"Teruk jugak eh kau boleh rempuh divider jalan tu?" Romeo punya introduction memang nice. Takdelah nak tanya macam mana aku boleh tahan sakit ni ke apa.
"Kau ni, Romeo. Kesian sikitlah sama dia tok. Semalam tengok gambar macam mok mati jak." Manuk lagi babi. "Abang ipar kau datang petang nanti." Sial je dia kata Danny tu abang ipar aku.
"Bila kau jangka boleh keluar ni?" Mukhriz bertanya lagi. Aku faham kerisauannya. Band dah nak showcase tak lama lagi dan ada banyak lagi aku kena polish budak-budak tu.
"Entah. Doktor nak monitor je. Supposedly after that, habislah aku boleh discharge lepas tu."
Mukhriz mengangguk sahaja.
Haydar tidak dapat datang pada hari itu. Dia ada urusan apa entah kat DPAC jadinya aku seorang sajalah. Mujurlah ada manusia-manusia kurang berotak ni sudi nak lepak kat wad aku harini.
"Haydar datang lagi ke malam kang?" Mukhriz menambah soalannya to which aku iyakan. Dia berjanji datang dalam jam sembilan malam nanti. Kebetulannya pula mak dia nak buat family dinner hari ni. "Rasa dapatlah kau makan homemade food kejap lagi."
"Kalau dia bawak." Aku masih tak boleh melupakan apa yang aku nampak malam tadi di handphonenya.
Papa dan Mama Rina datang tengahari itu untuk melawat aku. Mama Rina siap bawak masak lemak belimbing buluh dan daging dengan nasi putih sekali telur dadar lagi. Mana aku tak gemuk sungguhpun duduk hospital kalau macam ni.
"Bawak kereta hati-hati lepas ni. Mujur insurans still nak cover kereta tu." Papa mengomel kepadaku.
"Papa ni, bukan nak tengok anak sendiri ke apa. Sibuk fikir kereta tu."
"Well, of course. Dah confirm anak Papa hidup sihat lagi ni. Bolehlah Papa bebel pasal kereta tu pulak."
Mama Rina ketawa sahaja melihat suaminya itu. Mendengar cerita saudara-mara, mereka lebih selesa dengan Mama Rina walaupun dari awal usia perkahwinan dulu. Kata mereka, arwah Mama dulu sombong sedikit berbanding Mama Rina.
Aku nak cakap lebih pun, aku tak pernah kenal siapa mak aku dan aku tak layak nak berkata apa-apa. Lagipun, Mama dah tak ada kalau nak cakap apa-apa.
Dekat pukul lima, macamtu, Danny pula datang melawat. Bila dia balik sejam lepastu, mereka semua pulang ikut sekali. Tinggallah aku seorang menunggu Haydar.
Dekat nak Maghrib macam tu, seseorang masuk di pintu. Aku excited ingatkan itu Haydar tapi ianya seorang wanita. Wanita yang jujurnya aku sedang menyampah dengannya ketika ini.
"Hai, Razif..."
"Oh, hai Filzah."
"Kesiannya. Sakit ke kaki tu?"
"Well, it's bandaged now."
Dia tersenyum senget. "Well, this bread is for you together dengan this packed fruit juice. Sorry lambat datang anyway."
"Thank you..."
Selepas dia meletakkan barang-barang itu di atas meja, dia bersilang dada memandangku. Dia memandangku atas bawah sebelum tawanya terburai kuat.
"So, Filzah, this is all just an act, right?"
"Well, what do you think?"
"What do you want, Filzah?"
Dia ketawa lagi. Okey, perempuan ini cantik tapi aku percaya hati dia tak seindah rupa dia. "Isn't it obvious?"
Aku terkejut tapi aku tak kecewa apa-apa. I mean, I saw this coming tapi Haydar yang tak nak percaya aku.
"Leave him. Or I will make him leave you." This woman is feisty.
"Kau yakin dia akan tinggalkan aku untuk kau?"
"Ada aku kata dia akan tinggalkan kau untuk aku? Well, kalau bukan untuk aku, aku tak naklah dia dengan lelaki. Jatuh saham dia dengan jatuh saham aku. Razif Haydar Nazif Aduka fell for a boy. Even get into a relationship with a boy. That didn't sound nice at all, Razif."
"Kau dah cuba nak dia dan dia tak nak kau yet kau tak nak kalah?"
"Razif..." Dia duduk di atas kerusi dan memanjangkan kakinya. "Aku tak kisah kalau aku tak end up dengan dia. Aku just kisah dia dengan kau. Dengan orang lain pun aku tak kisah asalkan bukan dengan kau."
"But why?"
"Si bodoh kau dengar sini! Haydar mungkin bukan untuk aku tapi tak bermakna aku bagi dia dengan anyone he wanted. We were meant to be. After all, kau bukan cute sangat pun. Natalie dulu pun entah apa yang dia pandang kat kau."
"Well, too bad for you, Filzah, I'm cute to his eyes and not you. Kau jealous because of that?"
"Whatever fuck you want to say, Razif. Kita tengok kejap lagi. Aku dengar dia nak datang sini. We'll see if he made it here or not." Dia terus angkat handbagnya dan terus keluar dari situ.
Aku terpempan sendirian. Aku cuba untuk membela Haydar tapi kalau nak dikirakan alibi, tak ada point kukuh untuk buatkan aku percayakan Haydar akan mempercayai aku.
Mungkinkah sebenarnya aku sudah muka tidak percayakan Haydar? Tapi dia buah hati aku, takkan aku nak tak percayakan dia? Lagipun, teranglah Filzah tu problematic.
Tapi sebelum ni pun, Haydar dah banyak kali buat hal. Dan sebelum itupun, semua related dengan Filzah.
Satu mesej masuk.
My Other Half❤️
Sayang
Kereta Filzah rosak
I tlng dia dulu eh
Pape nnti i call you okAku off data lalu terus simpan phone aku dalam laci. Aku ambil bantal dan terus tekupkan di atas muka. Samada aku menangis atau tidak pun aku tak tahu.
Aku dengar phone aku vibrate berpuluh kali dalam laci tu tapi aku ignorekan. Aku tahu itu Haydar tapi aku sudah hilang sabar. Menanglah kau, Filzah! Menanglah!
Pintu dibuka dan aku berpura-pura tidur. Malas hendak mengangkat muka. Mungkin nurse yang nak ambik BP aku or bagi ubat.
Tapi nurse ni diam je. Aku sedar dia letak something atas meja kecil sebelah katil. Kemudiannya dia siap letakkan tangan dia atas dahi aku. Nurse mana ni?
"Shit, panasnya."
Dengar saja suara itu, terus aku tolak bantal dan memandang siapa dia lelaki itu. Memandang dia, aku terus menangis semahu-mahunya.
"Abang, don't cry. Don't cry. Kenapa ni, Abang?"
Aku tak mampu untuk bersuara. Aku terus memeluk dia dan memandang ke dalam matanya. Kenapa dalam masa-masa seperti ini, bukan Haydar yang datang?
"Abang, slow-slow, cerita kat Fahrin."
Aku menarik mukaku. Aku pandang wajahnya. Ada keikhlasan terpancar di riak wajahnya. Dia membetulkan rambut aku yang dah messy itu dan menyeka air mataku yang masih berlinang. Tangan aku yang berbalut itu juga diletakkan ke tepi.
"Abang..." Dia masih menyebut namaku.
"I don't know..."
Mata kami kemudiannya berpandangan. It doesn't take much time for us to kiss each other and yes. Ya, kami berciuman. Hilang rasa aku yang ada untuk Haydar ketika itu.
Pintu terbuka sekali lagi dan hanya satu suara kedengaran di telinga aku dan aku yakin Fahrin juga.
"What the fuck, Razif?!"
------------------Sneak peek
"Tak cukup lagi ke I ni, Razif?"
"Then where the fuck are you when I need you?"
"It's not my fault if kau yang tak reti jaga what's yours."
Since dah makin slow, 44 votes for next update!
YOU ARE READING
HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)
RomanceCinta tak semestinya bulan bintang sentiasa. Ada kalanya guruh berdentum dan kilat bersabung. Cuma adakah penentunya kita akan bersama? Haydar dan Razif Razif dan Haydar Masing-masing sudah dewasa dan matang. Masing-masing mempunyai dilema penanda a...