Aku mengelap darah di mukanya sebelum aku menampal plaster di bawah bibirnya. Dia mengaduh perlahan ketika aku meletakkannya.
"Sorry kalau sakit sikit."
"Takpe, Fahrin kan kuat." Dia sempat lagi berlelucon.
Mereka yang lain sedang berlatih dengan Mukhriz. Tinggallah aku dan Fahrin sahaja di pentas.
"Fahrin, you don't have to protect me always. Masalah tu antara kami berdua."
"I'll do everything for you. Kan Fahrin dah janji nak jaga Abang."
Mendengarkan itu, aku semacam tenang.
Latihan diteruskan seperti biasa. Semasa break, sempat aku pergi ke arah Mukhriz.
"On behalf of Haydar, aku minta maaf dia tumbuk adik kau:"
"Yang patut minta maaf tu dia, bukan kau."
Aku senyum mengiyakannya.
"Betullah apa Fahrin tu cakap. Kenapa dia nak kena belasah adik aku tu kalau dia tu betul? Patutnya dia belasah kaulah."
"Sial aku yang kena!"
"All jokes aside, aku geram dengan Filzah tu. Aku tahu dia memang punca benda ni jugak."
"Macam mana kau tahu?"
"Memang aku taulah. Mustahil sangatlah kalau dia tak terlibat. Haydar tu, dari sekolah memang iyakan saja Filzah tu. Tu sampai naik lemak perempuan tu."
"Seriuslah?! Tapi dah sampai tahap bodohlah jugak. Belajar tinggi-tinggi tapi otak takde. Elok jugalah kau dengan adik aku tu. Merasakan dia tu sikit."
Aku senyum sedikit. Aku pandang Mukhriz yang masih menahan sakit sambil membaca not muzik. Rasa kasihan bertandang.
Kemudian aku seakan terbayang Haydar di sebelahnya. Bayangan itu memandang aku sambil tersenyum. Aku rindu senyuman itu yang dulu.
One thing for sure, I still can't unlove him.
Aku tak tahu if aku ada actually cuba untuk unlove dia tapi aku tak rasa aku pernah. Aku tak sampai hati lagi nak melupakan dia.
Semasa kami hendak pulang, Fahrin bertanya kalau nak terus pulang ke rumah atau ke tempat lain dulu. Aku masih terlalu penat untuk berfungsi jadi aku decide nak pulang sahaja.
Semasa dia memandu, aku pegang pehanya lembut. Tangannya aku raih sebelum aku cium. Wajahnya aku pandang sekilas.
Setakat ini, masih tiada siapa yang tahu tentang aku dan Fahrin. Pasal aku break up tu, aku ada beritahu Manuk dan Joni. Aku tak pasti samada dorang dah cerita kat yang lain ke belum.
Sampai di rumah, Fahrin memelukku dari belakang sebelum sempat aku berbuat apa-apa. Kemudian aku mendengar dia ada ketawa sedikit.
"Kenapa ni, Fahrin?"
"Takde apa. Saja nak peluk boyfriend Fahrin."
"Peluk jelah. Tak halang pun."
Dia kemudian menarikku ke katil. Bibirnya masih lagi berplaster. Pipinya juga ada sedikit kesan lebam.
"Fahrin dah tak handsome."
"Kenapa pulak?"
"Yalah. Ex Abang dah tumbuk Fahrin. Tumbuklah tempat lain. Ini kat situ jugak. Jatuh saham Fahrin."
Aku ketawa sahaja. Kemudian aku memicit sedikit otot bahunya dan lengannya.
"Nak ke?"
"Memang nak Abang sebab tu je ke?" Aku sedikit annoyed.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...