"One Mango Smoothie for my KD, Razif Haydar Muhammad Fakhrul..." Mukhriz meletakkan big cup Mango Smoothie di atas meja pejabat aku sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan aku. "So, what's the deal?"
Aku menghirup sedikit Mango Smoothie itu sebelum menarik muka kepadanya. "Dah tak sedap doh? Kau beli kat mana ni?"
"Aku beli kat Divisyen nilah. Dorang dah tukar owner. Tahulah dulu Haydar asyik belikan untuk kau kan kat situ."
"Of courselah. Sedap kut."
"Entahlah, aku pun jarang beli." Dia bersandar selesa di kerusinya sebelum sekali lagi bertanya. "So, macam mana kau tengok takwim semester tu? Ada nak tukar apa-apa tak?"
"Kalau ikutkan macam takde. Cumanya untuk yang teater muzikal ni, siapa director eh?"
"For the whole play ke? Oh, Umarehsan Izzani. Alah, yang kawan dia bunuh Niko Iskandar tu?"
"Kau ni, Mukh. Penat-penat dia bina kerjaya dia, kau kenal dia as kawan pembunuh je? Yang membunuh tu kawan dia, bukannya dia."
"Reputation, Zif." Haydar dengan kawan-kawannya semua panggil aku Zif je. "Tu pun aku tak sure kalau Abang Putera involve ke tak."
"Abang Putera bukan KD Lakonan ke?"
"Ha'ah tapi dia banyak juga kait dengan pengarahan. Aku dengar jugak nanti, Divisyen Pengarahan dengan Divisyen Pengurusan Produksi nak gabung tau. Means lepas ni dorang jadi satu je." Bukan main semangat lagi Mukhriz ni bercerita.
"Like how Divisyen Peragaan jadi Divisyen Fesyen ke?"
"More or less yes."
Aku mengangguk. Aku dah lama dengar tentang penggabungan tu semua dan sejak tukar Pengetua, barulah ianya terrealisasi. Divisyen Peragaan pun tukar lepas Abang Gunawan resign dua tahun lepas. Tak lama lepas Aiman Soul meninggal.
"Kalau ikut takwim ni, kita kena buat audition band this week so by next week dah boleh start training. Also kita dah boleh kut jawatankuasa untuk Music Camp."
"Eh, Papa kau agree ke jadi special guest untuk Music Camp tu?"
"Can we find another guest? Macam kronisme sangat ambik Papa aku tu."
"Dah tu siapa kau rasa sesuai?"
"Haydar okey kut?"
"Wah, kau reject bapak sendiri yet ambik another someone you know even more your boyfriend?"
Aku ketawa. "Yalah, setakat Krul Sym4ny tu aku rasa macam dah overused je. Dahlah dia tu bapak aku."
"Aku rasa boleh je nak ajak the whole band itself. Boleh represent each side of band kan?"
"Boleh jugak. Nanti aku tanya Papa aku macam mana."
Mukhriz keluarkan lagi fail lain untuk aku go through. Damn, adulting is hard.
"Haydar takde call kau ke?"
"Kenapa dia nak call aku?" Aku tidak mengangkat muka.
"Mana tahu nak check kesayangan dia sihat ke tak?"
"Pandailah dia nak hidup. Takdenya dia nak berkepit dengan aku sepanjang masa."
"Eleh. Kau tahu tak masa dia belum dapat kau dulu, dia gila tahap apa?!"
"FYI, Haydar tak pernah cerita kat aku apapun pasal macam mana dia nak aku dulu. Dia kata better aku tak payah tahu."
"Well, enough said that masa first time dia dapat tahu kau Divisyen apa, dia menangis kat aku dalam bilik aku. Kau bayangkan punya drama king pakwe kau tu?"
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...