Aku janji dengan Filzah pukul sebelas tapi pukul sepuluh lagi, aku sudah bersiap di rumah family aku. Bukannya aku excited tapi sebab aku nervous.
Macam mana aku nak beritahu Razif? Patut ke tak aku beritahu dia?
"Stres muka?" Angah menjengul di muka pintu. Eh ada pulak dia ni?
"Asal balik?"
"Tak salah aku, ini masih rumah mak ayah aku? Takdelah. Aku nak cari barang lama aku sikit."
Angah masuk dan kemudiannya duduk di atas katil menghadap aku. Dia meletakkan tangannya di belakang kepala mendedahkan bawah lengannya yang licin dan putih melepak, considering dia memakai singlet.
"So, muka stres, bang? Buah hati baru balik semalam kut."
"Kalau aku bagitau kau satu benda, janji jangan marah eh?"
"Aku macam dah tahu but go try me."
"Okey, dengarlah dulu. So, say that Tasha ajak kau keluar..."
"Tasha takkan ajak aku..."
"Dengarlah, babi!" Aku membaling bantal tepat ke muka berinsuransnya. "Okey, say that Manuk, I mean Jonathan tak suka Tasha kan? So kalau Tasha ajak kau keluar..."
"So Filzah ajak kau keluarlah ni?" Laju saja dia meneka. "Dah takde orang lain ke yang kau boleh ajak lepak? Aku tahu kau tak ramai kawan tapi tak ke rasa macam dia tu...."
"Dia tu apa?"
"Kau tak rasa dia tu obses kat kau ke? I mean, yeah dia tu ex tak rasmi kau tapi macam too much je for an unofficial ex to be like that?"
"Maksud kau like that?"
"Acik, aku tahu kau tak bijak mana tapi benda ni is not rocket science. Kau fikir kenapa boyfriend kau tak suka dia? Kau ingat Razif tu suka-suka dia je nak tak suka orang? Mestilah he has his own reason to do so."
"Tapi dia tak pernah cakap pun."
"Dah tu? Kau ingat dia bangang macam Qiqi nak cerita semua benda kat partner dia? Adik kita tu, apa je rahsia family kita yang Melati tu tak tahu?!"
"Your point?"
"Dahlah! Kau ni bodoh macam pintu! Takpe, pergilah jumpa Filzah tu. Cumanya kau janganlah marah bila Fahrin keluar dengan pakwe kau."
"Tapi Fahrin tu lain, Angah."
"Lain celah bedah kau?! Dia tak suka Filzah, kau tak suka Fahrin. Apa bezanya?! Tapi kan, Acik..." Angah mendekatkan dirinya denganku dengan muka gatal. "Fahrin tu..."
"Angah..."
"He's fine as hell. I won't mind to fuck or to be fucked by him. Like, he radiates big dick energy."
"Angah!" Aku memukul sekali lagi mukanya dengan bantal. "Aku bagitau Manuk nanti kang!"
"Eleh, dia pun cakap benda sama. Papepun, Acik. You listen here what I'm going to say because this is the best piece of advice you are going to get."
"Apa dia?"
Dia menarik aku untuk berbaring di atas ribanya. Dia ingat aku Manuk ke apa?
"Acik, kita semua boleh diganti. Tak kisahlah apa yang kau berikan pada dorang, kau kena sentiasa ingat yang akan ada orang lain boleh buat benda yang sama. Appreciate apa yang ada dengan kau. Kau rasa kau dah buat yang terbaik sangat, kau yakin Fahrin tak boleh buat benda yang sama? Based on apa yang kau cerita kat aku, aku yakin he would be, if not better, a good boyfriend to Razif."
Sepanjang perjalanan aku berjumpa Filzah, aku tak berhenti dari memikirkan tentang ayat Angah itu. Banyak benarnya.
Terbayang figura Fahrin di ruang mata. Boy is perfect. A swimmer, a singer, stylish. Everything about him checked all the boxes for 'Most Eligible Boy'.
Razif sendiri pernah suarakan betapa perfectnya Fahrin itu. He's too perfect aku sendiri akui itu.
"Hai!" Filzah menyapa mesra seraya masuk ke dalam kereta aku. "So, nak pergi mana ni?"
"Hmm, kita pergi lunch then balik jelah." Aku memberi cadangan itu.
"Ala, dahlah I nak jumpa you bukan main susah lagi then nak balik awal pulak?! Baik tak payah jumpa."
Aku diam sekejap. Tak tahu apa yang hendak dikatakan.
"You takut Razif marah ke?"
Aku perlahan mengangguk.
"He hates me that much ke?"
Aku mengangguk perlahan. Cuba untuk tidak mengecilkan hati dia.
"Maybe you should talk to him more jugak? I don't know, try to get closer to him?"
"Kenapa I? I mean, you boleh blend in dengan kawan-kawan dia tapi when it comes to your friend, I yang kena rapatkan diri dengan dia. That sounds unfair."
"Fil, that's not how I meant."
"Fine! I can. I will. Cuma tu pun kalau dia still nak borak dengan I."
"He will, I know that."
"You mestilah backup dia. Boyfriend kan?"
Aku malas hendak melayan lalu aku terus memulakan pemanduan. Kami pergi ke Kenny Hill Bakers sebab dia yang teringin makan di situ.
Masih aku tak banyak bicara. Selang beberapa saat aku akan check handphone untuk tengok kalau-kalau Razif ada mesej aku. Adalah pagi tadi. Busy kenduri agaknya.
Filzah tahu aku tak banyak melayan dia. Aku juga malas nak ambil pusing tentang dia.
Dia mengajak aku menemani dia shopping. Aku akurkan sahaja. After all, aku yang ajak dia keluar. Aku cuba paksakan diri aku untuk menemani dia tapi aku masih tidak mampu untuk tidak memikirkan Razif.
"Haydar, kalau you tak nak keluar dengan I, kenapa ajak?" Dia bertanya sebaik kami masuk ke dalam kereta. "Razif tak tahu pun kita keluar kan?"
"Sebab dia tak tahulah tu yang I risau."
"Apa yang you nak risau? Bukannya I nak sailang you pun. You kawan I. Well, memang I masih sukakan you tapi I tahu you tak suka perempuan so buat apa nak paksa."
"Thanks Fil."
"Kenapa I rasa macam... your boyfriend tak suka I sebab dia ada sebab lain eh?"
Mendengarkan persoalan Filzah itu, aku terfikir sejenak.
"Maksud you?"
"Well, I tak naklah tuduh ke apa kan tapi kan dia tahu yang I rapatlah jugak dengn Fahrin tu..."
"And?"
"Could be two reasons. Samada dia takut yang I sama macam Fahrin nak korang berdua break or maybe sebab dia tak nak I tahu yang dorang dua..." Kemudian dia menutup mulut. "Filzah Fadzaliana, you shouldn't have said that."
"Dorang dua apa, Filzah?"
"Nothing. Assume I tak cakap apa-apa."
"Fil, you kawan I kan?"
Dia nampak serba salah. Ianya terpancar jelas di wajahnya.
"Haydar, just so you know, dah beberapa orang nampak actually. Your boyfriend is so close with Fahrin behind your back."
Darahku naik ke kepala.
___________________Use me as the 'FUCK YOU FILZAH' button! Jangan lupa baca Rafael yalls!
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...