Fahrin bawa aku makan luar malam itu. Tak mahal mana pun. Tony Roma's jurhhhh!!!
"Sedap, Bang."
"Kalau Fahrin belanja, semua sedap."
Dia senyum sahaja.
Sebenarnya, aku banyak mendengar cerita pasal Fahrin. Hatta dalam kalangan budak-budak band itupun ada yang bercerita tentang dia. Siap ada yang kata dia ni boy's version of Nanno.
Tak tengok The Girl From Nowhere lah tu.
"Abang, tahu tak Fahrin sebenarnya tak ramai kawan?"
"Tahu. It's kinda obvious, actually."
Dia senyum sahaja. "I don't know. I pick people I want in my life. Only the best for me got to be there."
"Which is why you choose me?"
"Basically."
Aku tersenyum mendengarnya.
"Jadi Abang tak kisah ke keluar dengan Fahrin as a boyfriend?"
Aku menggeleng.
Fahrin ada vibe yang tersendiri. Pakaian dia simple sahaja. Kemeja yang hanya dikancing separuh sahaja mendedahkan sebahagian dadanya dan seluar slack atau jeans. Rambutnya juga memang dibiarkan kerinting begitu.
Sesuailah nama IGnya pun @/kerintingtingtangting. Dia dah tukar daripada @/fahrin.vdr haritu. (A/N Kalau korang pergi cari legit korang bangang)
Dia memegang tanganku. "Nak Fahrin suap?"
Aku memandang sekeliling. Nasiblah tempat tu tersorok jadi adalah dia suapkan aku dua kali.
"Fahrin, Abang kan lagi tua daripada Fahrin. Kenapa layan macam budak-budak?"
"Because you are my baby?"
Kau bet aku boleh tak blushing masa dia cakap macam tu. Macam Haydar masa dulu.
Again, Razif, he is not Haydar! He is not Haydar and never will be.
"Abang fikir apa tu?"
"Nothing."
Ada masanya, memang aku teringat momen-momen manis Haydar masa dia nak try aku dulu.
"Yang lagi satu tu? Bila kau nak pulangkan?"
"Apa dia?"
"Hati aku."
Masa dia nak aku, cakaplah, siapa saja yang tak cair dengan all the gestures he gave? Siapa saja yang tak lembik lutut?
Mungkin kerana aku lemah ketika itu, aku kalah dengan perasaan aku sendiri.
"Lepas makan nanti kita singgah Llao Llao nak?" Dia memberi cadangan.
"Fahrin tak kenyang lagi ke?"
Dia senyum sahaja. "Memanglah kenyang tapi nak jugak ada dessert sekali."
"Kalau macam tu bolehlah. Abang pulaklah yang belanja."
"Ala, takpe ke? Kan Fahrin yang ajak Abang keluar?"
"Takpe. Bukan selalu. By the way, malam ni je eh last makan benda sejuk. Esok kalau time training Abang dengar suara Fahrin crack lagi, siap eh?"
"Baiklah, Abang Sayang..."
Aku cubit pipinya manja. Kami meneruskan makan sebelum dia pergi membayar ke kaunter. Semasa dia membayar itu, aku berlegar-legar di hadapan kedai dan ketika itulah aku terserempak pasangan terpaling bahagia di Malaysia abad ini.
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
Roman d'amourCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...