It's the Divisyen Muzik showcase day! Kalau Divisyen Lakonan ada Grand Staging Day, kitorang ada Showcase Day. Kat INSEMAS, selain Music Festival and Open Day, ada tiga hari lagi yang dinantikan; Showcase Day, Grand Staging Day dan INSEMAS Fashion Week. Also lubuk cari jodoh juga tarikh-tarikh ini.
Ketika majlis pembukaan, ada satu ucapan daripada Pengetua INSEMAS dan kemudiannya daripada Koordinator Divisyen which is akulah. Kemudiannya akan ada satu ucapan dari alumni Divisyen. Kali ini, aku suruh Kemboja datang untuk berucap sebagai alumni Divisyen sungguhpun dia Divisyen Pilihan je dulu. Lagipun dulu dia budak band jugak.
Sebagai pembukaan, aku menjemput (dengan terpaksanya) Haydar dan Filzah nyanyi bersama. Bear in mind this was planned way way way before our breakup and our pergaduhan tu. And masa ni, aku masih boleh tolerate Filzah.
Mereka menyanyikan lagu mereka sendiri (nasib bukan lagu cinta) yang aku pun tak ingat sangat. Based on composition, aku rasa lagu ni ditulis oleh Filzah. Haydar punya lagu sedap kut.
Kemudian band aku, I mean, budak-budak tulah, mula naik ke pentas dan persembahkan tiga lagu kepada semua penonton. Gegak gempitalah satu auditorium masa tu. Aku yakin mereka semua sedang melihat ke arah Fahrin ketika itu. And I couldn't blame them.
Habis sahaja itu, Fahrin terus bersalaman dengan penonton-penonton yang ada. Kemudiannya, satu pengumuman memanggil aku pula untuk membuat satu persembahan diberi. Tapi baru aku hendak naik ke atas pentas, Haydar memotong jalan aku dan mengambil perhatian audiens dengan mikrofon.
"Maafkan saya, everyone. Tapi sebelum tu, izinkan saya buat satu persembahan solo. Persembahan ini anggaplah sebagai sebuah effort yang hendak saya berikan kepada seseorang. Seseorang yang saya belum siap kehilangannya."
Dah kenapa dia ni?
Haydar mula menyanyikan dengan suaranya yang bawah sikit merdu suara aku. Memang sedap suaranya menyanyikan lagu 'Belum Siap Kehilanganmu' daripada Steven Pasaribu.
Kemudian dia sempat nyanyikan chorus lagu 'Kamu Dan Kenangan' daripada Maudy Ayunda.
Senyumku tak lagi tertahan. Aku harus akui, aku cair dengan apa yang dia baru nyanyikan. Habis saja dia menyanyi, dia mouthing kepadaku 'I love you'.
Pengacara majlis itu kemudiannya memanggil aku semula. Aku memandang seluruh audiens sebelum mula membuka mulut. Giliran aku pula.
"สวัสดีครับนะทุกคน, today I shall present a song too for someone that I really meant whatever this song means. Because the person is indeed 'my everything.'"
Ya, lagunya adalah You Are My Everything daripada Billkin. Siapa tengok My Ambulance dengan I Told Sunset About You mesti tahu.
The rest of the event went well. Habis sahaja sesi showcase, aku sempat berbual dengan beberapa producer muzik tanah air yang aku rasa nak perkenalkan pelajar-pelajarku. Fahrin tak payah cakaplah, producer sendiri nak jumpa dia.
Abang Mandar nampaknya sedang berebutkan Fahrin daripada producer lain and I'm enjoying the view. Memang tujuan showcase ini adalah untuk persembahkan talent-talent yang lain kepada industri.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...