"Sayang..."
"Haydar..." Aku membuka mata dan melihat dia ada di sebelah aku. Tangannya elok memegang tanganku. "Haydar..."
"Razif, aku... aku minta maaf eh."
Tanganku digenggamnya kuat lagi.
"Haydar, aku rindu kau..." Aku mengucapkannya.
"Aku tahu." Dia mengusap dahiku lembut. "Aku pun rindu kau."
Aku tersenyum. Tangannya aku letakkan di pipiku. Pipiku dicuitnya manja.
"I love you, Razif."
"Love you more, Haydar."
Aku membuka mata dan perasan aku berada di hospital (again). Aku memandang keliling dan nampak Papa berdiri sekali dengan Fahrin di situ. Melihat aku membuka mata, Papa terus memeluk aku.
"Razif buat Papa risaulah."
"Nothing muchlah, Papa."
"What nothing much? BP 180 and you want to tell me nothing to worry about?"
"You have high blood pressure, Abang." Fahrin menerangkan kepadaku. "I found you on the floor in the bathroom. Nasib baik tak kena stroke attack."
Aku tersenyum kelat. Papa memandang aku dan Fahrin berselang-seli.
"I don't know what happened between you, Haydar and this boy tapi Papa nak Razif tahu satu benda..." Papa memandang ke arah Fahrin. "Kejap eh, Fahrin. Uncle nak cakap berdua kejap dengan Razif."
Fahrin mengangguk sebelum keluar dari bilik wad itu. Papa duduk di tepi katil aku sebelum memandang aku tepat ke mata.
"Papa percaya anak Papa dah besar. Besar enough to comprehend the adult life. Professional and personal life. I know you broke up with Haydar and got a new beau right away. Cumanya..." Papa menggosok tanganku perlahan. "You need to ask yourself. Did you do this to please yourself or because you are mad to Haydar?"
Aku diam sahaja.
"Kalau sebab rela, then takde hallah. Papa cuma doakan yang terbaik sajalah sebab bahagia Razif means, bahagialah Papa, kan? Cumanya, kalau Razif buat semua ni sebab Razif nak lupakan Haydar for awhile or apa orang muda kata, rebound eh? Papa nak Razif tahu. Jangan buat main dengan hati manusia. Sakit tau."
Aku anggukkan sahaja.
"Papa tengok Fahrin tu nampak sayangkan Razif. Dia yang bawakkan Fahrin ke sini dan callkan Papa. And you know something else? Dia siap callkan Haydar sekali."
Okey kat situ aku pelik sikit.
"Kenapa dia call Haydar?"
"I don't know. I think you better ask him on that one. Oh ya, showcase dorang weekend ni kan?"
Aku mengangguk. Cepat saja masa berlalu sampai aku sendiri rasa tak sedar.
"Dah reserve seat Papa?"
"Of courselah dah. Time Papa tak confirm lagi Razif dah confirm."
"Ada seat untuk Haydar tak?"
"Ada. Mukhriz dah reserve siap."
Papa mengangguk lagi. "Tu ada Ibu Reen buat daging masak hitam dengan sup sayur sekali. Nanti makanlah. Ni Papa nak gerak office balik ni. Nanti balik singgah rumah Papa dulu. Duduk dengan Papa dulu sampai benda dah settle pun takpe."
"Baik, Pa."
"Okeylah, kalau tak ada apa-apa, Papa gerak dulu eh. Razif nak apa-apa tak? Kut petang sikit nanti balik kerja Papa boleh singgah."
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...