk awak beri keputusan dan sebelum saya terluka dan bencikan awak, baik saya tarik diri dulu. Sekurang-kurangnya saya berundur rela dalam keadaan saya masih sayangkan awak, bukannya terpaksa dan dalam keadaan saya bencikan awak."

"Maafkan saya, Wen."

"Tak perlu pun. Awak kena maafkan diri awak dan kembali pada dia. Beruntungnya dia dapat awak, Razif..." Dia kemudian mengambil dua langkah menjauh daripada aku. "Jumpa lagi, Razif."

"Jumpa lagi, Wen..."

Aku berjalan pulang sendirian. Langkah yang aku ambil sangatlah perlahan kerana aku masih tak rasa hendak balik ke rumah. Aku pandang bintang di langit dan bulan yang setia saja berteman. Seakan terbayang wajah Haydar di langit malam itu.

Jujurnya aku memang rindukan Haydar. Rindu sangat. Aku ada tinggalkan breadcrumbs padanya di IG story dan aku harapkan dia faham hint yang aku berikan itu.

After all, ke mana saja aku nak lari? Aku bukannya ada tempat nak lari sangat selain di sini pun. Ke mana lagi aku nak menyorok pun?

Aku ada tanya pada Danny dan Manuk tentang Haydar. Lega hati aku apabila respons yang aku terima kesemuanya menenangkan. Tak ada yang serius pun tentang kemalangan itu. Lega weh masa dengar tu.

Sampai saja di rumah, aku nampak Sahiran sedang menjemur pakaian di ampaian luar rumah. Melihat aku, dia memanggil aku untuk berbual dengannya. Aku tahu topiknya apa.

"Phi, nak tanya..."

"Wen?"

"Ya. Phi janganlah mainkan perasaan dia. Dia dahlah memang sukakan Phi. Kalau Phi layankan dia and then balik pada Phi Haydar (The way dia sebut Haydar jadi Haidan), Phi hanya akan sakitkan hati dia dan Phi Haydar. Kejamlah Phi kalau buat macam tu."

"Phi tahu tu, Nong. Tapi Phi pun tak tahu apa nak buat."

"Bodoh ke? Baliklah kat Phi Haydar balik. Kenapa korang eh? Kalau bergaduh je nak lari? Kalau lari tu boleh selesai masalah ke?" Sumpah aku lupa kejap Sahiran ni adik saudara aku.

"Habis tu Nong nak Phi buat apa?"

"Telefonlah Phi Haydar! Bagitau dia Phi dah sedia nak balik pada dia!"

"Tapi kalau dia..."

"INGAT PHI HAYDAR TU TAK JIWA KACAU MACAM PHI SEKARANG KE? Percayalah cakap Nong. Kalau Phi telefon, terus boleh selesai masalah."

Mendengarkan itu, aku terus keluarkan handphone aku dan terus WhatsApp Call Haydar. Sayangnya panggilan aku itu satu pun tak terjawab. Lima kali aku call, semuanya 'calling' sahaja. Takkan dia off data kut?

Hati aku mula diterpa rasa tak sedap. Kenapa Haydar jadi macam ni? Haa tulah Razif Haydar anak Pakcik Fakhrul. Siapa suruh bodoh sangat kan dah mendapat sendu seorang diri.

Baru hendak mendail sekali lagi, aku mendapat panggilan dari Qiqi. Haydar kut?

Aku pun jawablah panggilan itu. Dan mula di situ, perbualan bukan lagi dalam Bahasa Thai.

"Hello, Abang Razif..."

"Hello, Qiqi! Abang Haydar mana? Kenapa Abang call Acik tak dapat?"

"Hmm sebenarnya, macam mana Qiqi nak cakap eh?" Nadanya semacam di situ.

"Qiqi, kenapa cakap macam ni?"

"Sebenarnya, Acik... Acik... accident dengan Filzah..."

"ACCIDENT DENGAN FILZAH!? APA SUNDAL TU BUAT DENGAN PAKWE AKU!?" Takkan Haydar tak serik lagi?

"Well, Filzah meninggal kat tempat kejadian cumanya Abang Haydar... Acik... kaki Acik hancur and maybe kena amputate..."

Mendengarkan itu, mataku terus gelap. Dunia terasakan berpusing.

"If anything, Abang maafkan Acik eh. Dia sayang sangat kat Abang."

"Abang pun sayangkan dia, Qiqi..."

"Apa-apa nanti, Qiqi inform lain eh. Abang jaga diri tau."

Aku matikan panggilan sebelum aku rasa kemudiannya aku yang pengsan.
______________

Next chapter akan beritahu what the hell happened to both of them so yeah dah nak habis dah cerita ni. Cuba teka agaknya apa yang jadi?

Vote lelaju ya ehek! Malas nak letsk numbers tapi you know the drills!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now